9 IDEA LAYOUT CANTIK DI INSTAGRAM YANG PATUT ANDA CUBA | Instagram adalah antara sosial media yang semakin ramai penggunanya sebab aplikasi ni selain menjadi tempat perkongsian gambar menarik ianya juga boleh dijadikan laman untuk buat duit.
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan ,Instagram bagaikan sebuah katalog digital yang memudahkan pelanggan untuk mencari apa yang mereka mahu.
Semakin menarik dan cantik Instagram semakin tinggi lah potensi orang ramai untuk membeli. Jadi, untuk menjadikan instagram anda cantik dan menarik jom gunakan 9 layout yang cantik dan menarik supaya katalog digital kita dapat memikat hati pengikut-pengikut kita.
9 Grid Layout idea
Square
.
Diagonal
Susun atur grid Instagram kedua digunakan oleh banyak Instagrammers. Ini menjadikan tema Instagram kita kelihatan konsisten serta-merta. Dan sangat mudah dilakukan!
Yang harus kita lakukan ialah:
(1) memilih jenis foto
(2) memilih warna.
Kemudian seret dan lepaskan foto anda untuk menyusunnya seperti ini:
Tiles
Untuk susun atur grid Instagram ini, gunakan setiap petak sebagai tiles
Cara paling popular untuk menggunakan susun atur ini adalah dengan berkongsi foto, kemudian quote, kemudian foto, kemudian quote. Buat selang seli.
Ini adalah cara mudah untuk mendapatkan layout Instagram yang konsisten. Sangat mudah. Tambahan pula, pengikut kita akan mengetahui dengan tepat apa yang akan kita akan post seterusnya. Sekiranya kita baru sahaja post gambar. Mereka mengharapkan quote yang hebat selepas itu.
Tidal semestikan kita gunakan quote . Jadilah kreatif. Contohnya, kita boleh berkongsi tajuk catatan blog , resepi dan sebagainya.
Line_In_The_Middle
Susun atur layout ini senang diuruskan dan sangat cantik untuk dilihat.
Garis di tengah layout biasanya ditulis dengan latar putih. Tetapi kalau kita kreatif boleh buat warna yang lebih cantik.
Teks di tengah berkaitan dengan gambar di setiap sisi.
Border
Row_By_Row
Ini adalah susun atur grid Instagram yang kreatif.
Ia sangat cantik kerana nampak sepeti kita sedang membaca buku ... atau majalah. Mata kita secara semula jadi beralih dari kiri ke kanan untuk membaca. Lain la kalau korang baca jawi.Hahahha
Satu baris = satu cerita.
Contohnya, jika kita melancong ke suatu tempat, kita boleh menggunakan garis untuk menulis mengenai tips perjalanan kita, pengalaman kita atau nama destinasi yang kita pergi.
Mixed
Mixed ialah campuran beberapa tema tapi tema yang dipilih mestilah dalam keadaan teratur dan tersusun. contohnya macam :
- one row = one story + white border
- puzzle + squares
- line in the middle + row by row
- line in the middle + puzzle
Susah sikit nak menguruskan layout macam ni.Tapi kalau rajin buat jela..
Rainbow
Puzzle
Korang gunakan layout yang mana satu untuk Instagram? Share di komen suspaya jadi inspirasi pada orang lain juga.
Terima kasih membaca artikel 9 Idea layout Di Instagram Yang Patut Anda Cuba. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.
6 Ulasan
Guna layout biasa yang sediada jer... belum pernah cuba layout mana-mana apps lagi
BalasPadamSA mmg x rajin la kisahnya...
BalasPadamKak Sue susun sendiri ja layout, tapi kadang ke laut jugak..
BalasPadammmg cantik... tp utk sy ckp laa layout sedia ada hehehe
BalasPadamYang puzzle tu macam banyak kerja nak membuatnya. Huhu
BalasPadamfor now layout by line je lah mampu.
pakai layout sedia ada je.. tp menarik la layout2 ni... puzzle tu paling menarik tapi susah nak buat tuuuuuu
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)