RESEPI KEREPEK PERIA KATAK CHEESE YANG RANGUP DAN TAK PAHIT


RESEPI KEREPEK PERIA KATAK CHEESE YANG RANGUP DAN TAK PAHIT | Baru-baru ni jiran sebelah rumah yang berniaga sayur ada bagi buah Peria Katak. Peria katak ni kalau tak pandai masak memang rasa pahit. Ada cara untuk bagi peria katak tak pahit. Nanti saya akan terang kan dalam artikel ni. Saya bercadang nak buat Kerepek Peria Katak Cheese.



Kalau korang panggil ni peria katak atau ada nama yang lain? 

Sebelum ni saya pernah buat Peria Katak Goreng Berempah yang rangup. Jadi ni kali kedua saya masak peria katak dan kali ni nak buat kerepek Cheese pulak.

Saya memang tak pernah beli sayur peria sebab malas nak masak. Hahah. Suami tak reti nak makan sayur ni. Saya pulak tak makan nasi. Jadi hanya kerepek cheese sajalah yang sesuai untuk masak Peria katak ni.

Ramai yang tak suka peria sebab rasanya yang pahit. Untuk menghilangkan rasa pahit pada peria, korang boleh cuba rendam peria yang sudah dipotong dengan segenggam garam. Garam kasar boleh garam halus pun boleh. lepas tu perahkan asam limau. Rendam selama lebih kurang 2-3 jam.

Rasa pahit peria akan hilang dan kalau nak makan mentah untuk dijadikan ulam pun boleh jugak. Tapi saya tak pernah cuba makan mentah. 

Kerepek Peria Katak Cheese ni saya buat menggunakan hanya sebiji Peria. Dapat lah sebekas balang saiz sederhana. Rasanya rangup dan memang sedap nak dijadikan kudapan. Ramai juga yang menjual Kerepek Peria Cheese ni . Boleh tahan juga harganya.

Kalau korang tak mau beli dan nak cuba sendiri rasa Peria Cheese ni jom kita cuba resepi yang saya kongsikan ni.

Resepi Kerepek Peria Katak Cheese yang Rangup dan Tak Pahit



Bahan-Bahan:
1 biji peria katak saiz sederhana
segenggam garam
 (Tabur garam kedalam bekas berisi peria yang sudah dibuang biji dan di hiris nipis2. Biarkan selama 2-3 jam)
Bahan untuk Bancuhan tepung
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil rempah daging
1 sudu kecil chili flakes atau boleh guna serbuk cili kalau suka
sedikit ikan bilik (tumbuk halus)

air
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Bilas dan tos kan peria yang dah direndam tadi. Letak ketepi

Masuk kan semua bahan untuk bancuhan tepung kedalam 1bekas lain. 
Kemudian masuk kan air sedikit demi sedikit. 

Bancuhan mestilah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Lebih kurang macam nak buat tepung goreng pisang je.

Bila minyak dah panas, ambil sedikit peria dan celup dalam tepung.Boleh celup satu2 kalau rajin.
Tapi saya tak rajin. saya celup dalam tepung dan masuk kan dalam minyak panas.

Kemudian guna garfu untuk lerai-leraikan peria agar tak melekat satu sama lain. Pastikan api sederhana saja. 

Bila dah garing dan masak, boleh la letak atas redai untuk tapis minyak.

Ulang proses ni sampai peria habis.



Jangan masuk kan smeua peria dalam tepung sebab dalam peria tu kadang2 ada air yang kita tak perasan. Nanti bancuhan tepung jadi cair pulak.

Bila Peria dah sejuk dan minyak dah tos taburkan serbuk cheese ke dalam peria tadi. Gaul2 dengan senduk dan masuk kan dalam bekas.

Boleh la makan sambil-sambil tengok tv.

Selamat Mencuba resepi Kerepek Peria Katak Cheese yang rangup dan tak pahit.

Post a comment

11 Comments

  1. buat kudap-kudap sedap nih kak :)

    ReplyDelete
  2. memang suka peria ni, kalau makan kerepek peria macam ni memang sedap sangat!!

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je. buleh goreng byk2 dan jual kpd kwn2.

    ReplyDelete
  4. pahit atau tidak....saya memang pantang dengan peria

    ada lagi sayur lain sebagai pilihan hahaha

    ReplyDelete
  5. wahh, boleh jadi kerepek peria.

    ReplyDelete
  6. kalau yg ada cheese ni tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  7. uit slalu jumpa yang biasa ja xdak perisa..
    now ada cheese da.. laju depa ni hahaha semua tabur cheese..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap tapi tak pandai makan peria.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)