Friday, 12 July 2019

RESEPI IKAN NYOK-NYOK MASAK CUKA YANG SIMPLE DAN SEDAP.

Hi semua..

Saya ni walaupun suka makan benda-benda masam tapi tak berapa minat masak cuka. Setakat makan sikit-sikit ok la. Agaknya sebab tu Masak cuka ni memang tak de dalam menu wajib masak. Tapi kalau ahli keluarga saya yang lain diaorang memang suka la ikan masak cuka ni. Mak saya pun suka sangat.

Ini Ikan Masak cuka yang di masak oleh kakak saya. Nampak sedap..kan?? Tiap kali ada kenduri kat rumah mesti ada Ikan masak cuka ni. Senang dimasak, tak mudah basi dan bahan-bahan nya juga simple je.

Biasanya ikan yang digunakan untuk masak cuka ni ialah ikan Tongkol, ikan merah, Ikan nyok-nyok dan banyak lagi la. Tapi kata kakak saya kalau nak lebih sedap gunalah ikan tenggiri. Ikut lah selera korang nak gunakan ikan apa. Semuanya boleh asalkan ikan tu digoreng dahulu.








Selain ikan ada juga yang buat Masak Cuka ni menggunakan ayam. Bagi yang tak suka ikan boleh la gantikan dengan ayam. Goreng ayam tu lepas tu masuk kan dalam masak cuka ni.

Bagi yang suka ada syur-sayur sikit boleh la letak kan timun. Cuma kalau letak timun tak boleh la lebihkan air sebab timun kan ada kandungan air.Nanti banyak sangat kuahnya jadi tak sedap pulak. Masak cuka ni biasanya kuah tak banyak. Sikit-sikit je sebab masam ada cuka.

Tak suka timun cukup la letak cili besar. Nak pedas sikit letak cilipadi. Kalau cili besar banyak, saya kutip cili besar tu je la. Suka rasa manis2 pedas cili tu. Cilipadi tak berani nak kutip.Hahahah..


Ok..Ni resepi nya.. Resepi Ikan Nyok-Nyok Masak Cuka Simple dan Sedap.

Bahan-Bahannya :

2 ekor ikan Nyok-nyok (Ikan digaul garam & kunyit dan digoreng) 
7-8 biji bawang merah di belah 4 
5-6 ulas Bawang putih dibelah 2
1 inci Halia (dihiris) 
1 sudu teh Biji sawi
5-6 biji Cili api / cili besar merah & hijau 
1 senduk Cuka
Garam secukup rasa 
Serbuk perasa (optional)
Timun/Tomato (optional)
1 senduk minyak masak
Air.


Cara-Caranya

1- Goreng ikan dah ketepikan.

2- Panas kan minyak dalam kuali. Tumis biji sawi, halia, bawang merah dan bawang putih,

3- Bila dah naik bau masuk kan cuka dan air. Jangan masuk kan air banyak sangat. 1 senduk cuka untuk 1 senduk air. Tapi kalau suka kuah banyak lebih kan air. cuma jangan sampai hilang rasa masam cuka.






4- masuk kan ikan dan cili. Masak hingga mendidih

5- masuk kan garam . Angkat dan hidangkan.

Mudah je kan?? Kalau dah tak tahu nak masak apa boleh la cuba resepi Ikan masak cuka ni. Sedap dan cepat dimasak.

Selamat mencuba..

Bye...

4 comments:

  1. erkkk sedapnyaa..lapar pulakk.. follow #4989

    ReplyDelete
  2. biasa dgr nama masak cuka tp tk pernah cuba... tgk ni mcm senang je nk msk... simpan resepi dulu kot2 nk try nnti

    ReplyDelete
  3. As-salam Diana..

    Sedapnya ikan masak cuka. Akak suka. Tapi dah lama tak masak. tengok entry diana ni terus dapat idea untuk masak nanti. Thank you Diana.

    ReplyDelete
  4. Kak saya suka guna ikan tongkol masak cuka ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();