APA YANG IBU BAPA PERLU SEDIAKAN SEBELUM ANAK MELANGKAH MASUK KE SEKOLAH SELEPAS BERCUTI PANJANG



APA YANG IBU BAPA PERLU SEDIAKAN SEBELUM ANAK MELANGKAH MASUK KE SEKOLAH SELEPAS BERCUTI PANJANG-  Hi semua..15 haribulan Julai ni si kakak akan masuk sekolah. Kemudian seminggu lepas tu si adik pulak akan memula kan seisi persekolahan selepas bercuti panjang akibat covid19. Hampir 4 bulan bercuti ni memang masa yang sangat panjang ..kan?

Mental budak-budak pun dah di set kan dengan bercuti jadi nak kembali set kepada mood bersekolah tu memang agak mudah bagi anak-anak yang dah bosan di rumah.

Tapi bagi yang seronok bercuti memang nak tukar kepada mood bersekolah tu memang teruk sikit la. Lagi2 kalau rutin harian diaorang pun dah berubah arah. Macam kawan saya kata anak-anak dia malam-malam tak tidur.

Lepas subuh baru masing-masing nak cari katil. Kalau sampai tahap tu memang mak ayah kena buat sesuatu la. Contohnya seminggu sebelum persekolahan bermula, paksa anak-anak untuk tidur pada waktu malam.



Kata kawan saya anak-anak dia suka main games dan tonton video youtube sebab ada youtuber yang buat live di lawat malam. So kalau korang ada kes macam ni, waktu malam tu jam 10 terus off wifi  atau keluarkan perintah gencatan gajet pada anak-anak. Hahah..

kalau tak de gajet comfirm mata diaorang mengantuk. Tv pun jangan kasi buka. Esok pagi start jam 10 pagi mulakan aktiviti2 berat dan lasak bersama-anak-anak. Suruh anak cabut rumput ke, cuci pinggan mangkuk lama2, ajak cat perabot lama, pasang wallpaper kat dinding, cuci lantai garaj kereta.




Nanti malam lepas isyak je comfirm semua nak tidur. Tapi kena konsisten la benda ni. Jangan buat 2, 3 hari je. Kena buat sampai hari anak start sekolah. Mesti berjaya ..

Selain tu sebelum anak-anak mula bersekolah semula, korang jangan lupa check baju sekolah anak-anak. 4 bulan duduk dirumah dan tak buat banyak aktiviti luar, boleh buat berat badan dan saiz baju anak-anak berubah tanpa kita sedar.

Ada pakaian yang singkat, ketat dan ada yang baju sekolah kena makan anai-anai. jadi seminggu sebelum sekolah bermula, sempat lah untuk bawa anak membeli pakaian sekolah dan juga ambil kesempatan keluar ni untuk beli alat tulis anak-anak yang dah banyak habis.



Macam saya sendiri memang pensil, pen , pembaris, water colour, pensil warna , pemadam semuanya dah habis. Makan ke apa tak tahu la diaorang ni. Jadi saya pilih untuk beli di Shopee saja memandang kan saya dah ada kedai Shopee yang memang jadi pilihan saya sejak beberapa tahun lalu.

Jangan lupa juga sediakan bekalan facemask yang mencukupi untuk kegunaan anak kita hari-hari ke sekolah. Ada banyak facemask khas untuk kanak-kanak di jual. Boleh guna yang pakai buang atau yang dijahit sendiri.

Nak mudah beli je la. Dah banyak dijual  facemask yang kita boleh letak filter.Beli la  dalam 3,4 facemasak. Cuma kena rajin basuh je la facemask macam ni memandangkan tempoh memakainya cuma boleh bertahan selama 3-4 jam saja.



Ajar anak untuk tukar filter pada facemasak tersebut supaya diaorang tak gunakan facemask tu terlalu lama. Macam saya, saya kan bekalkan anak dengan 2 facemasak reuseable. satu guna untuk sebelum rehat dan 1 lagi pakai selepas rehat. Saya ajar anak untuk masuk kan facemask yang dah digunakan dalam plastik yang saya dah sediakan.



Kalau ada banyak modal boleh je belikan yang pakai buang. Tapi saya pilih untuk berjimat.

Yang seterus nya ialah buku-buku teks dan buku latihan/buku kerja. Pastikan semuanya cukup dan tak de yang hilang. Biasalah bila cuti lama2 ni, Kat mana duduk disitulah dia tinggalkan buku-buku dia. lepas tu cari tak jumpa, dibiarkan je sebab dia fikir "lambat lagi nak sekolah." lama2 terus lupa.

Buku teks kalau hilang perlu diganti semula tau. Kalau hilang segera lah bagitahu cikgu. Jangan nanti anak kita pergi sekolah tak de buku. Cikgu tak tahu , anak kita susah nak belajar sebab terpaksa kongsi buku dengan kawan.

Kalau rasa malas nak bagitahu cikgu , boleh beli buku teks yang hilang tu di kedai-kedai buku. tapi nanti hujung tahun kena bagi la buku tu pada sekolah sebagai ganti buku yang hilang.



Yang terakhir sekali dan yang paling penting ialah ingatkan anak-anak setiap hari tentang SOP yang perlu mereka patuhi sepanjang waktu persekolahan dan waktu naik van/bas sekolah. Yang ni sangat-sangat penting supaya anak kita tidak dijangkiti dengan Covid19.

Saya sendiri sembang panjang lebar dengan anak-anak tentang SOP ni. Ini supaya anak betul2 faham dengan SOP dan tak rasa kekok untuk mengamalkan nya.






Post a comment

6 Comments

  1. Mudah2an anak2 boleh mematuhi SOP dan amalan norma baharu di sekolah kelak

    ReplyDelete
  2. dengan anak-anak yang masih kecil perlu tegas..tiada cara lain

    ReplyDelete
  3. Marilah kita be prepared semula dengan rutin asal anak2 bersekolah ;)

    ReplyDelete
  4. ANAK2 DH XSABAR NK KESEKOLAH TAPI KENA DIDIK MRK SOP NORMA BARU

    ReplyDelete
  5. yang penting tetap mematuhi protokol kesehatan ya mbak
    memakai masker dan mencuci tangan
    new normal sudah mulai dijalankan

    eh pemadam itu eraser ya

    ReplyDelete
  6. Semoga ibu bapa dipermudahkan urusan menghadapi sesi persekolahan ini

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)