21 KLUSTER BARU TERKINI 12 OKTOBER 2020 | 21 kluster aktif melaporkan kes baharu. Daripada jumlah tersebut, terdapat 6 kluster baharu iaitu Kolong (Sabah), Bah Tropicana (Selangor), Rinting (Johor), Bah Perdana, Bah Kasturi Dan Baiduri (Kuala Lumpur).
Selain Sabah yang mencatatkan 291 kes baharu, Pulau Pinang melaporkan 141 kes baharu. Walaubagaimanapun, kesemua kes ini dilaporkan dalam Kluster Penjara Reman. Oleh itu, ia terasing daripada orang awam.
PKPB Dilaksanakan seluruh Selangor , Kuala Lumpur Dan Putrajaya
Sementara itu hari ni juga diistiharkan PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, -taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN. Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Status Terkini Covid 19
Kes sembuh=109
Jumlah kes sembuh= 11,022 kes
Kes positif= 563
(kes import=1, kes tempatan=562)
Jumlah positif= 16,220 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian= 159 kes
Kes dirawat di ICU= 98 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes
13 Ulasan
Semakin serius nampaknya.
BalasPadamKami kat Selangor dah kena pkpb , walaupun kecewa juga lah D sebab sekian lama marhein menjaga SOP kerana kecuaian dan kepentingan pihak2 tertentu sekali lagi marhein terpaksa menerima padahnya. Apapun sama-sama kita berdoa dengan langkah pencegahan ini akan dapat membendung penularan c19 ini dari terus merebak , aamiin.
BalasPadamsangat menakutkan. ni seremban ni pun tiba2 ada 8 positif hari ni...aduhh
BalasPadamseram sejuk saya kak diana..jgnlah berlarutan huhuuu
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan pkpb di negeri terlibat. Dan semoga wabak covid-19 ni hilang terus sampai bila-bila
BalasPadamBilakah semuanya akan berakhir??
BalasPadamrisaunya dengan gelombang ketiga kali ni, lebih ganas lagi
BalasPadamkami tgh tggu apa keputusan HR ni. sama ada kena wfh atau msk opis mcm biasa...
BalasPadammakin hari makin menakutkan rasanya.rasa nak suruh pkp balik dari hati tak tenang nak keluar pun rasa takut
BalasPadamSemakin bertambah kluster.Ya Allah.
BalasPadamsemoga Pencipta memanggil tentera halus ini segera pulang ke langit
BalasPadamGelombang ketiga sudah!
BalasPadamKuster buang sayang di NS tapi Mrs. A sendiri pun tak tahu kluster baharu tu huhuhuuh...
Dahlah kes makin bertambah, kluster pun tak nak kalah sama naik. Semoga cepatlah covid-19 berakhir. Aaminn
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)