Advertisement

SINOPSIS TELEFELEM ADA YANG NGIKUT LAKONAN CHUBB-E SIARAN ASTRO

SINOPSIS TELEFELEM ADA YANG NGIKUT LAKONAN CHUBB-E SIARAN ASTRO | Telefilem ini mengisahkan Imran seorang pelajar kolej yang pendiam. Satu hari Imran di tuduh mencuri telefon bimbit milik salah seorang rakan sekelas nya, Adi. 



Sejak itu Bakhtiar dan Adi kerap mengganggu Imran dan memaksa Imran untuk mengaku bahawa dia mencuri telefon bimbit tersebut. Mereka akan membuli Imran dan memukul Imran walaupun Imran merayu dan menjelaskan bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut.

Bakhtiar dan Adi turut memaksa Imran membayar ganti rugi kehilangan telefon bimbit itu dalam masa 10 hari. 

Satu hari ketika Adi dan Bakhtiar sedangmengganggu Imran di padang bola, Imran terdengar suara satu bisikan aneh berhampiran semak di tepi padang. Sejak hari itu sikap Imran mula berubah menjadi lebih pemdiam dan suka menyendiri.

Bakhtiar dan Adi pulak semakin kerap mengalami gangguan-gangguan aneh yang membuatkan mereka sendiri ketakutan dan mula merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan Imran. 

Dibuang kolej saja sudah cukup memberikan tekanan kepada Adi dan Bakhtiar , kini mereka perlu hidup dalam ketakutan. Apakah perkara yang menghantui hidup mereka?

Apa yang terjadi kepada imran? 


JUDUL : ADA YANG NGIKUT

WAKTU SIARAN : Sabtu, 24 Oktober 2020, 10:00 malam 

SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD

PENULIS SKRIP : Wan Alauddin

PENGARAH : Wan Alauddin Bin Wan Zainuddin

PRODUKSI : Kl Motion Picture

PELAKON : Chubb-e, Raja Syahiran

 Afiq Rahem

Haziq Fadhullah

Syazlin Zainal

Haeriyanto Hassan

Rashid Zainol

Terima Kasih kerana membaca artikel Sinopsis Telefilem Ada yang Ngikut lakonan Chubb- e siaran Astro. Semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Komen

4 Ulasan

  1. asyik nampak saja iklan dia ni, tapi macam tak berani pulak nak tengok sebab kena berjaga sampai awal pagi sejak WFH semula ni hehe

    BalasPadam
  2. Bila macam ni PC dah mula rasa lain macam..ni baru baca..belum tengok.

    BalasPadam
  3. tengok iklan pun dah takut kak, memang idok la nak tengok...
    diriku kan penakut ehheehhe

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)