Advertisement

ads

DAPAT KOPI TENOM SABAH DARI BLOGGER SII NURUL - CARA BANCUH KOPI SEDAP

DAPAT KOPI TENOM SABAH DARI BLOGGER SII NURUL - CARA BANCUH KOPI SEDAP |  Saya ni kalau tekak tak tahan sangat rasa nak minum kopi saya akan cakap gini kat suami.. " Abang tak nak ke minum kopi?' Padahal diri sendiri yang nak minum kopi. Bila bancuh dan minum sikit kopi tu tak la rasa bersalah sangat sebab tujuan utaman nya bancuh kopi untuk suami..kan?



Kalau bancuh untuk diri sendiri rasa macam menganiaya diri sendiri pulak. Hahhahah

Saya ni kena kurangkan minum kopi sebab takut sakit kepala kalau ambil cafien. Bila sakit kepala risiko nak kena vertigo tu ada. Jadi kena kurangkan kafien. Tapi bila coffee ada depan mata memang tak mampu la nak tolak.

Minuman paling saya suka sekali dalam dunia ni selepas air masak ialah black coffee. Sebelum saya pantang kopi dulu, tiap-tiap pagi duduk depan tv, dekat dengan pintu dengan bertemankan secawan black coffee.

Memang syok sungguh suasana pagi bila ada kopi. Tengok langit dengar burung berkicau.. Tenang je rasa. Tapi sejak pantang kop, lepas anak naik van pergi sekolah saya bantai tido. Hahahah

Dapat Kopi Tenom dari Blogger  SiiNurul

Alhamdulillah. selepas beberapa bulan berpantang kopi, blogger  Sii Nurul yang cantik manis bagi kopi kat saya. Punya la seronok. Serbuk Kopi ni sampai kat saya petang semalam.

Kopi Tenom sabah. Dalam dia ada 12 uncang. 1 uncang ni memang padu untuk 1 cawan kopi. Kopi nya memang kaw. Ada orang suka kopi nipis je. Kalau nak buat kopi yang nipis boleh guna 2 cawan air untuk 1 uncang ni.

Tapi saya tak suka kopi nipis2. rasa kembung perut bila minum kopi nipis.

Dah cakap kat suami, esok pagi nak minum kopi ni la. Petang nya suami pi kerja , petang tu juga saya bancuh 1 uncang. Hahha..

Lepas tu malam tadi sejuk betul rasa. Macam nak hujan. Fikiran jahat ni pun mula la cakap.." kan sedap kalau ada kopi.." okay.. seuncang lagi lebur malam tadi..hahahah...

Dia tak boleh mula.. Bila dah mula susah la nak stop

Terima kasih banyak-banyak untuk blogger siinurul.com atas pemberian nya yang sangat-sangat saya suka..Hahah. Gelak jahat!



Apa yang sedapnya dengan kopi ? Tak pahit ke?

Tak tahu la nak cakap cemana. Walaupun pahit tapi ianya indah. Rasanya macam di telan pahit dibuang sayang giteeewwww..

Setiap tegukan bagi kesegaran pada badan. Bila dah nak habis secawan badan mula rasa hangat dan berpeluh. Rasa lega dan lapang kepala.

Cara minum kopi ni, dia tak boleh teguk sekali jalan. Kena minum sikit sikit. Baru layan

Ada orang takut minum kopi. Takut gigi kuning katanya. Hallahhh! kita mandi pun 5 kali sehari. Tiap kali mandi tu gosok la gigi.

Kalau nak tau minum kopi ni boleh mengurangkan bau mulut tau. Lagi2 yang kaki petai tu. Minum la kopi. Tak de masalah mulut bau petai. 




Cara bancuh Kopi Yang Sedap.

Tak ramai orang boleh bancuh kopi dengan sedap. Tapi suami saya dan kawan-kawan nya kata saya bancuh kopi sedap. Hahahah.. 

Nak bancuh kopi ni sebenarnya kena pandai agak-agak gula tu.Jenis kopi pun penting jugak. Macam Kopi Tenom ni memang sedap la bagi saya. 

Kalau nak bancuh kopi susu, jangan sampai warna kopi jadi cerah. maknanya tu dah terlebih susu atau pun terkurang coffee.  Kopi susu yang sedap warna nya coklat pekat. 

Macam gambar bawah ni.. Kopi susu yang sedap yang colour  pantone 731. 



Untuk black coffee pula, kalau nak dapatkan kopi yang sedap korang kena biarkan air kopi tu dalam 15 minit lepas tu baru minum. 

Cara saya bancuh kopi. Masuk kan 1 sudu besar serbuk kopi dalam jug. Masuk kan 500 ml air panas.kemudian 2 sudu besar gula. Lepas tu tutup jug air tu. lepas 15 minit baru minum. Peeeewwwwwhh.. 

Saya mula belajar minum kopi masa awal-awal berkahwin. Suami saya ni orang kedah. Saya kalau balik Kedah tengok semua ahli keluarga suami saya suka kopi. Kecik besar minum kopi tau . Sejak tu saya belajar minum coffee.

Bila dah hari-hari bancuh kopi memang dah pro la. Dah kenal mana kopi yang sedap dengan tak sedap. Hebat tak?? Bagi tepukan sikit.. Hahah

Sambal laksa Sarawak 

Nurul Jugak bagi sambal laksa ni. Boleh la nanti buat Laksa sarawak. Kamek sik penah masak laksa sarawak gik. Aik. .. Hairan nang  ni . Tiba-tiba kamek pandei kelaka sarawak.

Saya kenal ramai juga blogger sarawak. Boleh la nanti roger- roger minta resepi.Sekali lagi terima kasih Nurul. Semoga dilimpahkan rezeki.


Catat Komen

15 Ulasan

  1. Tahniah Diana!
    Sama dengan blogger NA ni, dapat kopi Tenom.
    Sedap kopi Tenom, memang selalu jugak simpan stok kat rumah.

    BalasPadam
  2. Adoih, betullah D, kopi ni memang tak boleh dimulakan, ketagih jadinya, pagi dah kopi, malam pun boleh terbayang, macam orang bercinta. D sama SK la, suka black coffee, & terasa indahnya donia masa mencicip panas2 tu

    BalasPadam
  3. Aishhhh pekat kann kopinya..kita pun ada beli masa ke Sabah duluu..
    Sekarang ni lagi leee, duk ada mesin arissto, melampau dah ni tahap tekan kuar kopi hahahahah

    BalasPadam
  4. kopi yit foh tu, kak pip suka yang plastk biru.
    kopi latte.
    sedap pun sedap.

    BalasPadam
  5. sedapnya kopi..lamanya tak makan laksa sarawak...

    BalasPadam
  6. Sedap tu kopi kaw. suka gak kopi kaw. memang susah nak tolak lah kan. Aikk..tiba tiba boleh klakar saghawak

    BalasPadam
  7. wah tahniah ye sis. nampak sedap kopi tu, teringin juga nak cuba..hehe

    BalasPadam
  8. belum cuba kupi tenom..cuma suka minum teh sabah yg ditanam di Kundasang tu.

    BalasPadam
  9. kaki petai macam muhib ke? ekekekek.. alhamdulillah dapat hadiah ;)

    BalasPadam
  10. tp kenapa kopi ni krg popular eh kt semenanjung?

    BalasPadam
  11. betul kena minum sikit2.. secawan tu kdg2 sampai ke petang hahahhaha

    BalasPadam
  12. tak pernah rasa lagi kopi tenom. Jarang minum kopi.. bila teringin je minum

    BalasPadam
  13. wow! bestnya minum kopi. i am a coffee lover

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)