Advertisement

ads

DRAMA IRONI KASIH EPISOD 1 - EPISOD 15 (FULL EPISOD)

DRAMA IRONI KASIH EPISOD 1 - EPISOD 15 (FULL EPISOD) | Ironi Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Nazir Jamaludin, dibintangi oleh Intan Najuwa, Aqasha dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 pada 2 April 2020. Drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaludin dan diaiarkan sebanyak 15 episod.



SINOPSIS DRAMA IRONI KASIH


Mengisahkan Kasih Ariana (Intan Najuwa) yang hidup sebatang kara selepas kehilangan ibu dan kakaknya. Tragedi yang menimpa kakaknya Suri telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati Kasih. Kasih memulakan hidup baru di bandar.

Pada awalnya Kasih bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (Aqasha), tetapi dia telah dipujuk oleh Emilia (Intan Ladyana) untuk menjadi pengasuh kepada Danish (Isaac Iman), anak tunggal Johan dan isterinya, Emilia.

Emilia begitu taksub akan kerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk menguruskan keluarga. Johan pada mulanya tidak bersetuju dengan permintaan Emilia.

Akhirnya, Johan terpaksa menuruti juga apabila Kasih sendiri menerima tawaran pekerjaan itu. Kasih bersetuju memandangkan dia ditawarkan gaji yang lumayan dan mendapat tempat tinggal.

Kasih menjalankan tugasnya dengan baik sehinggakan Danish menjadi sangat rapat dengannya. Johan pula sering pulang untuk makan tengahari di rumah kerana amat sukakan masakan Kasih.

Mereka menjadi semakin mesra. Bahkan, Mak Salmah (Fauziah Ahmad Daud) iaitu ibu kepada Johan amat menyukai Kasih dan sering membanding-bandingkan kelebihan Kasih yang baginya lebih baik daripada Emilia.

Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Emilia optimis bahawa Johan tidak akan curang padanya lebih-lebih lagi dengan pengasuh yang tidak setanding dengannya.

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Megat (Fizz Fairuz). Kemuncaknya apabila pada suatu malam, Johan mengamuk apabila mendapat tahu Emilia dan Megat telah ditangkap berkhalwat.

Kejadian ini menyebabkan mereka suami isteri bertikam lidah, sehinggakan Emilia telah mendesak Johan untuk menceraikannya. Johan yang rasa tercabar terus menceraikan Emilia bersaksikan Kasih dan Danish. Kasih amat gembira di atas penceraian Johan dan Emilia. Kini dia telah berjaya bernikah dengan Johan.

Kasih mula buat perangai tapi dia tetap mempedulikan Danish tetapi sering menyakitkan hati Johan. Johan terkejut dengan perubahan sikap Kasih.

Kasih akhirnya membongkar rahsia bahawa segala yang terjadi telah dirancang dari awal. Kasih hadir ke dalam hidup Johan dengan tujuan untuk membalas dendam di atas kematian kakaknya Suri.

Suri meninggal dunia akibat dilanggar lari dan kematiannya dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin telah membuatkan ibunya terkejut sehingga meninggal akibat sakit jantung. Apakah sebenarnya kaitan kematian Suri dengan Johan? Bagaimanakah Johan berhadapan dengan Kasih yang kini hanya berdendam kepadanya?



PELAKON DRAMA IRONI KASIH


Intan Najuwa - Kasih Ariana

Aqasha - Johan

Intan Ladyana - Emilia

Fizz Fairuz - Megat

Afifah Nasir - Maira

Nik isaac Iman - Danish

Nadia Mustafar - Latisya

Ramona Zamzam - Suri

Syafi Tee - Kamil

Sarah Malisa - Eka

Zulkifli Salleh - Pak Salim

Farah Wahida Zainuddin - Khaleeda

Fauziah Ahmad Daud - Mak Salmah

SOUNDTRACK DRAMA IRONI KASIH

Sembah - Naim Daniel




Serpihan Jiwa - Fidz



Tonton Drama Ironi Kasih Episod penuh 

Ironi kasih Episod  1
Ironi kasih Episod 2
Ironi kasih Episod 3
Ironi kasih Episod 4
Ironi kasih Episod 5
Ironi kasih Episod 6
Ironi kasih Episod 7
Ironi kasih Episod 8
Ironi kasih Episod 9
Ironi kasih Episod 10
Ironi kasih Episod 11
Ironi kasih Episod 12
Ironi kasih Episod 13
Ironi kasih Episod 14
Ironi kasih Episod 15 



Catat Komen

0 Ulasan