Advertisement

ads

AMERICAN MURDER : THE FAMILY NEXT DOOR SIARAN NETFLIX

AMERICAN MURDER : THE FAMILY NEXT DOOR SIARAN NETFLIX |  Semalam saya dan suami baru berkesempatan tonton dokumentari jenayah pembunuhah satu keluarga di U.S.A. Memang dah lama nak tengok sejak netflix ada siarkan dokumentari ni. Tapi tak boleh nak tengok dengan anak-anak. Kena tunggu diaorang tido dulu. Sebab ada kawan dah pesan jangan tengok dengan budak2. 



So semalam sempat la kami tonton. Memang sedih dan tertinggal parut juga la kat hati ni bila dah habis tonton dokumentari ni. Bayangkan lah orang yang kita paling percaya alih-alih dia lah yang menjadi punca segalanya.

Documentari jenayah pembunuhan keluar Chris ni bukan lakonan semula macam dokumentari jenayah yang kita biasa tengok. Ianya dari rakaman cctv dan camera polis. Ada juga diselitkan video-video keluarga Chris ni.



Sinopsis American Murder: The Family Next Door.

Nickole menghubungi Shanann awal pagi tapi tiada balasan. Nickole kemudian terus menuju ke rumah Shanann dan apabila sampai rumah berkunci tapi tiada sesiapa yang kelihatan. 

Nickole terus menghubungi polis. Apa bila polis sampai Nickole menghubungi suami Shanann agar segera pulang dan membuka pintu agar mereka dapat masuk dan melihat keadaan Shanann dan anak-anaknya.

Sebaik sahaja pintu dibuka mereka mula mencari Shanann dan anak-anaknya tapi tidak ditemui walaupun telefon bimbit Shanann ada di rumah.

Polis memulakan siasatan dan suspek utama kehilangan Shanann dan anak-anaknya ialah Christoper Watt, suami kepada Shanann dan bapa kepada 2 anak comel mereka.

Apa yang sebenarnya berlaku kepada Shanann dan anak-anaknya.?Tonton American Murder: The Family Next Door di siaran netflix.


Tarikh tayangan asal: 30 September 2020

Muzik digubah oleh: Nainita Desai

Syarikat produksi: Knickerbockerglory

Diedarkan oleh: Netflix

Terima kasih kerana membaca artikel American Murder: The Family Next Door. Semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. berubah terus lepas jumpa marka baru kan

    BalasPadam
  2. kenapa akak eja Emerican? Bukan American?

    dah tengok juga masa demam hari tu..tapi 20 minit awal rasa pening sebab dia memang dari footage polis kan..kamera nya memeningkan sikit kalau tak biasa main counter strike..haha..

    awal-awal tu tak syak langsung suami dia akan buat benda jahat tu sampai lah jiran dia suarakan keganjilan Chris kepada pihak polis..then bila stop sekejap dari tengok ceritanya, saya pergi search nama Shannan Watts kat FB..baru lah confirm suami dia yang buat..adeii..siap curang nkoo...sedihhh

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)