ZUL MUHAMMAD

REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 6 - 2 PESERTA TERSINGKIR

REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 6 - 2 PESERTA TERSINGKIR | Big Stage 2020 kembali lagi dengan minggu ke 6  berlangsung di PICC Putrajaya. Minggu ini berlangsung nya minggu suku akhir  bagi peserta-peserta Big Stage 2020 melayak kan diri ke Minggu ke 7. Minggu ni pelik sangat tengok baju Sherry. Dah macam pinata. Hahah. 



Juri jemputan Minggu ni ialah Mas Idayu.. Masak la peserta-peserta minggu ni bila Mas Idayu jadi Juri. Saya agak mesti ramai la yang kena marah jap lagi. President Netizen kita masih lagi Elly Mazlein. Dah 3 minggu berturut-turut jadi president Netizen nih..

Korang perasan tak, bila Elly Mazlein baca tweet, kita kat rumah senyum je dengar sebab terhibur dengar cara dia baca tweet.hahaha

Minggu ni juga sebenarnya ada kejutan sebab ada battle round . Memang tak sangka.kan? Saya sendiri pun tau sehari sebelum konsert sebab Azzam ada update kat twitter dia. Semua dapat lagu susah-susah ni. 

Minggu ni konsert macam serius sikit ye. Tak de la banyak sangat sesi usik mengusik macam selalu. Nasib baik kak Lina ada. Penyeri Big Stage la ni.. Konsert Minggu ni bagi saya sangat mencabar la berbanding minggu-minggu sebelum nya. 

Dinie Rashid - Umpan Jinak Di Air Tenang.

3 kali tau saya ulang dengar persembahan dia ni. Maklum la, peminat Ahmad jais. Hahha..  Sedap sangat Dinie nyanyi lagu ni. Suara dia kan lembut gitu.Jadi saya rasa sesuai la untuk lagu ni.



Bab pitching ke apa tu saya tak reti la . Kalau telinga dengar sedap, kira ok dah bagi saya..Lagu pulak sedap..kan? 

Cuma part hujung dia macam letih nak tarik dah.Sebab lagu ni starting dia note tinggi.

Markah Juri: 74,76,80


 Qody Rani - Teman Pengganti

Best jugak dengar Qody Rap. 2 Minggu berlatih mau tak best..kan? Hahahah. Baca kat Twitter usop pun kelakar bila dia usik Qody berlatih rap lagu teman pengganti ni.

Lepas ni boleh dah la Qody buat lagu rap pulak. 

Walaupun komen juri macam serius sangat tapi saya betul-betul terhibur la dengan persembahan rap Qody ni. 

Saya setuju sangat dengan ajai, persembahan Qody ni part nak habis sangat best. Memula je macam slow sikit.Tapi saya puas hati la.

Markah juri: 73,78,73


Fadh Majid- Seperti Mati Lampu



Best persembahan Fadh majid minggu ni. Kelakar je tengok dia menari.hahah. Suara dia ni memang best. Sesuai nyanyi lagu apa je. Suara jantan..kan??

Sebab tu orang kata latihan vokal yang paling baik ialah mengalunkan bacaan alquran. 

Markah juri: 90, 68, 80


Hafiz Zainal - Rampas

Makin bagus la Hafiz ni. Dalam banyak-banyak peserta memang Hafiz punya persembahan tu dari minggu ke minggu kita boleh nampak peningkatan dalam persembahan dia. Walaupun slow je tapi ada peningkatan tu.

Minggu ni la baru saya rasa puas dengar suara dia. Jelas dan nampak kekuatan dalam suara dia. Mungkin sebelum ni asyik nyanyi lagu lemah lembik lentok so lagu-lagu macam tu tak menyerlahkan vokal dia pun. 

Markah Juri: 44, 77, 72



Nana Sheme - Budak Ngam

Saya suka la dia ni.. Padahal dia biasa2 je. Tapi entah la..macam suka je tengok dia. Sebab dia suka senyum kot macam Sherry kata tu.. Dia macam lemah lembut je. Suara pun best. ok lah..best la nak dibandingkan dengan suara Nabila Razali..kan?

Hahah

Untuk persembahan minggu ni saya sependapat dengan Faizal Tahir. Dia tak mencuba sangat dalam setiap persembahan tapi dia buat bagus.Minggu ni pun sama. 

Markah juri: 76,80,65 

Azzam Syam - Numb

Tak eloknya imej Azzam dalam lagu ni. Dari makeup sampai ke baju nampak buruk. Persembahan pun tak best. Selalunya dia ubah2 juga lagu yang dia nyanyi.Kali ni nampak biasa2 je. 

