SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA LAKONAN UQASHA SENROSE DAN KAMAL ADLI|
TAJUK: PREMPUAN TANPA DOSA
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 6 Oktober 2020
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Fatinilam Sari Ahmad
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON
Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie
SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA

LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya.
Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah.
“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID
Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup.
Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH.
Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar.
Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal.
“Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL.
Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?
5 Ulasan
Arahan Michael Ang biasanya best.
BalasPadamsemalam baru habis tengok Bidadari, agaknya best tak cete ni ya, tengok gezek cam best
BalasPadamdrama adaptasi novel ni penulis prolifik org pulau pinang ni dee
BalasPadamberlakon sama lagi dorang ni setelah terlafaznya akad.
BalasPadamkurang sikit layan drama hehe
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)