Skip to main content

RESEPI KEK PISANG MESTI JADI. KEK PISANG LEMBUT DAN GEBU

Kek Pisang mesti jadi . Kek Pisang lembut dan gebu . Kebetulan ada pisang di dapur yang memerlukan perhatian dan belaian dari saya. Makanya kita pun fikir elok juga kalau buat kek pisang. Dah lama anak-anak tak makan kek pisang. Selalunya kalau ada pisang di rumah ni saya buat goreng pisang atau pun cekodok je.


Kali ni berubah angin sikit buat kek pisang pulak la. Mikhail dan ayah nya memang suka pisang. Lagi-lagi Mikhail tu. Semua masakan yang ada pisang dia memang suka. Makan pisang saja pun dia boleh habiskan 1 sikat. Lagi-lagi kalau pisang emas dibawa belayar.Heheh.

Sebenarnya saya tak tahu saya guna pisang apa ni. Lupa pula nak ambik gambar. Untuk buat kek pisang koraang buat la guna pisang apa pun.Yang penting pisang yang manis. Jangan la buat guna pisang yang masam tu.






Entah apa nama pisang yang masam tu ye? Selalu orang buat pisang goreng. Yang tu tak sesuai nak buat kek pisang. Suami saya pun tak suka betul kalau beli goreng pisang dapat pisang masam tu. Kalau balik Perak, memang akan jumpa banyak kedai goreng pisang yang guna pisang masam tu. Nasib le..Hahah

Sebenarnya saya tersilap bancuh adunan kek ni. Saya bancuh untuk adunan saiz loyang 10 inci. Cari loyang tu tak de. Rasa macam tertinggal kat kampung. Terpaksa la cedok sikit adunan tu masuk ke loyang yang kecik sikit.


Nasib baik cantik je naik kejadian nya.Tak melimpah pun. Yang dalam loyang kecik tu di bakar kemudian je. Oven kecik je . Tak berani nak masuk 2 loyang sekali. Takut tak naik pulak kek nya.

Cadangnya nak letak pisang yang dipotong bulat2 letak atas kek sebelum bakar.tapi terlupa la pulak. Tak teringat langsung. Korang boleh letak pisang tau sebelum bakar. Baru la meriah sikit atas kek ni.tak la "sunyi sepi" je.Hahahh



Ini kek yang dalam loyang kecil. Cantik kan??berkilat je kek nya. Ada tips kalau nak bagi kek pisang berkilat, korang cairkan butter dalam 1/2 sudu. lepas tu masuk kan sikit susu segar. dalam1sudu. kacau2 sikit dan sapu kat atas kek tu.

Kemudian masuk kan balik dalam oven. Dalam 5 minit. Api perlahan. lepas tu dah siap.

Ok jom la kita tengok Resepi Kek Pisang Mesti jadi. Kek Pisang Lembut dan gebu.

 *untuk loyang saiz 8 inci.

Bahan-bahan:

10 biji pisang
1 sudu soda bikarbonat

2 cawan tepung
1 sudu baking powder

1 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila.

Cara-Caranya:

Panas kan Oven.

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan..




Dalam bekas lain ramas-ramas pisang supaya tak berketul. Jangan di kisar pisang ni sebab kalau kisar tak kan ada urat-urat pisang tu nanti bila dah sejuk. Tak nampak la macam kek pisang.

Bila dah tak de pisang yang berketul, masuk kan baking soda. Kacau-kacau sampai berbuih sikit. Ketepikan..

Pukul telur , esen vanila dan gula sampai kembang dan berwarna putih. Kemudian masuk kan minyak.

Kacau guna senduk je.Masuk kan pisang.Kacau sebati. 


Last sekali masuk kan tepung yang dah diayak tadi.Masuk kan sikit-sikit dan kacau sebati.

Tuang dalam loyang yang dah dilapik baking paper. 

Bakar dengan suhu 170 selama 60 minit.



Tunggu sejuk dulu kemudian baru potong. kalau potong masa panas memang tak berapa cantik. Kek pisang ni kalau tunggu sampai esoknya lagi cantik bila potong.Baru nampak urat-urat pisang tu muncul.Masa panas memang tak nampak la.

ok..tu je la. Selamat mencuba.


Comments

  1. wahhhh fav saya ni. thanks sudi share resepi

    ReplyDelete
  2. Simple je nak buatnya.. Bahan2 pun tak banyak guna.. Nanti boleh zaza belajar buat.. Hee tak pernah lg belajar masak2 kek ni

    ReplyDelete
  3. Nampak gebu gebas kek pisang tu, sy kan jenis yg makan kalau kek pisang ni suka makan panas-panas keluar oven terus nak makan tak tahan bau wangi cake pisang, nnt nak trylah buat

    ReplyDelete
  4. simple je,, boleh try ini.. tibe2 terliur kek pisang plk

    ReplyDelete
  5. Sally baru je cakap dgn ibu nak buat kek pisang sbb dia pi beli pisang mcm ada 30 org kat rumah... Padahal bertiga je... Hahaha

    ReplyDelete
  6. Idea bagus ni, cuti sekolah anak sibuk asyik ke dpr. 24 Jam nak makan aje keje dorang tu

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan kek pisang. Nampak sedap pulak kek pisang akak buat ni. Nanti nak tru jugaklah

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …