DAH LAMA TAK DAPAT HADIAH DARI BLOGGER | Duduk rumah goyang jari je alih-aih dapat hadiah.. Beruntung betul seorang Diana Rashid. Begitulah kehidupan, Kadang kita tak jangka apa rezeki yang akan datang dalam hidup kita. Eceh!!padahal diri sendiri lupa hari tu Shida ada umumkan senaraikan kaki komen kat blog dia. Lepas tu, orang tu suruh pm bagi alamat boleh pulak saya lupa.
Nasib baik lah Shida memang simpan alamat saya . hahahah
Dah nampak dah posmen datang letak sampul ni dalam peti surat.tapi masa tu ingatkan surat dari maybank yang hantar credit advice sebab selalunya lepas dapat duit adsense maybank akan hantar credit advice.
Dah dekat malam baru keluar pi ke peti pos dan nampak rupanya ada dua sampul.Satu dari Maybank dan satu lagi dari Shida.
Dah tentu lah kita buka sampul dari Shida dulu. Kesian nya.. nampak sangat dah lama tak dapat hadiah . Hahaha..
Ini lah hadiahnya..Comel sangat nih.. Macam tau2 je kami guna getah tempe je jadi mask extension. Bukan kedekut tau. Tapi kami tau satu hari nanti kami akan dapat yang free. Dan hari itu adalah hari ini...
15 Ulasan
Boleh guna terus. Seronok kan dapat hadiah? Hati berbunga-bunga.
BalasPadamsaya pun dah lama tak dapat...
BalasPadamwah comelnya!! Boleh guna terus!
BalasPadamomel kak... suka kan bila kawan bagi hadiah
BalasPadambestnya dapat hadiah kan kan kan...hehe
BalasPadamCantik tu kak dapat mask extender pink dengan face mask. Keperluan sangat buat masa ni. Tahniah dapat hadiah.
BalasPadamalhamdulillah rezeki ;)
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamtahniah
cantik mask extender tu..ciktom pakai sambung clip kertas je..hahaha...
BalasPadamTahniah....Tahniah
BalasPadamComelnya hadiah tu untung puan menerima. Moga sis Diana dan Shida sentiasa murah rezeki.
BalasPadamrezeki tidak disangka..
BalasPadambersyukurlah...
mudahan dapat lagi
alhamdulillah rezeki tu ;-)
BalasPadamtahniah sekali lagi, diana :)
BalasPadamaida pun lama sgt dah x dpt hadiah dr blogger friends.
sepi berbulan2 dari blogging hi hi hi hi...
Ingat x masa update entri pasai mask extender merdeka tu..
BalasPadamkak diana kate kak diana xde mask extender tu..so terus terdetik nk bg kak diana
dan blogger yg tersenarai mask extender tu..gigih tempah kat parent smpai busy lah dia saya tempah sampai 10 extender hahahhaa ^_^
btw thanks kak diana..support saya dr dulu saya bujang smpai laa ni dah berduaaa hehee
tq kak diana :)
sila tinggalkan komen anda...:)