TERGAMAK IBU INI BUNUH 3 ANAKNYA YANG MASIH KECIL |Beberapa hari lepas saya terbaca satu berita tentang seorang ibu yang mengakui membunuh tiga anak perempuannya yang masih kecil di sebuah apartmen di Vienna. Menurut polis mereka masih menyiasat motif sebenar pembunuhan.
Suspek yang berusia 31 tahun itu membuat panggilan kecemasan pada awal pagi mengatakan bahawa dia ingin membunuh dirinya sendiri. Ketika polis sampai mereka menemui mayat bayi berusia 8 bulan dan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun.
Anak perempuan wanita berusia 9 tahun dibawa ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan. namun ibu mereka mengalami kecederaan ringan.
Ini adalah gambar mereka. Mereka baru berusia 8 bulan, 3 tahun dan sembilan tahun.
Mayat kanak-kanak 3 tahun dan bayi berusia lapan bulan ditemui di rumah. Anak sulungnya berusia 9 tahun dihantar ke hospital tetapi para doktor menyatakan dia telah meninggal dunia.
Polis mengatakan bahawa ibu tersebut kini sudah boleh disoal siasat, jadi mereka akan memulakan siasatan lebih lanjut.
Saudara mara keluarga malang tersebut mnjelaskan bahawa bapa kanak-kanak itu sudah berpisah dengan ibu mereka yang tinggal bersendirian di Vienna.
Menurut NRN (Non-residential-Nepalese) Austria, wanita tersebut berasal dari Butwal, Nepal. Dia berpindah ke Austria bersama suami dan anak-anaknya beberapa tahun yang lalu.
Kesian dengan nasib anak-anaknya ni.Ini antara berita yang betul-betul mengejut kan . Itu lah pentingnya setiap keluarga saling menyokong. Saya andaikan si ibu kepada anak-anak kecil ini tidak mempunyai sokongan dalam hidupnya.
Dia mungkin mengalami kemurungan. Jika tidak, tak ada ibu yang sanggup membunuh anak-anak kecil. Apa lagi anak-anak itu adalah anak-anaknya sendiri.
3 Ulasan
Allahu Akbar, kesiannya si ibu
BalasPadamSedih baca cerita camni, moga dijauhkan lah kita semua daripada bertindak diluar kawalan gitu.
BalasPadamSedihnya ...
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)