25 TAHUN SELEPAS DILWALE DULHANIA LE JAYENGE. DIMANAKAH PELAKON - PELAKON FILEM INI SEKARANG? | Sambil saya tulis artikel ni saya dengar lagu-lagu hindi yang pernah hits
melalui filem-filem hindi popular tahun 90an dan awal tahun 2000. Baru
datang mood hindustan tu..hahah..
20 Oktober 2020, genap 25 tahun filem Dilwale Dulhania Le Jayenge
sejak ditayangkan pada tahun 1995. Selain membawa gelombang baru dalam
dunia perfileman di India, DDLJ juga adalah salah satu filem Bollywood
yang paling disukai seluruh peminat filem bollywood diseluruh dunia.
DDLJ, yang diarahkan oleh Aditya Chopra, juga membanggakan
pelakon-pelakon bintang yang luar biasa dengan nama-nama besar
seperti seperti Amrish Puri, Anupam Kher dan Farida Jalal. Inilah
juga yang membuatkan filem ini berjaya.
Tentu ramai yang nak tahu kemana kemanakah perginya pelakon-pelakon yang pernah membintangi filem popular ini.
Dato Shahrukh Khan - Raj Malhotra
Dilwale Dulhania Le Jayenge menjadikan Shah Rukh Khan salah satu bintang
Bollywood yang paling berjaya. Pelakon itu terus membintangi beberapa filem
blockbusters selepas DDLJ. Antara filem yang mendapat sambutan hangat ialah
Dil To Pagal Hai dan sehingga kini beliau masih memegang watak utama
walaupun sudah berusia 55 tahun.
Kajol (Simran)
DDLJ menempatkan Kajol sebagai A-list actor. Dia terus menjadikan beberapa
filem hits seperti Gupt, Kuch Kuch Hota Hai, Dushman, Kabhi Khushi Kabhie
Gham, Fanaa, My Name Is Khan dan banyak lagi. Pada masa yang sama , Kajol
juga turut berlakon dalam filem-filem yang diterbitkan oleh suami Ajay
Devgn.
Amrish Puri (Chaudhary Baldev Singh)
Ikon Bollywood Amrish Puri memegang watak sebagai ayah Kajol dalam Dilwale
Dulhania Le Jayenge. Selepas DDLJ, beliau turut membintangi filem seperti
Jeet, Ghatak, Koyla, Chachi 420, Virasat, Baadshah, Gadar, Nayak, Mujhse
Shaadi Karogi dan Aitraaz. Beliau meninggal dunia pada tahun 2005, dan filem
terakhirnya Kisna ditayangkan seminggu selepas kematiannya.
Anupam Kher (Dharamvir Malhotra)
Selepas DDLJ, Anupam Kher membintangi filem seperti Kuch Kuch Hota Hai,
Bade Miyan Chote Miyan, Kya Kehna, Kaho Naa Pyaar Hai, Dulhan Hum Le
Jayenge, Rang De Basanti, Jaan-E-Mann, Special 26, Hotel Mumbai dan The
Accidental Prime Minister dan banyak lagi.
Dia juga pernah menjadi sebahagian daripada projek antarabangsa seperti
Bend It Like Beckham, Lust, Caution dan Silver Linings Playbook, selain dari
rancangan TV Britain, The Boy With The Topknot dan rancangan TV Amerika, New
Amsterdam.
Satish Shah (Ajit Singh)
Dari Judwaa hingga Hero No. 1, Hum Saath Saath Hain, Kal Ho Naa Ho, Main
Hoon Na dan Ra.One, Satish Shah telah membuat puluhan filem selepas DDLJ.
Dia juga dilihat sebagai Indravadan Sarabhai dalam rancangan TV Sarabhai vs
Sarabhai dan merupakan sebahagian daripada Comedy Circus. Dia terus kekal
aktif.
Pelakon berpengalaman Farida Jalal muncul dalam filem seperti Judaai, Dil
To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Pukar, Kya Kehna dan Zubeidaa antara
lain. Farida Jalal terakhir membintangi filem Jawaani Jaaneman (2020). Dia
kini lebih aktif di rancangan televisyen setelah tampil dalam rancangan
seperti Shararat, Balika Vadhu dan Ammaji Ki Galli.
Himani Shivpuri mempunyai berhubung rapat dengan nama-nama besar seperti
Yash Raj Films, Rajshri Productions dan Dharma Productions. Dia memainkan
peranan penting dalam banyak filem hits seperti Khamoshi, Hero No. 1, Kuch
Kuch Hota Hai, Hum Saath-Saath Hain, dan Main Prem Ki Diwani Hoon. Hingga
sekarang dia tetap aktif di Bollywood, televisyen dan teater.
