ZUL MUHAMMAD

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG YANG PALING SEDAP TAPI MUDAH

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG YANG PALING SEDAP TAPI MUDAH | Masakan yang menggunakan sotong memang sedap. Bagi penggemar makanan laut sotong adalah antara makanan utama yang menjadi pilihan jika ingin merasai hidangan makanan laut. Sotong yang segar menjadi keutamaan dalam masakan


Sotong yang kurang segar pula biasanya dibuat sotong kering. Bagi saya kedua2 nya mempunyai keistimewaan sendiri. kedua-duanya tetap sedap dan menyelerakan jika dibuat masak sambal. Kan?

Antara masakan popular lain yang menggunakan sotong ialah Sotong Celup Tepung. Rasa rangup diluar dan lembut didalam membuatkan ianya tak jemu di makan. Nak menghasilkan sotong celup tepung yang rangup bukan nya susah sangat pun.

Resepi Sotong Celup Tepung

Hanya dengan beberapa bahan mudah , kita boleh buat Sotong Celup Tepung yang paling sedap. Hari ni saya kongsikan cara membuat sotong celup tepung yang paling simple dan sedap untuk korang cuba .


photo: sarangsarie

Bahan-bahan:

500g sotong basah

3 ulas bawang putih dicincang halus

perahan limau nipis

2 biji telur di pukul sekejap

Tepung serbaguna. (paling sedap tepung bestari)

lada sulah 

Minyak


Cara Penyediaan.:

Cuci sotong sampai bersih dan potong lebih kurang 1 inci.

Kemudian lumur sotong dengan perahan limau nipis dan cuci sekali lagi.Toskan.

Lumur sotong dengan bawang putih yang sudah dicincang halus.

kemudian masuk kan lada sulah. perap selama 20-30 minit didalam peti sejuk.

panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

Celup sotong ke dalam telur kemudian masuk kan dalam tepung. Celup sekali lagi dalam telur dan sekali lagi ke dalam tepung.

kemudian goreng dalam minyak yang betul2 panas.Gunakan api yang besar.

Jangan goreng terlalu lama.

Bila sotong sudah perang angkat dan boleh la dihidangkan.

 Tips Memasak Sotong

Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat dan keras. Masak sotong terlalu lama juga akan menghilangkan rasa sotong yang sebenar.

Jika ingin masak masakan berkuah, jangan masuk kan air terlalu banyak kedalam masakan, kerana sotong akan mengeluarkan air nya dan masakan kita akan menjadi terlalu cair.

Terima kasih kerana membaca artikel Resepi Sotong Celup Tepung Yang Paling Sedap Tapi mudah . Semoga artikel ini memberi manfaat pada semua. Selamat mencuba.

Post a comment

17 Comments

  1. Guna tepung bestari jugak buat sotong celup tepung aritu. Sedap dan senang je rupanya hehehe

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun suka guna tepung Bestari kalau buat celop tepung tak kisahlah udang ke, pisang ke

    ReplyDelete
  3. Sedap ni. Kalau beli di luar mmg mahal. Kena buat sendiri baru la puas hati..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sotong celup tepung.. tapi nak goreng tu kadang meletop tu yang tak tahan kan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. sotong goreng tepung ni memang faveret. selalu guna tepung segera je. tapi kena makan panas-panas. kalau dah sejuk, kurang sikit.. hihi..

    ReplyDelete
  6. tepung bestari memang power kan hehehe

    ReplyDelete
  7. sepung pun moleh..hihihi..saya pun suak guna tepung bestari..sedap!secukup rasa dah..

    ReplyDelete
  8. GORENG SOTONG SEGAR CELUP TEPUNG MMG SEDAP

    ReplyDelete
  9. Tepung bestari sentiasa tersedia di rumah.Mudahkan urusan nak gorong ayam dan sebagainya.Terima kasih kongsi resepi.Selalu goreng sotong celup tepung bila keluar kuali sotongnya bogel je nampak aurat..tepungnya bergurau senda dalam kuali.Aduhh.

    ReplyDelete
  10. Nice Post diana. Amazing Post Paperrater. I have also added something like Best Babywearing Ring Slings at my blog. Cheers

    ReplyDelete
  11. thank you kak diana share resipi ni. boleh saya tiru, hihi

    ReplyDelete
  12. Saya ni tak berapa menjadi kalau masak apa2 celup tepung. Ni semua kena pass dengan suami, dia yang lagi pro dari Tukang Kebun 😅

    ReplyDelete
  13. Ha'ah betul, kalau nak masak sotong ni sekejap je baru terasa juicy dia hehe

    ReplyDelete
  14. Sedap sotong celup tepung. Kena makan panas panas. Kalau sejuk liat tak sedap dah. Dapat pulak sotong segar.lagilah sedap!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)