Markah Juri: 60,76,68

Usop - Im Only One call away

Lagu ni kita kena nyanyi tanpa tengok Usop. Baru  kita akan rasa best. Kalau kita dengar sambil tengok persembahan pentas Usop ni rasa cam nak pegang dia suruh duduk diam2..

Lagu ni lagu sedih sebenarnya. Boleh pulak dia menari macam lagu happy birthday to you. Hahaha.Tapi sedap la suaranya.. Sedap la layan.

Ajai kata Usop kena buang loqlaq dia tu.. Tapi..Tapi..Kami peminat dia suka loqlaq dia tu. Pandai2 ja Ajai ni suruh buang loqlaq Usop tu.

Markah Juri: 55,82,72


Farisya Iris - Lagu Blackpink

Entah apa la tajuk lagu ni.Hahah..tak pernah dengar pun ye jugak. Macam susah je nak nyanyi lagu gini.Dah la ada selit bahasa yang asing dengan kita..kan?  Kira dasyat juga lah Farisya boleh nyanyi lagu ni.

Kalau saya part Korean tu memang bedal je la. Hahah. Tapi dia ambik masa 3 hari je nak hafal lirik tu.

Cuma yang nampak aneh dalam persembahan Farisya ni, ada masanya pergerakan dia nampak kekok sikit. persembahan memang terbaik lah.saya suka.

Markah Juri: 83, 83, 78


Persembahan Battle Big Stage 2020

Qody Rani Vs Azzam Syam - Merisik Khabar

Dua-dua nyanyi best tapi saya lebih suka suara Qody sebab lebih sesuai dengan lagu nih. Diaorang nampak serasi. Cuma untuk battle ni saya lebih memihak pada Qody.Nama pun petandingan..kan..

Nana Sheme Vs Dinie Rashid - Sejati

Suram je persembahan diaorang berdua ni padahal lagu boleh kata dalam kategori keras jugak la. Sama pulak tu suara dua2 di level yang sama. Tak dapat nak agak siapa paling bagus.  Diaorang punya persembahan pun nampak tak serasi.



Hafiz Zainal Vs Fadh majid - Bujang Senang

Nampak macam hafiz Zainal pulak yang menyerlah dalam permbahan battle ni. Mungkin sebab jangkaan orang ramai Hafiz mesti susah nak bawa lagu rock. Jadi mata tertumpu kat dia. Alih2 sedap pulak dia nyanyi lagu rock. Fadh Majid, entah hilang kemana entah. Biasa2 je. Rugi je ada suara jantan..Hahahah

Cuma baju Hafiz tu je.. Nampak tak sesuai dengan dia. Gaya kpop je sesuai dengan Hafiz ni..hahah

Usop vs Farisya Iris - Tak ada Logika

Orang kata kalau suka bergaduh ni nanti alih2 kawin.Heheh..

Diaorang ni macam sesuai je kalau diberi lagu duet..kan? Macam seronok je dengar suara depa berdua ni. Harap-harap lepas big Stage ada la satu lagu duet untuk mereka berdua.

Untuk telinga saya mereka dah sampaikan lagu ni dengan cukup baik dan menghiburkan.


Pilihan Lagu Tugasan Big Stage 2020 Minggu ke 7 (PilihanJuri)


Nasib baik minggu depan Usop dapat lagu Melayu. Haha. Paling best lagu yang Fadh Majid dapat tu.. Suka sangat lagu tu. 

 Lagu paling tak best lagu Usop tu la. Harap Usop boleh bagi lagu ni jadi best.

Markah Penuh Persembahan Minggu Ke 6 Big Stage 2020


Macam tak sangka Nana Sheme tersingkir untuk minggu ke 6 ni. Saya ingatkan dia boleh ke final.Tak sangka sangat2. Lebih tak sangka lagi ada dua penyingkiran minggu ni. Nama kedua yang tertera ialah Hafiz Zainal.

Minggu ni punya kedudukan memang berubah sangat-sangat dari selalu. Fadh majid berjaya juga pecah rekod sendiri bila dapat duduk di tangga teratas. Lepas ni keluar buat lagu dangdut ye Fadh..

Sejujurnya saya setuju sangat dengan kedudukan ni. Nama pun pertandingan.Mesti lah ada yang terkeluar. Lagipun semua peserta bagus-bagus tak kan semua nak ke final..kan? jadi yang bagus jugak la yang terkeluar.

Semoga semua peserta buat lebih baik lagi diminggu akan datang.

Terima kasih kerana membaca REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 6 - 2 PESERTA TERSINGKIR. Jangan lupa setiap minggu saya akan review setiap persembahan Big Stage 2020 di blog ni. Korang boleh tonton Big Stage 2020 setiap ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Tonton Big Stage 2020 minggu 6



Post a comment

0 Comments