Advertisement

ads

GADIS MALANG INI MATI DIBAKAR HANYA KERANA TOLAK LAMARAN

GADIS MALANG INI MATI DIBAKAR HANYA KERANA TOLAK LAMARAN | Hari ini saya terbaca satu kisah yang sangat menyayat hati. Bagaimana seorang manusia melayan manusia lain dengan tidak selayaknya. Adakah dunia ini sudah tiada manusia yang baik dan boleh melindungi manusia lain?  Adakah di dunia sudah berkurangan rasa simpati dan sifat belas kasihan?



Namanya gadis malang ini ialah Ankita Pisudde. Dia menetap di  bandar Hinganghat di Wardha.India

Dia seorang pensyarah di kolej. Pada 3 Februari jam 7:15 pagi dia dibakar hidup-hidup di hadapan Kolejnya oleh Vikesh Nagrale, hanya kerana Ankita menolak lamarannya. 

Penduduk tempatan berusaha membantunya, tetapi  Ankita mengalami luka bakar yang cukup parah hingga orang ramai tidak mampu berbuat apa-apa. Ankita mengalami 40 % luka bakar tahap 3, ketika dia dalam perjalanan ke kolejnya.



Foto di bawah adalah pelakunya, Vikesh Nagrale. Ketika kejadian lelaki ini sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki berusia 6 bulan.


Menurut laporan dari pihak perubatan , wanita itu mengalami luka bakar yang teruk pada kulit kepala, muka, anggota badan kanan atas, tangan kiri, punggung atas, leher dan mata serta kecederaan pernafasan yang teruk.

Sekitar jam 4 pagi , 10 februarI kadar oksigennya merosot walaupun terdapat sokongan ventilator, ditambah dengan penurunan pengeluaran air kencing dan penurunan tekanan darah, kata hospital.

Beberapa hari selepas kematian Ankita, Beberapa penduduk tempatan, kebanyakan wanita dan pelajar kolej, melakukan tunjuk perasaan di kota Wardha menuntut hukuman mati bagi Vikesh Nagrale.






Tidak ada liputan media yang meluas tentang kejadian menyayat hati ini kerana bagi pihak media Pilihanraya Delhi lebih penting pada masa itu. Malah tidak ada ahli politik yang membicarakan tentang kes Ankita kerana pada waktu itu tidak mempunyai kepentingan dengan agenda mereka.

Mengikut apa yang diperkatakan orang ramai berkaitan kes tersebut, media arus utama tidak membuat liputan berita dengan betul kerana lelaki itu dari golongan  kasta yang tinggi dan TIDAK BOLEH dihina walaupun Ankita juga dari kasta yang sama.

Vikesh Nagrale sebenarnya sudah 2 kali cuba untuk  mendekati dan menyerang Ankita namun dia gagal. Pada 3 februari 2020 Vikesh membakar Ankita hanya kerana gadis tersebut tidak mahu bercakap dengan nya.

Vikesh yang bekerja sebagai kontraktor Kereta api mengaku dia sudah beberapa bulan mengekori Ankita. Dia juga pernah bersemuka dengan bapa Ankita untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Ankita,  namun bapa gadis tersebut memarahi Vikesh kerana sering mengganggu anaknya dan mengugut akan melaporkan perbuatan nya kepada pihak polis.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. kes2 dari negara sana tu, bila melibatkan prempuan, kejam dia tak boleh bawak bincang. perempuan takde nilai ke agaknya kat mata mereka

    BalasPadam
  2. One word that I've say, "Dunia akhirnzaman" "Kejam!" dan tidak berperikemanusiaan.

    BalasPadam
  3. MasyaaAllah zalimnya manusiawi yg hilang

    BalasPadam
  4. gile betul la.. dah kawin ada anak sibuk gilakan anak dara lain

    BalasPadam
  5. Bila jiwa dan fikiran mula hilang arah.

    BalasPadam
  6. negara sana memang giler2 kes nya. sana perempuan banyak teraniaya

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)