Advertisement

ads

ILMU PUKAU - WANITA HAMPIR JADI MANGSA PUKAU.TIPS DAN AYAT UNTUK ELAK PUKAU



ILMU PUKAU - WANITA HAMPIR JADI MANGSA PUKAU. TIPS DAN AYAT UNTUK ELAK PUKAU | Zaman makin mencabar, makin ramai terdesak untuk senang dan ada yang memilih jalan yang salah hingga sanggup menggunakan sihir dan pukau untuk memenuhi hajat dan keinginan mereka. Baru-baru ni ada kisah mengenai seorang gadis yang hampir menjadi mangsa pukau.

Walaupun dia dapat mengelak dari menjadi mangsa tapi si pemukau berjaya memukau mangsa lain yang kebetulan berada di situ. Biasanya pelaku akan bertindak dalam kumpulan. seorang untuk pukau dan seorang lagi sebagai pemerhati yang bertindak untuk melengah kan mangsa.

Baca kisah gadis ini yang dikongsikan di laman twitter nya.:





Kes sebegini bukan pertama kali berlaku. Sudah ramai yang menjadi mangsa pukau dan kerugian beribu riunggit. Biasanya ianya banyak berlaku di hadapan bank dan stesyen minyak kerana pelaku akan menunggu mangsa yang baru mengeluarkan duit dari ATM.

Jadi ada korang yang keluarkan wang di mesin atm sila berhati-hati  seseorang yangkorang tidak kenali yang cuba-cuba menegur dan menyentuh korang.

Tips Elak Pukau

1) Jangan berfikiran kosong terutamanya di tempat yang ramai orang. Ianya akan memudahkan pihak lain untuk memanipulasi kita dengan cara telepati. Bila pintu telepati kita terbuka kita mudah untuk di pukau. Sebab tu kadang-kadang kita pelik tempat ramai orang lalu lalang pun senang kena pukau.

2) Cuba sedaya upaya untuk "sedar" apabila tiba-tiba rasa seperti mengantuk yang teramat sangat. Itu petanda ada seseorang yang sedang melakukan telepathic forcing.

3) Korang melatah tak?? Orang melatah paling mudah di pukau. Orang yang mudah terkejut senang untuk minda bawah sedarnya terbuka . Ini memberi peluang kepada orang untuk memukau korang.

4) Jangan panik jika korang dapati ada sekumpulan orang mengerumini korang. Misalnya korang perasan ada dibelakang kiri dan kanan korang berjalan ke arah korang. Rilek dan bertenang . Sikap panik akan membuka minda bawah sedar korang dengan mudah.

5) Jangan terkejut jika tiba-tiba ada yang menepuk bahu korang dari belakang. Elak kan fikiran korang hanya fokus pada dia. Tapi tetapkan fikiran korang pada seluruh keadaan sekeliling.

6) Jika korang tiba-tiba rasa seperti , perasaan tiddak sedap hati, sesak dada, perut mual dan pening itu petanda mungkin ada seseorang sedang melakukan pukau pada korang. Cepat-cepat sibuk kan fikiran korang dan segera pergi ke tempat yang selamat . korang boleh cuba set kan dalam fikiran korang yang selepas kiraan tiga korang akan ok... Kemudian mula mengira dengan jelas ...1...2..3..

7) Ingat dan sentiasa tanamkan dalam diri bahawa korang tidak boleh di pukau..Sebab ilmu pukau ni adalah ilmu menguasai minda kita. Jadi kalau minda kita dah tolak awal-awal memang susah nak di pukau.

8. Elak kan berjalan berseorangan. 


Ayat dan Doa Elak Pukau


Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;

1. Baca doa berikut:




“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”



2. Ayatul Kursi



Ertinya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas - 3 Qul)





Baca ayat dan doa diatas sebagai amalam harian dan dengan niat  agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya termasuk sihir dan pukau.

Video Cara, amalan dan doa elak SIHIR - Ustaz Shamsuri Ahmad 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Oooo... rupanya pukau dengan cara telepati. Seramnya ilmu pukau ni. Pemukau memang tak berhati perut.

    BalasPadam
  2. semoga Allah menjauhkan kita dari segala sihir jahat si pemukau. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Zaman moden ni ada lagi benda2 macam gini.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)