Skip to main content

SELALU GUNA ONLINE PAYMENT? LEBIH BAIK GUNA SHOPBACK

Hi semua..



Saya dah pernah share pasal Shopback dulu. Tak tahu la kalau ada yang dah lupa atau belum tahu tentang betapa menariknya guna Shopback ni. Shopback bukan laman web membeli belah macam yang korang biasa guna. Shopback ada lebih dari apa yang laman web beli belah tawarkan pada korang.




Saya bagi satu contoh;

Saya beli sehelai baju di Lazada. Baju tu harga rm25. Saya masuk ke laman web Lazada melalui website Shopback. Kemudian saya buat pembelian. Selepas saya buat belian, dalam akaun Shopback saya di kreditkan rm3.

Macam tu lah Shopback berfungsi. Menarik kan? Kalau beli terus di Lazada kita cuma dapat baju sahaja. Tapi beli melalui Shopback kita dapat duit. Seronok tak?



Selain membeli belah berbagai barangan dipelbagai website seperti lazada, Zalora, Shopee dan banyak lagi melalui Shopback korang juga boleh beli topup, boleh beli tiket flight, boleh sewa hotel, beli game credit, bayar bil, langgan perkhidmatan internet, reload dan register Touch N Go eWallet.

Bila dah kumpul earning banyak dalam Shopback korang boleh transfer duit dalam Shopback tu ke akaun bank korang.


Perkhidmatan yang ditawarkan Shopback ni turut digunakan oleh 8 negara termasuk Malaysia. Dah ramai yang guna tau.Saya sendiri menggunakan Shopback setiap kali nak membeli belah, nak topup phone dan juga nak cari hotel.



Kalau korang nak juga jadi sebahagian dari kami yang dah merasai cashback dengan pembelian melalui Shopback korang boleh daftar Shopback di sini 

Jangan lupa download applikasi Shopbacak di Playstore untuk memudahkan korang membeli belah dan menyemak cashback yang korang dapat setiap kali membuat pembelian.


Comments

  1. sebelum ni dok dengar shopback tapi tak faham sangat. lepas baca kat sini, alhamdulillah dah clear. jadi boleh la guna shopback pasni. hehe

    ReplyDelete
  2. Nad guna shopback kalau shopping.. Sikit-sikit dapat cashback balik.. Hehee.. Tengah kumpul duit nak cash out

    ReplyDelete
  3. Ada guna tp kadang2 lupa.. Baru je guna adalah dapat rm5 lebih..

    ReplyDelete
  4. Sekarang nie semua senang dah kan. Semua kat hujung jari aja..

    ReplyDelete
  5. Time saya ingat saya guna, time tak ingat saya tak guna. Ari tu beli barang kat Shopee dan Lazada beratus lupa nak guna shopback. Rugi kat situ

    ReplyDelete
  6. Shad mmg guna Shopback ni bila shopping online. Walaupun x selalu shopping, tapi dapatlah jugak cashback. Dah cashout rm70..

    ReplyDelete
  7. Xpenah guna tp best juga kan dpt cashback sikit.. Atleast jimat la kat situ

    ReplyDelete
  8. Tak pernah guna shopback. Dulu guna getex.my
    Pastu tengok sekarang mcm xde dah je website tu. Dah la ada Rm50 dah blh cashout. 🤦‍♀

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …