Advertisement

MACAM MANA CARA NAK REPLY TWEET DI TWITTER

MACAM MANA CARA NAK REPLY TWEET DI TWITTER | Soalan yang paling kerap saya dapat tentang twitter ialah, macam mana nak guna twitter.? Dah ada akaun twitter tapi tak tahu nak guna. Tak reti nak guna twitter sebab tak tahu nak tekan apa.

Sebelum tu saya nak terangkan sikit perbezaan Twitter dengan facebook. 

Sebenarnya tak de beza sangat pun. Cuma istilah-istilah yang digunakan pada Twitter tu lain dari facebook.

Retweet = Share

= Like




Kalau di Facebook kita akan comment dan like post kawan-kawan yang kita dah biasa. Hari ni aku komen post kau. Esok kau pulak komen post aku. Aku like post kau, kau like post aku.

Tapi di twitter tak macam tu.

Tak kira siapa pun, kalau tweet kau menarik orang akan retweet dan kasi ❤ . Maksud menarik di sini ialah menarik untuk diulas, menarik untuk di kecam atau menarik sekadar untuk di baca dan kongsi.

Tak de istilah ": eh.. kau siapa ye tiba2 je datang reply tweet aku,padahal kita bukan  saling follow pun" 

" kau ni tak pernah retweet  tweet aku, tak pernah   tweet aku. Malas la aku nak follow kau"  

Kat Twitter tak boleh macam tu.

Kalau kat facebook boleh la kita nak pilih2 siapa boleh like siapa boleh komen. Tapi di Twitter , bila kau tweet je semua orang boleh reply,  retweet dan ❤. 

Korang boleh la lock akaun twitter supaya tweet korang tak de siapa boleh kecam. Tapi tak de siapa la nampak tweet korang tu. Umpama macam korang bercakap sorang2. 

Kalau ada yang baca pun setakat orang yang follow korang je.

Bila korang lock akaun twitter korang, komen balas korang kat post orang lain pun tak boleh dibaca oleh orang lain yang tak follow korang. Rugi tak?

Selalunya tweet2 yang di lock,  orang tak berminat sangat. Sebab bila kita lock tweet maknanya kita dah had kan kebebasan orang lain untuk retweet dan bagi pendapat.

Jadi pilih la nak lock tweet atau pun tidak, Mana yang dirasakan bagus untuk diri sendiri.

Ada orang tak tahu nak retweet apa sebab dekat timeline dia tak de apa yang best.

Twitter ni, kalau korang nak best korang kena follow ramai orang. Kalau follow 2,3 kerat je memang tak best. Follow juga account2 yang aktif di twitter.

Jangan follow orang yang kau kenal je. Nanti buka twitter nampak post sama je dengan post kat fb. 

Sebab tu saya tak suka link kan acc fb dan Insta saya dengan twitter. Boring kot. Nampak benda sama je.

Macam mana cara nak reply tweet?

Rujuk pada gambar bawah ni..

Saya andaikan yang korang dah ada account twitter. Dah follow beberapa orang di twitter dan tak lock account twitter korang ye.

So paparan twitter korang akan keluar macam ni.


1- Repy Tweet
2- retweet
3- favourite this tweet
4- Show Ths Thread
5- compose tweet
6- view tweet
7- share tweet

Tutorial hari ni ialah tentang Cara Reply Tweet. Iaitu icon yang saya tandakan dengan no 1.

1- Reply tweet

Untuk reply korang tekan icon berbual yang no 1. 

Untuk Twitter tak boleh reply panjang2. Limit hanya sampai bulatan di bahagian tepi  tu habis je. Rujuk gambar dibawah" 

Korang pilih satu tweet yang korang rasa nak reply.. Kemudian pilih pada icon berbual tu. Korang paham2 la yang mana satu icon berbual tu ye. hahahah. 

Bila korang click icon berbual tu , keluar gambar macam dibawah ni..


Nampak bulatan kat bucu digambar atas ni? Korang reply jangan sampai bulatan tu jadi warna merah.Tu maknanya dah terlebih perkataan.

Kalau nak tulis panjang2 boleh clik icon berbual kat korang punya komen pertama. Dan sambung tulis komen korang.

Bila dah siap tulis komen , klik pada bulatan yang saya buat  kat tulisan biru tu. Ada 2 nama kat situ..Kan?

Saya nak reply pada Mohd Redzuan.jadi saya kena buang nama KetengahKetepi tu.  

Klik pada tulisan biru dan akan keluar macam di bawah ni. Kalau ada satu nama je kat situ, (nama pemilik asal tweet) abaikan bahagian ni.



Hilangkan tanda ✔️ warna biru pada nama Ketengahketepi tu. kemudian Done .
Lepas tu dah terpapar komen korang kat tweet tu.

Peraturan nak reply ni ialah jangan mention nama orang yang retweet atau like,  kalau korang nak reply pada tweet asal. 

Kalau tidak nanti korang dapat ayat gini.." hello sis, please unmention i... " susah nanti sebab twiter ni bukan boleh edit2 komen atau tweet. 

Ok..tu je la. tutorial hari ni. Cer pergi twitter dan try reply tweet siapa2. Kat twitter,orang yang kita tak kenal pun kita boleh reply tweet dia. So tak boleh malu2 nak reply tweet orang lain ye.

Tu je la..Lain kali saya buat tutorial lain pulak.Terima kasih kerana membaca artikel macam mana cara nak reply tweet di twitter. Semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Komen

15 Ulasan

  1. kak ada juga acc tweeter tapi dh lama xbuka

    BalasPadam
  2. oh nk reply pun ade caranya ke..saya hentam main reply ja kak hahahaa ^_^

    BalasPadam
  3. sedih sbb org x berinteraktif dgn saya di twitter.

    BalasPadam
  4. Jarang dah buka akaun tweeter ni

    BalasPadam
  5. Dah lama x bkak acc twitter 😅😅

    BalasPadam
  6. Dulu cx ada twitter tapi dah padam konon macam tak ada faedah but once zaman sekearng makin maju. twitter is a must. will come back. haha

    BalasPadam
  7. sy kalu bkn sbb keje hakiki mmg x tau twitter ni😆

    BalasPadam
  8. huhu takdak acc twitter. tak sure la in future if ada keperluan. hehe. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    BalasPadam
  9. saya bersembunyi di tweeter kalau dah bosan dengan facebok hehe

    BalasPadam
  10. Sy memang lock twitter. Takpe, tak ada orang tengok. Hihi. Lepak twitter suka baca topik menarik.

    BalasPadam
  11. biasa twitter cik tk skrooooll dan skrooolll lagi.. jarang reply. tapi baru tau kalau reply tu boleh remove orang tak berkaitan. ingat reply macam tu je

    BalasPadam
  12. saya ada twitter tapi private..untuk random thoughts aje dengan kawan2 terdekat

    BalasPadam
  13. bagus kak diana buat entri ni. ramai jer orang tak tahu nak guna tweeter termasuklah saya.. hhihihi

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)