SINOPSIS DRAMA HATI YANG TERSAKITI LAKONAN REMY ISHAK , NAD ZAINAL DAN MIMI LANA | Drama ini dikatakan sebagai Drama THE WORLD OF THE MARRIED versi bahasa melayu. Namun terdapat sedikit berpezaan jalan cerita dihujung episod.
Hati Yang Tersakiti mengisahkan tentang cinta yang tidak sempurna, asam garam kehidupan rumah tangga dan betapa pentingnya kesetiaan serta kejujuran di dalam sesebuah hubungan itu sendiri.
Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti
Mengisahkan Haris (Remy Ishak) dan Mona (Nad Zainal) yang melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia walaupun belum beroleh rezeki cahaya mata.
Mona kemudian mendapat tahu yang kawan karibnya, Farah (Mimi Lana) sedang berdepan dengan tekanan selepas melalui perceraian dengan bekas suami.
Dengan niat membantu, Mona menumpangkan Farah untuk tinggal bersamanya, tanpa mengetahui perkara itu menjadi titik tolak kepada keretakan rumah tangganya apabila Haris dan Farah menyimpan perasaan sesama sendiri.
3 Ulasan
tak pernah tengok lagi cerita ni..iena jarang tgk tv tapi sinopsis nampak menarik..
BalasPadamiena nampak baju mimi lana warna hitam tu cantik pulak :D
hensem haih Abam Remy dalam poster first tu hehe..
BalasPadamtapi x tengok citer ni..
Nad Zainal lama tak berlakon. mesti best citer ni
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)