ZUL MUHAMMAD

SINOPSIS PENUH DRAMA JANIN TAK BERDOSA LAKONAN

SINOPSIS PENUH DRAMA JANIN TAK BERDOSA LAKONAN TASHA SHILA 

Tajuk Drama : Janin Tak Berdosa

Pengarah:  Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi

Penulis : Nanie Shafri

Tarikh tayangan: 27 september 2020

Pelakon : Tasha Shila, Azrel Ismail, Delimawati

Sinopsis

Drama Janin Tak Berdosa mengisahkan mengisahkan pasangan suami isteri muda Firman dan Julia. Mereka mempunya gaya hidup moden dengan rakan-rakan yang sama seperti mereka yang suka kan hiburan.  Firman bekerja disebuah syarikat besar. 


Satu hari Firman mendapat kenaikan pangkat. Dia kemudian nya merancang percutian ke bulan madu di Amsterdam memandangkan isterinya sudah lama ingin bercuti di Amsterdam.

Firman mendapat kenaikan pangkat di syarikatnya. Berita tersebut disampaikan pada julia dan julia sangat seronok dan tak sabar untuk ke Amsterdam. Namun tidak disangka-sangka Julia disahkan hamil.

Oleh kerana pada masa itu Julia mengandung dan beliau ingin meneruskan percutiannya maka mereka merancang menggugurkan kandungan itu. Berbagai cara dilakukan Julia untuk menggugurkan kandungan tapi masih gagal.



Satu hari Julia bertemu dengan kawan-kawan nya dan meluahkan perasaan nyauntuk menggugurkan kandungan nya. Salah seorang rakan nya mencadangkan agar Julia bertemu dengan Mak Kuntum, seorang wanita yang rumahnya terletak di sebuah kampung.

Pada awalnya Mak kUntum tidak mahu menurut kemahuan Julia dan Firman, Namun selepas didesak Julia , Mak Kuntum bersetuju dengan menetapkan syarat yang Julia dan Firman perlu tinggal di rumah tersebut selama seminggu. Jika tidak akan berlaku perkara tidak baik pada Julia.

Dengan berat hati Julia dan Firman pun tinggalkan bersama Mak kuntum selama seminggu. 

Pada malam pertama mereka di rumah Mak Kuntum, Julia dan Firman terpaksa membiasakan diri dengan kehidupan kampung. Mereka juga merasakan Mak Kuntum seorang yang menyeramkan. 

Mak Kuntum pula melayan Julia dengan baik. Diberikan makanan kampung yang sedap-sedap Firman juga diajar tentang agama. Ketika si suruh menjadi  imam , Firman hanya mampu berdiri memandang mak Kuntum dan Julia sambil tersenyum kerana dia tidak tahu cara untuk solat.



Julia juga disuruh memasak dan makan makanan-makanan yang berkhasiat kerana menurut Mak Kuntum tidak lama lagi badan nya akan lemah dan Julia memerlukan tenaga yang banyak. Mak kuntum juga menyiapkan air mandi bunga untuk Julia supaya Julia nampak berseri dan segar.

Satu hari Firman dan Julia terdengar Mak Kuntum berdoa selepas solat. Mak Kuntum berdoa agar Julia dan Firman tidak akan menggugurkan kandungan Julia. 

Julia dan Firman terus memarahi Mak Kuntum kerana Mak Kuntum Telah menipu mereka. Mak Kuntum yang sebenarnya ialah Mak Cik Gayah. Dia bukan lah seorang bidan tapi dia hanya wanita kampung biasa. 

Mak Kuntum hanya ingin membantu Julia dan Firman menjalani hidup yang baik dan tidak membunuh janin yang tidak berdosa.

Julia dan Firman sangat marah dan terus keluar rumah meninggalkan Mak Kuntum yang sebenarnya adalah makcik gayah.

5 bulan kemudian Julia dan Firman mengunjungi Mak Gayah di kampung. Mereka ingin meminta maaf kepada Mak Gayah. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Mak Gayah.


Tonton Janin tak Berdosa 


Post a comment

10 Comments

  1. Ini ada kebetulan tertengok di TV walaupun dah separuh Jalan masa yang kena suruh jadi imam tu. Di sini faham lah apa yang berlaku sebelum itu.

    ReplyDelete
  2. Sempat tengok sampai dia pergi kampung tu je. Lepas tu lupa nak sambung tengok.

    ReplyDelete
  3. Menarik drama ni terbaik ditonton utk jasikan teladan

    ReplyDelete
  4. byk sgt lambakan drama tv skrg sampai tak tertonton. kena tgk juga cerita ni mcm best.

    ReplyDelete
  5. Tak perasan pulak cerita ni. Ni plot cite lain. Biasa kalau nak gugurkan mesti kita expect bidan gugurkan. Tp cerita ni berbeza. Menarik

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tengok tasha shila berlakon.

    ReplyDelete
  7. Wah, nanti nak tengok lah..

    tapi, apa kebodohan la.. sanggup nak gugurkan kandungan sebab nak gi AMsterdam, macamlah lepas beranak Amsterdam dah pindah, hahahahha

    ReplyDelete
  8. ohhh lain dari yang lain inti ceritanya ni kak...rasa macam nak tengok pulak

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)