ZUL MUHAMMAD

CARA BETUL MENGGUNAKAN TELEGRAM UNTUK BEGINNER

CARA BETUL MENGGUNAKAN TELEGRAM UNTUK BEGINNER | Sejak akhir-akhir ni ramai yang dah mula nak belajar menggunakan telegram. Telegram adalah salah satu aplikasi yang sangat penting kerana penggunaan nya lebih meluas dan lebih menarik berbanding Whatsapp yang lebih popular.



Masa awal-awal kemunculan applikasi Telegram , saya juga sangat takut nak menggunakan aplikasi ini kerana merasakan ianya tentu rumit untuk digunakan. Tapi sangkaan saya salah kerana penggunaan nya lebih mudah untuk difahami dan memudahkan urusan seharian terutamanya dalam urusan berkongsi file dan document.

Kelebihan Telegram Berbanding Aplikasi lain

Sekarang Telegram sudah ramai penggunanya. Rata-rata rakan dan saudara mara saya juga sudah mempunyai Telegram di dalam phone masing-masing. Mereka juga mengakui aplikasi ini sangat membantu mereka.

Salah satu sebab nya ialah kita boleh menghantar dan menerima file yang lebih besar dengan menggunakan telegram. Berbeza dengan Whatsapp yang tak boleh menghantar file yang besar macam filem atau drama.

Disini saya senaraikan apakah kelebihan Telegram berbanding aplikasi lain

  • Kualiti gambar yang lebih baik
  • Privacy dijaga kerana tidak mendedahkan no phone.
  • File dihantar dengan pantas
  • Segala document dan file selamat walaupun uninstall telegram
  • Boleh buat channel tanpa ada had ahli.
  • Group untuk chat dan kongsi cerita yang boleh share file besar2
  • Nightmode

Yang palimg saya suka ialah segala file juga lebih selamat di dalam telegram sebab tak kacau kita punya storage phone. Macam saya sendiri selalu juga buat operasi membersihkan storage. Maklum la memori phone kecik saja. Jadi lebih selesa menggunakan telegram.

Untuk posting job di blog pun saya akan berurusan dengan client menggunakan telegram sebab data dan maklumat boleh simpan tanpa risau kita terdelete draft dan details  yang client bagi. Kalau korang nak berurusan dengan saya pun boleh hubungi saya melalui Telegram. Whatsapp ni saya jarang buka.

Kalau nak buat group dan channel pun, saya lebih selesa kalau di telegram. Tak la hanged phone saya ni. Oleh sebab itu hari ni saya nak ajar macam mana cara menggunakan Telegram untuk beginner. Yang dah tahu guna tu , boleh la baca entry Ciri-ciri akaun instagram yang beli like dan beli follower.


Cara Menggunakan Telegram untuk beginner

Pada yang baru nak mula menggunakan Telegram jom saya ajarkan bagaimana cara nak menggunakan Telegram.

Sebelum tu korang kena install dulu aplikasi Telegram dari Play Store. Kemudian daftar la menggunakan no telefon korang.Tetapkan Username korang. Username tak boleh sama dengan orang lain.

Kemudian telegram akan hantar code pengesahan melalui sms. Ini perkara2 biasa yang kita kena buat bila guna aplikasi macam Whatsapp, telegram, shopee, online bankin. Jangan kata tak reti pulak.Hahahh

Selesai daftar dan kita mula dengan tetapkan setting Telegram korang. Benda ni penting suspaya file yang orang hantar tak memenudi storage phone korang. Maknanya benda ni tak kan kacau phone korang la.


Dekat belah kiri atas ada 3 garis tu. Klik situ dan pilih setting. Akan keluar macam kat bawah ni.



Korang boleh mula dengan letak kan gambar profile. Pilih icon camera biru kat belah kanan tu untuk pilih gambar. Kemudian boleh tetapkan Username korang.

Username ni la yang kita akan guna dalam link telegram. Contoh macam saya punya link https://t.me/Diana_Rash . Orang klik je link tu terus boleh hantar telegram pada saya. 

Tak payah guna no phone.No phone kita ada lah privacy kita.Tak boleh orang lain tahu.

Letak Bio juga kalau suka. Tak nak letak bio pun boleh.

Lepas tu korang pilih Notification and Sound. Ni untuk korang tetapkan sama ada nak notification atau pun tak nak.

