PUNCA CAT DINDING BERCAPUK DAN CARA MENGATASINYA - Hi Korang.. Minggu ni saya sangat sibuk mengecat bilik si adik. Nak bagi wajah baru sikit kat bilik anak-anak. Lepas ni proses mengecat bilik si Kakak pulak. Tu pasal la 2,3 hari jugak tak update blog dan tak blogwalking ke blog kawan2.
Sebenarnya macam tak penting je tukar cat bilik adik tu sebab dia bukan jenis suka duduk dalam bilik. Masuk bilik semata2 nak tukar baju je. dia lebih suka duduk melekat bawah ketiak ibu ni.
Tapi disebab kan nak bagi sedap mata ayah ibu ni maka kami cat jugak la bilik si adik. Tema nya warna warni. Hahah..
Satu masalah bila cat dinding ni ialah cat jadi bertompok-tompok macam tak sekata apabila dinding dah kering. Mula-mula lawa kemain , masuk seminggu dah boleh nampak lain macam dinding kita ni. Dari elok bertukar jadi rumah hantu.Hahahah
Dinding ruang tamu rumah saya pun macam tu. Naik putih2 selepas sehari cat..Buruk kan?? sakit mata tengok.
Banyak rumah yang alami masalah ni. Nak cat sekali lagi malas pulak sebab benda tu akan jadi semula.
Tak kira la berapa mahalnya cat yang kita beli, masalah dinding bertompok ni mesti akan jadi disebabkan beberapa faktor. So apa punca dan penyelesaian kepada masalah cat bertompok-tompok ni?
Punca cat bertompok dan tak sekata di dinding rumah
Biasanya dinding baru lepas di cat dengan warna-warna terang akan lebih terkesan dengan masalah ni. Ianya disebabkan dinding rumah kita sudah di cat dengan cat kapur. Kalau rumah tu dah di cat dengan cat kapur bermakna apa-apa cat yang kita letas diatas nya akan jadi bertompok-tompok.
Cat kapur ni murah dan dia akan menghalang kulat tumbuh kat dinding kita. sebab tu banyak pemaju rumah guna cat ni.Tapi masalah dia lepas pakai cat kapur, nak letak cat lain memang azab le.. Dinding akan bertompok2.
Yang kedua pulak ialah sebab dinding ada kulat. Biasanya sebab dalam rumah tu suhu nya rendah dan dinding pernah kena banjir atau air. Lambat pulak nak kering jadi mudah kulat membiak atas dinding.
Dan yang last sekali sebab cat terlalu nipis.Macam saya selalu cat , bila dah cat dinding , saya akan cat 1 lapis lagi.Untuk satu ruang tamu kecil macam ruamh saya 5 liter tu cukup2 je. Bila cat tebal sikit baru kita dapat warna sebenar cat yang kita nak.Cat sedikit tebal juga bagus sebab cat tahan lama. Tak cepat kusam .
Cara mengatasi masalah cat bertompok
Dinding rumah saya pun asalnya dicat dengan cat kapur. Memang lepas cat akan naik tompok-tompok putih. Mula-mula pelik juga , Ingatkan ada tangan2 yang sentuh sebelum kering.
Apa yang saya buat untuk atasi masalah ni? Mudah saja..
Saya masuk kan 1 cawan cuka kedalam baldi. lepas tu masuk kan 10 cawan air. Kemudian ambil kain yang serap air atau sponge. Rendam dalam air cuka tu. kemudian lap di seluruh dinding rumah.
kemudian ambil hair dryer dan halakan kat seluruh dinding yang kita dah lap tadi. Hasil nya memang memuas kan. hair dryer tu, pilih mood panas dan kipas untuk cepat kering. Alhamdulillah sampai sekarang dinding tak bercapuk lagi. Korang nak cat lain lepas tu atau tak nak cat pun tak pe.
Kalau cara diatas ni tak berjaya korang boleh guna kan sealer. Sapu sealer dulu pada dinding dan kemudian cat semula dinding. Harga sealer mungkin agak mahal sikit dari sealer tapi kalau itu je caranya, tak salah mengguna pakai kaedah ni.
Ada setengah cat yang sangat serasi dengan dinding rumah korang. Korang kena pilih cat yang betul-betul sesuai dengan dinding. Ada orang guna Dulux, ok je. Tapi orang lain pulak tak sesuai.. Kena pakai Sancora. Macam bilik anak-anak saya guna Seamaster. Memang ok . Tak de bercapuk dan bertompok. dan tak de bau. sesuai untuk bilik anak.
