ZUL MUHAMMAD

CARILAH WANITA YANG CANTIK DAN BERILMU UNTUK DIJADIKAN ISTERI

CARILAH WANITA YANG CANTIK DAN BERILMU UNTUK DIJADIKAN ISTERI | Wanita tak cantik jangan marah dengan tajuk posting saya ni. Cantik ni subjektif. Kadang jiran kita je rasa kita tak cantik, tapi abang posmen yang datang hantar barang kat kita hari-hari tu tak jemu-jemu pandang wajah cantik kita.



Sebab tu jangan pelik tengok kenapa sipolan tu kita tengok tak cantik tapi dapat suami kacak pulak.Apa la yang suami dia tu nampak kat dia.?? 

Jangan tak tahu, ada lelaki yang suka perempuan kulit gelap2 sikit, montel2, ada jerawat kat hidung, tahi lalat kat kening..Macam2 la. Itu citarasa masing2 la.

Jangan la kata lelaki tak pandang rupa.Tipu!! bila lelaki tu dah suka kat perempuan tu, tak banyak, sikit mesti ada lah minat nya tu pada rupa wanita tersebut.

Bab berilmu ni pulak semua orang ada.  Tak kan lah dalam diri kita ni satu benda apa pun kita tak tahu. Mesti dalam diri kita ni ada sesuatu yang kita tahu lebih dari adik beradik kita atau  lebih dari cikgu kita, atau pun lebih dari mak ayah kita. Mesti ada...kan?

Itu tandanya kita berilmu. Panjang sikit saya nak ulas bab ilmu ni.

Dalam memilih bakal isteri kita juga kena utamakan yang berilmu bergantung pada apa ilmu yang lelaki tu nak ada dalam bakal isteri dia. Contohnya, lelaki tu nak isteri yang pandai memasak.So pilih la isteri yang pandai memasak. 

Sebelum berkahwin, dalam tempoh sedang mengenali hati budi masing-masing, jangan lupa tanya bakal isteri sama ada wanita tu pandai memasak atau pun tidak. Tapi kalau wanita tu kata tak pandai, masih sempat lagi nak jadi kan bakal isteri tu pandai memasak.

Sama juga bab-bab ilmu yang lain.  Tak kira la, ilmu menjahit ke, ilmu merawat, mengurut , mendidik anak dan sebagainya.

Kalau dia tak nak jugak memasak, awak je lah yang memasak. Kata sayang..kan?? Hahah..Kalau tak mau jugak pandai2 la awak nak buat cemana. Nak suruh cari yang lain nanti kata jadi batu api pulak..HaHAhaha

Tapi kalau dia tak pandai memasak,mesti ada ilmu lain dalam diri dia yang bagus juga untuk rumahtangga. Bila dah berkahwin ni kita kena banyak cari kebaikan dalam diri pasangan berbanding kelemahan.

Jadi lelaki ni tak boleh tamak. Tak boleh nak semua ada dalam diri wanita tu. Kalau nak yang tahu serba serbi kena kawin dengan Google je la..Hahhaah..



Suami yang paling hebat adalah suami yang boleh bimbing isteri dia from zero to hero. Bukan suami yang berjaya buat isteri mengandung 8 kali. Dari isteri tak tahu apa-apa dia berjaya buat isteri nya jadi orang berilmu. 

Dari tak tahu pasal ilmu agama , terus dah tutup aurat dengan sempurna, solat 5 waktu, rajin bersedekah.

Dari tak tahu mengemas, dah pandai deko2 rumah.

Kalau wanita tu ada satu ilmu je , tu pun dah bagus. Tapi kalau dia ada 3,4 ilmu itu dah cukup bagus.Berterima kasih la pada mak ayah mertua kalau dapat isteri yang banyak ilmu nih. Dia bukan lahir-lahir terus pandai kalau bukan sebab didikan orang tua nya.

Nak isteri yang pandai mengaji tapi diri sendiri tak tahu mengaji. Nak isteri pandai mengurut tapi diri sendiri tak reti nak urut bini. Apooooo??? Kalau nak isteri saja pandai, tapi kita tak tahu apa nampak sangat kita cuma nak bergantung pada kemahiran yang isteri kita ada. 

Berkahwin ni memang seronok lagi2 hari kita kawin tu.Ada kenduri, boleh pakai cantik2, makan lauk sedap2 tapi yang paling penting sebenarnya ialah kehidupan selepas berkahwin tu. Kalau dua2 tak de ilmu rumahtangga memang hancur lah istana yang dibina.

Sebab tu bila nak kawin jangan sibuk sangat dengan perkara2 hari kenduri tu. Nak beli baju kaler apa, duit rombongan bas berapa ratus, duit kompang berapa ratus. Benda tu tak payah fikirkan sangat. Ada yang dah nak dekat hari akad nikah dok bergaduh lagi sebab pilih warna baju yang dia tak suka.. Benda tu sehari je. Habis sehari tu , kita kena hadap perkara yang lebih besar lagi dalam rumahtangga kita.

Paling utama adalah Ilmu!



Post a comment

4 Comments

  1. entry ni ditujukan kepada yg bujang 4 atau termasuk bujang 3/2/1? hehehe.. gurau di petang hari..

    ReplyDelete
  2. cantik itu bonus...

    kalau tak cantik pun cari kelebihan lain yang boleh dijadikan asas untuk bina hubungan yang lebih serius nanti...

    ReplyDelete
  3. setuju kak di, rupa paras ni sementara je dah tua semua kerepot ^_^
    yg pnting ilmu rumah tangga..cantik bkn saja pada rupa tp pada tggjawab masing2 juga
    terima kasih kak di atas perkongsian yang penuh makna ini :)

    ReplyDelete
  4. hahaha..kahwin dengan google. Kalau semua nak kena pandai payahlah kan. Yang penting hidup bersama pasangan ni kena saling faham, tolak ansur, saling membantu dan tahu lah tanggungjawab memasing. Ilmu tu kongsi sama-sama supaya sama sama dapat manfaatnya :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)