 
Saya cuma disable notification untuk group dan Channel sebab sekali masuk notification tak  berhenti bunyi phone.  Cuma untuk private chat saya enable sebab saya tak boleh terlepas mesej2 personal. Mana tau kot2 ada client mesej ke..kan???

Kemudian pilih anak panah <----- untuk kembali semula pada menu setting. Korang pilih pulak  Data and Storage



Yang ni paling penting sebab kalau korang tak setting bebetul , penuh dalam phone korang filem-filem, drama-drama, gambar , gif dan macam-macam lagi. 

Pada bahagian Automatic Media Download dan Aotu-Play media  tu korang diasble semuanya. Ni supaya menjimatkan data telco korang. maknanya korang cuma download dan play video bila korang mahu saja.

Kalau tidak, nanti dia akan auto download semua video yang korang scroll dalam group dan channels.

Itu part yang paling penting.

Pada bahagian Streaming tu pulak, korang leret ke kanan (anable) kalau nak tonton online. Tapi kalau nak download saja leret ke kiri (disable).

Cara search drama dan filem dalam Telegram

Sekarang saya nak ajar cara nak search filem atau drama yang kita nak tonton. caranya macam korang guna Google juga la. Taip je apa yang korang nak cari cuma  kena guna keyword yang lebih spesifik. 

Contohnya macam korang nak tonton drama Kampung people. :-

Buka paparan telegram korang. Kemudian bahagian atas kanan ada icon search tu. klik search.


Kemudian korang taip la  Kampung people.. Atau pun taip la  apa filem yang korang nak,atau nama lagu yang korang nak dengar, atau nama penyanyi dan pelakon yang korang nak tengok filem nya. Ataupun korang nak cari genre filem. Horror, Thriller, Hindi, dan apa saja  la.

 


Lepas dah taip akan keluar kat bawah nya senarai nama Channel dan group yang ada sediakan file yang korang cari. Korang boleh join group atau channel tu kalau korang suka dengan group dan channel tu.

Macam saya sendiri ada lebih 30 group dan channel yang saya join sebab tak nak terlepas berita2 dan drama filem yang best2.

Siapa nak join group yang best2 nanti boleh la contact saya kat tele. Nanti saya share kan apa channel dan group yang korang nak.

Bagi yang nak dowmload drama dan filem atau apa saja file di telegram korang boleh baca tutorialnya di sini. : Tutorial download drama dan filem di telegram

Bila korang dah biasa menggunakan Telegram mesti korang rasa lebih seronok berhubung dengan kawn-kawan menggunakan telegram.

Sebenarnya ada banyak lagi cara-cara menggunakan Telegram  yang saya belum kongsi sepenuhnya dalam artikel ni. Contohnya cara menggunakan telegram desktop.

InsyaAllah, kalau ada kelapangan nanti saya akan tunjuk kan lebih banyak agi cara betul menggunakan telegram untuk beginner. Semoga artikel ni bermanfaat untuk semua.


Post a comment

12 Comments

  1. telegram sy penuh dgn cerita bisnes je tp tu laa sy bukak seminggu sekali hahahaah

    ReplyDelete
  2. abe kie suka download citer2 best n terbaharu di telegram.

    ReplyDelete
  3. guna untuk hantar file gambar dan fail yang besar2 sebab size dia tak dikecikkan macam whatsapp.. tu yang best..

    ReplyDelete
  4. Tapi saya lebih suka guna wasap walaupun sebenarnya saya pun ada tekegram.

    bagaimana dengan twitter?

    ReplyDelete
  5. telegram ni saya jadikan dia mini version dari google drive, so easy i love!

    ReplyDelete
  6. Kak Sue jarang guna telegram sebab macam tak reti sangat nak guna dan rasa macam ramai kawan lebih suka gunakan apps wasap..

    ReplyDelete
  7. betul tu D, Telegram lebih privacy dan qualiti gambar pun tak pecah macam whatsapp, selalu kak ana guna TG untuk task dari client yang memerlukan banyak file dan foto, senang guna TG je

    ReplyDelete
  8. Saya selalu guna telegram utk send gambar. Lagi puas hati dari send thru whatsapp.

    ReplyDelete
  9. biasa telegram saya cuma guna utk simpan dokumen dan movie yg saya dowload.
    chat2 biasa guna wasap ajer..

    ReplyDelete
  10. Suka guna telegram. Lebih baik. Kualiti gambar memang bagus.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)