Skip to main content

BOLEH KAH KANAK-KANAK MENJADI KEJAM - KES PEMBUNUHAN KANAK-KANAK PALING KEJAM

Hi semua..

Biasa kita dengar ungkapan "Kanak-Kanak Bagaikan Kain Putih.." bermaksud kanak-kanak ini pemikiran mereka bersih dan sudi. Fikiran mereka masih belum di cemari dengan perkara-perkara kotor, busuk, buruk dan menjijik kan.



kain bersih yang putih dan suci ini kalau tidak dijaga akan kotor lah ia. Begitu juga dengan anak-anak kecil ini. Saya pernah melihat 1 kumpulan kanak-kanak yang bertindak mengejek rakan sebaya mereka.

Mungkin ada yang kata "ala..tu tak la kejam.."

Sebenarnya itu lah permulaan untuk anak-anak menjadi kejam. Dia bermula dengan perkara kecil yang negatif  yang mereka buat kemudian bila apa yang mereka lakukan itu tidak di tegah dan dicegah mereka akan mula menjadi berani untuk ke peringkat seterusnya.

Dan proses ni tak ambil masa yang lama pun. Mungkin minggu ni dia hanya sekadar mengejek dan minggu depan dia akan mula memukul.




Saya tak suka nak menyalahkan ibu bapa dalam hal ni tapi kenyataan nya semuanya bermula dirumah. Bukan bermakna dia mendapat perlakuan kejam itu di rumah tapi mungkin dirumah dia berjaya menutup kesalahan nya tanpa ibu bapa di rumah sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Bila anak kita berjaya menutup sikap sebenarnya dirumah dengan berpura-pura baik dan naif, itu juga proses anak kita untuk kearah menjadi lebih kejam.

Lebih malang lagi perlakuan kejam mereka akan kekal sehingga mereka dewasa.

Terdapat beberapa perkara yang dapat kita lihat pada anak-anak yang cenderung untuk menjadi kejam

1- kerapa melanggar peraturan
2- selalu berbohong
3-  mereka tidak mempunyai perancangan masa depan
4- suka kepada perkara yang agresif (merosak kan harta benda/haiwan)
5- tidak mengendahkan keselamatan orang lain
6- Tidak merasa menyesal setiap kali melakukan kesalahan

KES KANAK-KANAK PALING KEJAM DI DUNIA.

Siapa nasih ingat kes James Bulger? James ketika itu berusia 2 tahun dibunuh secara kejam oleh dua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun (Robert Thompson dan Jon Venables) selepas dia diculik dari pusat membeli-belah pada 12 Februari 1993.




Venables dan Thompson menculik Bulger dari pusat membeli-belah. (Tidak lama selepas itu, ibunya sedar bahawa anaknya hilang)


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM


KRONOLOGI 

1- Mereka membawanya ke trek kereta api.  Beberapa orang yang melihat sempat bertanyakan kepada mereka kemana mereka ingin pergi. Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu mendakwa bahawa James adalah adik mereka.

2- Mereka menyiksa Bulger dalam berbagaicara, mereka menghentak kepalanya, melemparkannya ke atasnya, menendangnya, serta banyak lagi perkara yang mengerikan. Bulger mengalami 10 patah tulang dan sejumlah 42 kecederaan.

3- Selepas ini, mereka mengikatnya ke trek kereta api supaya badan kanak-kanak malang itu di gilis kereta api.

3- Imej CCTV kedua-dua kanak-kanak itu dikesan dan mula disiarkan di kaca tv seluruh dunia. di mana seorang wanita mengenali kedua-dua akank-kanak lelaki itu. Mereka kemudian ditangkap

4- Mayat James dijumpai di trek kereta api, dalam keadaan  hampir tidak dikenali. dia telah mengalami 42 kecederaan.

5- Akhirnya, dua kanak-kanak lelaki itu dibawa masuk oleh pihak polis untuk soal siasat. Semasa proses soal siasat , kanak-kanak lelaki itu tetap tenang. Ujian forensik juga mengesahkan bahawa cat yang terdapat pada Bulgers sama dengan cat pada pakaian mereka

5- Kedua-dua kanak-anak itu dibawa ke mahkamah pada 20 Februari 1993 dan didakwa melakukan pembunuhan. Sehingga 500 penunjuk perasaan berkumpul di luar.

6- Pada 24 November, mereka berdua dikenali sebagai  pembunuhan yang paling muda pada abad ke-20.




7- Kedua-dua kanak-kanak itu ditahan di pusat berasingan di mana mereka dididik dan diajar untuk menyembunyikan nama sebenar mereka. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu didapati mempunyai PTSD iaitu gangguan psikiatri yang boleh berlaku pada orang yang telah mengalami atau menyaksikan peristiwa traumatik seperti bencana alam, kemalangan serius, tindakan pengganas, perang / pertempuran, rogol atau serangan peribadi yang ganas.

Selepas beberapa tahun di bebaskan Pada tahun 2010, Venables yang berusia 27 tahun didakwa memiliki dan menyebarkan imej kanak-kanak yang tidak senonoh.

Kejadian ini adalah bukti kanak-kanak boleh menjadi kejam dan perilaku nya kekal sehingga dewasa.


Comments

  1. pernah baca pasal kes ini, masa tu memang macam tak percaya kanak-kanak boleh lagi sekejam ini, kalau besar jadi macamne lah agaknya.

    ReplyDelete
  2. kalau mat salleh tu, tak kira umur .. naik hantu habis diorang bunuh ...kdg2 pelik bila baca kes diorang ni

    ReplyDelete
  3. ya Allah. sangat mengerikan. macam tak percaya ja kan, kanak2 boleh buat kekejaman macam tu :(

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …