SINOPSIS DRAMA KOREA DO DO SOL SOL LA LA SOL | Goo Ra Ra lahir dari keluarga yang kaya. Dibesarkan oleh ayahnya. Apa sahaja kemahuan di turut kan. Malah setiap apa yang dilakukan Rara akan mendapat sokongan penuh oleh ayahnya.
Rara berminat untuk bermain piano. Ayahnya mencarikan seorang guru piano yang hebat untuk Rara. Walaupun awalnya Rara tidak mahir dan letih dengan piano, tapi atas dorongan dan semangat gurunya , Gong Mi , dia akhirnya mencintai piano dan menguasai kemahiran bermain piano dengan baik.
Setiausaha ayah Rara , iaitu Encik Moon menjelaskan bahawa semua rumah dan syarikat ayah Rara sudah dilelong. Rara hanya diberikan wang tunai dan sebuah kereta untuk meneruskan kehidupan nya sendiri.
Rara menyewa sebuah rumah namun sebulan kemudian dia ditipu agent rumah tersebut. Dia tak tahu kemana lagi harus dia tuju. Ketika sedang duduk-duduk di tepi kubur ayahnya , dia melihat satu komen di Instagram nya. Komen dari seorang yang dikenali sebagai Do Do Sol Sol La La Sol yang kini berada di Bandar Euonpu . Dia yakin lelaki tersebut mengenali ayahnya memandangkan "Do Do Sol Sol La La Sol" adalah note rahsia Rara dan ayahnya.
Rara pun segera ke bandar Eunpo. Sampai disana Rara terlibat dengan kemalangan dengan Woo Jon. Seorang lelaki yang dia pernah dia temui di hari perkahwinan nya. Rara di Masuk kan ke hospital dan Woo Jon tetap menunggu di sisi Rara sehingga Rara sedar untuk menagih wang ganti rugi dari Rara/
Apa yang berlaku seterus nya kepada mereka. pasti kan korang tonton drama romantik comedy ni.
Drama: Do Do Sol Sol La La Sol
Revised romanization: Dodosolsollalasol
Director: Kim Min-Kyeong
Writer: Oh Ji-Young
Network: KBS2
Episodes:
Release Date: August 26, 2020 --
Runtime: Weds. & Thurs. 21:30
Genre: Romantic-Comedy
Language: Korean
Pelakon:
Go Ara - Goo Ra-Ra
Lee Jae-Wook - Sun Woo-Joon
Kim Joo-Hun - Cha Eun-Seok
Ye Ji-Won - Jin Sook-Kyeong
Shin Eun-Soo - Jin Ha-Young
Lee Soon-Jae - Kim Man-Bok
Seo Yi-Sook - Jo Yoon-Sil
Moon Hee-Kyung - Gong Mi-Sook
Terima kasih membaca artikel Sinopsis drama koprea Do Do Sol Sol La La Sol. semoga anda terhibur.
6 Ulasan
tergeliat gak nak menyebutnya hahaha
BalasPadamAkak nak tulis ni pun jenuh typo banyak kali. Hhahh
PadamSaya ingatkan muzik note Do Re Mi Fa So La Ti Do.
BalasPadamNote muzik la tu. Note muzik lagu twinkle twinkle little star. hhehe
Padamsekali imbas macam so min lak. Rupanya Go Ara.
BalasPadamada tertengok klip drama ni kat youtube. nampak macam menarik juga. tunggu habis tayang dululah baru nak maraton..hehe
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)