Advertisement

ads

RESEPI BUBUR TEPUNG PULUT ATAU BUBUR CANDIL SESUAI UNTUK BERBUKA PUASA

Sepanjang PKP tak banyak perkara yang kita boleh buat di dalam rumah. Masa ni lah kita nak try mencuba macam-macam resepi yang kita tak pernah buat atau yang dah lama kita tak buat. Tiba-tiba tekak ni pulak dah rasa lama sangat tak makan bubur tepung pulut atau pun bubur candil.

Macam ni lah rupanya bubur tepung pulut atau bubur candil tu. tapi yang saya buat ni versi simple je. Berwarna warni dan sedap sangat. Saya rasa dah setahun lebih tak buat bubur ni. Kebetulan suami pun ada sebut-sebut nak makan bubur ni jugak. Makanya, bila tiba je hari untuk suami ke kedai beli barang dapur cepat2 lah saya oder Tepung pulut.


Berapa hari jugak la menahan nafsu tekak ni sebab dalam tempoh PKP ni bukan boleh keluar ke kedai selalu. Bertembung dengan cik polis banyak tanya nanti.jenuh pulak nak menjawab.
Bila dah siap masak terus hidang kan untuk suami. Dan selebihnya saya simpan dalam peti sejuk. Lagi sedap bila bubur ni sejuk tau.

Kalau korang suka boleh juga letak sagu dan gula merah. tapi saya suka yang simple macam ni. Macam makan cendol pun ada. Sebab tu suka makan sejuk-sejuk. Sangat sesuai la untuk berbuka puasa. Tambahan pulak bubur ni akan buat korang cepat kenyang. Mungkin sebab penggunaan tepung pulut yang kenyal tu.




Sengaja saya tak letak gula merah sebab nak bagi warna-warna tu menonjol.Kalau letak gula merah kurang menarik rupanya. Nak makan pun kena la bagi jamu selera mata ni jugak.Baru lah tekak bahagia ..Hahahah


Berikut adalah resepi Bubur Tepung Pulut yang simple dan sesuai untuk berbuka puasa.
Bahan-Bahan :

2 cawan tepung Pulut
pewarna biru, pink hijau dan purple
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
sehelai daun pandan
1 senduk gula
secubit garam
sedikit halba
air 



Cara-Cara membuatnya:

Bancuh tepung dengan air hingga menjadi doh. Asingkan kepada 4 bahagian untuk 4 warna

Letak kan pewarna pada doh.
1 bahagian untuk warna pink
1 bahagian untuk warna biru
1 bahagian untuk warna hijau 
dan satu bahagian lagi untuk warna purple.

Lepas tu bentuk kan doh jadi bebola. kemudian tekan sikit supaya leper. Kalau tak suka leper boleh biar je bentuk bebola. 

Kemudian masak air dalam periuk besar. Bila dah mendidih masuk kan bebola tadi. Tunggu sampai bebola timbul baru lah diangkat guna penapis dan terus masuk kan dalam air sejuk supaya bebola tak saling melekat.

Ulang proses merebus doh sampai habis.



kemudian dalam periuk lain masuk kan santan cair dan 1 cawan air biasa. masuk kan gula, garam, halba dan daun pandan.

Masak sampai mendidih. Bila dah mendidih tapis bebola tadi dan masuk kan ke dalam santan yang dah dimasak tadi.Masak lagi sampai mendidih.
Tutup api dan masuk kan santan pekat.

Sedia untuk dihidangkan atau pun disejuk kan didalam peti sejuk sebelum makan.

selamat mencuba.


Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)