Advertisement

ads

ADAKAH INI WAJAH LELAKI PALING TAMPAN DI CHINA?

ADAKAH INI WAJAH LELAKI PALING TAMPAN DI CHINA? Wajah yang redup dan tenang tapi senyuman nya telah membuka banyak mata. Siapakah lelaki ini? Apa kelebihan nya hinggakan boleh dikenali sekelip mata? Adakah dia seorang bintang kpop atau pun ahli sukan?



Lelaki ini bernama Zhaxi Dingzhen berusia 20 tahun. Nama nya tiba-tiba menjadi sebutan apabila video dia sedang berjalan menjadi viral di sosial media.

Wajah nya yang tenang membuatkan ramai yang bercakap tentang nya. Video tersebut telah mendapat berjuta tontonan. Dalam masa yang singkat sahaja pemuda Tibet yang tampan ini telah mengumpul seramai 3 juta pengikut.

Dingzhen menjadi terkenal secara tidak sengaja. Video tersebut dirakam oleh jurukamera tempatan yang pergi ke rumahnya untuk mengambil gambar ayah dan abang Dingzhen untuk sebuah pameran yamg memperkenalkan wilayah Sichuan 

Waktu itu ayah dan abangnya tiada di rumah jadi Dingzhen dirakam untuk menggantikan ayah dan abangnya.

Beberapa hari setelah terkenal dalam talian, dia menyertai acara live streaming yang dihoskan oleh bapa saudaranya. Ratusan ribu pengguna internet menontonnya dan berinteraksi dengannya. Kerana penguasaan bahasa Mandarin nya yang lemah, dia berkomunikasi dengan pengikutnya melalui jurubahasa





Dingzhen seorang pemuda yang tidak permah keluar dari kampungnya, tidak pernah mempunyai teman wanita dan impian nya hanyalah ingin menjadi juara dalam perlumbaan lumba kuda.

Setelah dia menjadi terkenal, DingZhen mendapat banyak tawaran pekerjaan, termasuk beberapa dari agensi yang mempunyai pengaruh besar dan jemputan dari program rancangan TV. 

Namun, Dingzhen memilih untuk tinggal di kampung kecilnya, kampung halamannya. Dia menerima tawaran dari syarikat pelancongan milik kerajaan tempatan untuk bekerja sebagai duta pelancongan. Dia menggunakan populariti dan citra peribadinya untuk membantu mempromosikan pelancongan di kampung halamannya sendiri.


Korang rasa-rasa dia tampan ke???

Catat Komen

5 Ulasan

  1. macam orang melayu kita je rupanya hehe

    BalasPadam
  2. Tak tahu pulak nak cakap tampan ke idok .. tak reti nak menilai hehehe ..

    BalasPadam
  3. kalau Malaysia, cari yang putih terus dilabel tampan. lain pulak dengan luar negara.. hee

    BalasPadam
  4. Beauty is in the eye of beholder.
    Wajahnya bolehlah buat menantu dengan tambahan budi pekerti yang baik hehehe...

    BalasPadam
  5. Ala ala K-Pop tapi tanpa plastic surgery gitu boleh dikira tampan tu.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)