JANGAN SKIP IKLAN KALAU ANDA TONTON VIDEO DI CHANNEL YOUTUBE INI

Waktu lapang saya memang suka tonton video di youtube. Ada banyak video yang bagus dan menarik di Youtube. Salah satunya ialah Channel Azfar Badrul. Kalau tonton video di Azfar badrul Channel ni saya pastikan yang saya tak skip iklan. Nak tahu kenapa??




Channel Azfar Badrul ni banyak mendedahkan kita dengan kisah-kisah tentang kemiskinan di Malaysia. Dah banyak tempat yang di terjah untuk membantu mereka yang kesusahan.

Ini adalah salah satu sebab kenapa bila korang tonton video dari Channel Azfar ni, korang tak patut skip iklan. Ini kerana pendapatan yang diterima Azfar melalui Youtube ni, disaluran kepada mereka yang kesusahan.



Kita nak derma setiap hari mungkin kita tak mampu dari segi kewangan dan masa tapi ini adalah salah satu cara untuk kita turut sama membantu dan melibatkan diri dalam usaha murni Azfar Badrul.



Sumbangan wang tunai turut ditunjuk kan dalam setiap video. Jadi korang boleh nampak wajah-wajah ceria, gembira dan terharunya bila mereka menerima sedekah. Dalam tak sedar menitis airmata kita ni.

Masa tu kita sedar betapa ramai lagi yang masih dibelenggu dengan masalah kewangan yang lebih teruk dari kita. Kita mungkin risau dengan belanja anak nak sekolah tahun depan . Tapi sebenarnya ada orang yang lebih dasyat lagi kesusahan nya. 






Bukan setakat risau pasal belanja sekolah anak tapi ada juga yang ditambah dengan penyakit kronik, Masalah tak de pendapatan tetap untuk bayar sewa rumah, dan sebagainya.

Kita kena banyak melihat kisah2 realiti macam ni supaya kita lebih bersyukur, dan lebih prihatin dengan masalah orang lain. Kisah-kisah macam ni jugak buat kita lebih semangat nak berusaha menambah pendapatn supaya dapat membantu mereka-mereka yang kesusahan.





Post a comment

2 Comments

  1. ya setuju, saya pun tak skip sebab content channel ni bagus sangat

    ReplyDelete
  2. Youtube mok mentua ekin suka tgk ni.. Memang selalu dia tgk.. Ekin pun join sekali tgk memang x skip iklan dia..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)