Advertisement

ads

SINOPSIS DRAMA LUTH MAHFUZ LAKONAN SITI SALEHAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

SINOPSIS DRAMA LUTH MAFFUZ LAKONAN SITI SALEHAH SEMPENA MAULIDUR RASUL | Drama Luth Mahfuz adalah drama telefilem sempena hari Mualidur Rasul. Drama ini dilakonkan oleh Diti Saleha, Fiz Fairus ,Raja Aliya dan Puteri Syasya. Drama arahan Mohd Feroz Kader ini ditayangkan pada 2018.


Sinopsis Drama Luth Mahfuz


Eyma mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, AqisH yang mengalami lemah jantung. Eyma terkejut apabila tiba-tiba suaminya, Haziq telah menyatakan hasrat untuk bercerai dan menyerahkan kertas tentang pembahagian harta sepencarian mereka.

Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta sebaliknya Eyma cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktiviti romantik seperti mereka baru berkahwin selama empat puluh hari. Selama empat puluh hari Haziq juga disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah nabi sebagai amalam hariannya.

Haziq menunaikan permintaan itu kerana baginya ianya hanya tempoh yang singkat dan selepas itu dia boleh kembali bersama bekas kekasihnya. Doktor yang melawat Aqish selalu menceritakan perihal kes pesakitnya di dalam blog. 

Eyma terharu sekurang-kurangnya masih ada lagi insan lain yang mengambil berat tentang Aqish sementara suaminya sendiri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.





Pelakon Drama Luth Mahfuz

Siti Saleha
 Fizz Fairuz
 Raja Ilya
 Wan Sharmila
 Arash Mohammad
 Puteri Syasya

Soundtrack Telefilem Luth Mahfuz

Pendam - Shahir


Tonton Telefilem Luth Mahfuz 



Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)