Jadi kena sembang sikit dengan tauke kedai tu cat apa sesuai untuk dinding yang ada kulat
Dan cara lain korang boleh undercoat dulu dinding tu. Undercoat ni murah je satu tin. Ada yang bawah rm70 pun ada. Sapu cincai2 je kat dinding tu. tak payah teliti sangat. lepas letak undercoat baru la guna cat warna yang kita nak.
Jalan terakhir kalau dah putus asa.. Mungkin korang dah letih nak mengecat dinding lagi. Dah serik nak keluar modal banyak untuk dinding, korang boleh la gantikan cat dengan wallpaper. Sekarang ni wallpaper plain ada, bunga2 ada, gambar pemandangan pun ada tau.
Tapi kerjaan nya memang kena pecah peluh la.
ok tu je la nak cerita. .

ni dinding ruang tamu saya

23 Ulasan
SELAMAT MENGECAT DI MENYERI BILIK ANAK2
BalasPadamNasib rumah sewa shida elok2 je..tp masa mula2 tgk rumah lgsg xde hati nk duduk sbb pnyewa sblm ni allah..xjaga rumah lgsg...tp dsbbkan xde rumah lain dan urgent juga..terima dgn hati terbuka..cat balik dinding rumah dgn warna kegemaran..terus suka rumah ni :) slow2 deco..hehee
BalasPadamRamai yang pakai wallpaper aje sekarang
BalasPadamdinding cantik bercat, hati pun senang memandang..
BalasPadambaru tau wall sealer tu untuk apa hehehe
BalasPadamdinding rumah saya pulak tak rata. agaknya pemaju rumah dulu mengupah pekerja yang tak expert dalam menyimen dinding. sebab itu bila rapatkan almari ke dinding, tak nampak selari antara satu sama lain.
BalasPadamredo ajelah. rumah kos rendah katakan...
cuka pon boleh yea..biasanya tahu undercoat je..wahh cayalah kak diana
BalasPadamkak ana pun sepanjang pkp ni mengecat juga D, bilik kak long dengan adik makeover bukan main, best juga kan adalah pemandangan baru dalam rumah. Tips yang baik dari D, maceh naa :)
BalasPadamSelamat mengecat, teringat pulak mengecat bulan lepas, capek
BalasPadamsaya pakai wall paper je kak..beli kedai 2 hinggit..malas nak ngecatnye..hahaha
BalasPadamZumal selalu guna undercoat jer. Nice sharing, nanti nak try cuka tu pulak
BalasPadamRajinnya mengecat. Memang sekarang dah ada warna luntur lebih-lebih lagi di bilik air.
BalasPadamMesti kena cat, kalau tak lagi teruk nanti.....kasi besar lah sikit gambar post tu, lebih menarik gitu. Dan template blog ini macam belum selesai di edit, sebab masi ada kat tepi ini....
BalasPadamHome
Features
_Multi DropDown
__DropDown 1
__DropDown 2
__DropDown 3
_ShortCodes
_SiteMap
_Error Page
Mega Menu
Live Blogger
Documentation
_Web Documentation
_Video Documentation
Download This Template
Memang baru tukar template hari ni. Belum habis edit lagi. Sabar jap.
Padamnice tips ni.
BalasPadambiasanya, kalau dinding bercapuk saya prefer cat guna undercoat sebelum letak cat baru.
tapi kalau disebabkan kulat, benda ni memang agak sukar.
humidity rumah kena kawal. Haip, jenuh nak hilangkan masalah kulat.
Hope guna sealer tu boleh hilangkan masalah kulat sepenuhnya.
Akak suka guna wallpaper...walaupun hati mendidih bila dikopek2 anak buah..
BalasPadamdah cantik bilik anak tu bila dicat baharu. rasa x nak keluar drp bilik plak!
BalasPadamCuka banyak kegunaan dalam kehidupan seharian.
BalasPadamblog pun dah 'cat' baru... sesuai dgn n3
BalasPadamwahh, selamat mengecat ye kak!! izzati tak tahu pulak cuka boleh jadi penyelesaiannya. nanti kena try. <3
BalasPadammemang cat kat dinding ni pun dulu, lepas tu kami tampal wallpaper. sakit mata tengok bercapuk-capuk tu 😅
BalasPadamnak try lah cara akak ni. pernah baca boleh gunakan essential oil juga untuk hilangkan kesan tompok kulat tu.
BalasPadammakaseh... dh jumpa solution... tggu try tengok hasil lak camne
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)