Pooja Ruparel, yang memegang watak sebagai adik perempuan Kajol di DDLJ,
tetap masih aktif dilayar. Projeknya selepas DDLJ adalah filem X: Past Is
Present dan rancangan TV Zabaan Sambhalke. Hari ini, Pooja lebih aktif
dalam bidang teater. Dia juga pernah mencuba komedi dan nyanyian.
Parmeet Sethi (Kuljeet)
Selepas membintangi DDLJ Parmeet Sethi membintangi filem Dhadkan,
Lakshya, Dil Dhadakne Do dan Laila Majnu. Dia menukar kariernya dengan
menjadi pengarah rancangan tvpada tahun 2010 dengan Syarikat Badmaash.
Sethi juga pernah membuat beberapa rancangan TV pada awal tahun 2000-an.
Tayangan web terbarunya adalah Precial OPS dan Hundred
Selepas muncul dalam DDLJ, Mandira agak lambat menueruskan dunia seninya,
Namun tidak lama kemudian dia tampil dalam beberapa filem seperti Dus
Kahaniyaan, Vodka Diaries, The Tashkent Files dan Saaho. Dia juga terlibat
dengan beberapa rancangan tv dan rancangan realiti tv. Doa juga seorang
yang sukakan aktiviti kecergasan. Kali terakhir Mandira muncul dalam drama
bersiri web Smoke.
Selepas DDLJ Anaita terus menjadi salah seorang penata gaya dan costume
designers Bollywood yang terkemuka. Dia terlibat secara
langsung sebagai costume designers untuk filem seperti francais
Dhoom, Being Cyrus, Love Aaj Kal, Ra.One, Cocktail, Race 2, Bang Bang dan
Dear Zindagi. Dia berkahwin dengan seorang penerbit dan pembikin
filem.
Achala Sachdev (Grandmother)
Selepas DDLJ, Achala Sachdev membintangi beberapa filem seperti Kabhi
Khushi Kabhie Gham, Na Tum Jaano Na Hum dan Kal Ho Naa Ho. Dia meninggal
pada tahun 2012
ketika berusia 92 tahun. Sepanjang hayatnya dia banyak membintangi
berbagai filem. Dia memulakan kerjaya seninya ketika masih
kanak-kanak.
Karan Johar (Rocky)
Ramai yang tidak menyedari watak Rocky dalam DDLJ ialah Karan
Johar. Karan Johar memegang watak sebagai rakan SRK di
DDLJ.
Selain mengambil alih pengurusan syarikat produksi filem Dharma
Productions, dia juga mengarah dan menerbitkan filem seperti Kuch
Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kabhi Alvida Naa Kehna, My Name
Is Khan, Student of the Year dan Bombay Talkies.
Karan juga menjadi pengacara rancangan bual bicara selebriti Coffee
With Karan. Pembikin filem ini juga menjadi juri dalam rancangan realiti
seperti Jhalak Dikhhla Jaa, India's Got Talent dan Next Superstars
India.
Terima kasih membaca artikel 25 Tahun Selepas Dilwale Dulhania Le Jayange . Dimanakah Pelakon-pelakon Filem Ini Sekarang?. Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada semua.
9 Ulasan
sy pernah terbaca satu artikel beberapa thn lps. katanya, ada sebuah pawagam kat India masih tayangkan filem ni smpi skrg (waktu sy baca artikel). fuhhh boleh pecah rekod dunia tayangan paling lama di pawagam heheheh
BalasPadambetul tu all of them legend , i love gabungn shah rukh khan dgn kajol nampak real sgt tk bosan
BalasPadamjarang2 dah tonton Hindi sekarang, tapi kalu ada masa layan juga
BalasPadamiye. aida pun x perasan karan johar dlm tu.
BalasPadamhari ni baru tahu kah kah kah :)...
feveret aida filem ni. sampai sekarang tak bosan tonton nyer.
Farida Jalal pun muka dia tak ubah kan..macam tak di mamah usia ajeee..
BalasPadamfilem yg masih diminati hingga kini
BalasPadamAda panggung wayang di India masih berterusan tayang movie ni sampai sekarang kan non-stop.
BalasPadamKajol paling menyerlah sekarang. Nampak lebih menarik penampilan dia sekarang pada usia dia. Amrish Puri tu kalau berlakon mesti watak jahat je.
BalasPadamLaaa ena pon tak perasan rocky tu karan. Hahaha. Yang penting Kajol makin cantik n slim.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)