Advertisement

ads

RESEPI KEROPOK LEKOR YANG LEMBUT DAN SEDAP BESERTA DENGAN SOS PENCICAH KEROPOK LEKOR

Sejak awal bulan February hari tu banyak betul orang jual ikan termenung yang murah-murah. Dapat la saya buat keropok lekor. Kata peniaga2,  ikan termenung tu terlalu banyak di laut. Dah jadi lambakan ikan termenung pula terutamanya di kawasan utara.



Suami saya pun dah berapa kali beli ikan murah tu. Sekilo dijual dengan harga serendah rm2 saja tau. Dah buat laksa berapa kali. Kucing saya pun ada banyak la stok ikan. 

Peluang ni saya ambil dengan mencuba buat Keropok Lekor. Tak sangkla pulak percubaan pertama buat keropok lekor memang menjadi. Keropok lekor yang saya buat ni lembut sangat.  Tak liat dan yang penting sedap sangat.

Selalunya orang buat keropok lekor guna ikan selayang. Tapi kita try la buat guna ikan kembung. Alhamdulillah Suami dan anak suka

Jadi hari ni saya kongsikan resepi buat keropok lekor yang sedap dan mudah.


Bahan-bahan :

15 ekor ikan kembung
1 paket tepung ubi (500g)
2 cawang tepung gandum
garam
kuib ikan bilis
air untuk merebus
minyak untuk menggoreng





Cara-Cara membuat keropok Lekor.

1. Siang ikan dan bersihkan.Lepas tu buang tulang ikan dan ambil isinya saja.
2- Blend atau kisar ikan bersama kiub ayam dan garam. Saya guna manual chopper je sebab tak nak ikan terlalu hancur.
3- Campurkan tepung ubi dan tepung gandum bersama ikan.

4- gaul tepung tadi dan masuk kan air sikit2.



5- adunan mesti sedikit melekat kat tangan. Doh tak boleh tak melekat. Mesti ada melekat sikit. Kalau dok kering dan tak melekat ada kemungkinan keropok lekor korang nanti akan liat. sebab tu kena letak air sikit2 supaya dapat doh yang lembut.

6- panas kan air dalam periuk. Bila dah menggelagak airnya kita akan bentuk kan doh jadi panjang2.

7- bila air dan mendidih korang ambik sikit doh dan bentuk kan panjang2. Tak boleh gelek atas papan sebab doh ni melekat jadi kena pandai la bentuk kan dengan tangan dan terus masuk kan dalam air yang tengah mendidih tu.

8- kalau tak mau buat panjang2 atau susah nak bentuk kan dia korang boleh bentuk kan pendek2 macam gambar kedua tu. Nanti kalau dah siap rebus dan nak goreng cuma belah dua je. Lagi senang.


9- bila dah timbul ke atas korang boleh angkat dan tos kan.

10- kalau nak goreng, panaskan minyak dulu dan kemudian potong2 koropok yang nak digoreng,Ikt suka nak saiz apa. tebal2 lagi sedap.


11- Bila minyak dah panas ambik garam sikit dan masuk kan dalam minyak tu. garam dalam secubit je. supaya keropok tak melekat kat kuali.

Bila dah masak boleh la hidangkan dengan sos keropok lekor.

Cara-cara membuat sos keropok lekor yang sedap dan tahan lama.

 Bahn-bahan:

Gula merah setengah kilo
Gula putih 5 sudu
Sos cili setengah kilo.
Sos lada hitam setengah kilo
Air 5 cawan

Cara-caranya:

Campur semua bahan ni dan masak sampai mendidih.

Biji bijan goreng tanpa minyak. Dah perang tuang dalam sos tadi. Dah siap...

Simpan dalam peti sejuk boleh tahan berbulan-bulan.

Selamat mencuba.

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)