Advertisement

ads

ISTERI MISTERI TV3

ISTERI MISTERI TV3 | Drama komedi lakonan Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Azar Azmi, Sharifah Sakinah bakal menemui penonton tv 3 dan Viu.  Drama ini turut dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad. Isteri Misteri akan bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis jam 6 petang di tv 3 dan jam 7 petang di siaran Viu. Drama ini adalah hasil kerjasama Media Prima dan Viu Malaysia.



 Sinopsis Isteri Misteri

Drama ini mengisahkan Rizal yang mempunyai 3 isteri.  Rizal seorang lelaki yang berjaya dalam perniagaan nya. Namun dia juga seorang kaki perempuan. Dia mempunyai seorang pembantu , Jun.

Hanya Jun sahaja yang tahu setiap rahsia Rizal. Segala aktiviti Rizal di pejabat dan luar pejabat diuruskan oleh Jun.

 Rizal sangat sayangkan isteri-isterinya. Tapi isteri pertama , Emma dan isteri kedua  Rizal , Yatie, tidak tahu mereka bermadu. Rizal juga dalam perancangan untuk berkahwin kali ke 3 dengan Lisa

Satu hari Rizal mendapat mimpi yang dia akan dibunuh oleh isterinya. Perasaan nya bertambah risau apabila ada seorang lelaki datang menghampirinya dan memberitahu yang dia akan mati dia bunuh.

 Dia yang merasa curiga mendapatkan bantuan Jun untuk menyiasat siapakah sebenarnya yang mempunyai niat buruk terhadap dirinya.

Dalam masa yang sama dia juga perlu menyelamatkan dirinya dan menghalang niat jahat isteri nya itu.

Rizal dan Jun mula menyiasat ketiga-tiga isterinya yang mempunyai motif tersendiri untuk membunuh Rizal. Siapakah yang sebenarnya mempunyai perancangan untuk membunuh RizaL??



Emma - Surirumah  dengan 2 anak. Mempunyai busines online dan sentiasa sibuk dan kadang-kadang tiada masa untuk Rizal. 

Yatie - isteri yang kasar kuat cemburu, penuh syak wasangka tapi seorang yang penyayang. Rizal sendiri takut kepada Yatie.

Lisa - Manja dan sentiasa memahami Rizal. Tapi dia suka kan barangan berjenama.




Pelakon: 

Sharnaaz Ahmad - Rizal

Tiz Zaqyah - Emma

Sharifah Sakinah - Yatie

Azira Shafinaz - Lisa

Azar Azmi - Jun

Tonton Online Drama Isteri Misteri Full Episod 











Catat Komen

3 Ulasan

  1. tertengok semalam... confuse..yg tu sayang..yang ni mama...eh..bini dia ke semua?

    BalasPadam
  2. Haaa kita tercaricari, kesahnya cite ni ek..sebab ada kawan cerita shanaz berlakon...okay nanti nak tengok VIU...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)