TAK MAHU ANAK PEREMPUAN, BAYI KECIL DIBUANG KE TEBING OLEH BAPA KANDUNG


Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tebing jalan  di selatan China dipercayai di baling oleh bapa kandungnya . Namun dia ditemui selamat dari sebarang kecederaan selepas dia terjatuh di kanopi pada sebatang pokok.





Kakitangan di sebuah hospital di perbandaran Magui di wilayah Gaozhou, Guangdong, membuat laporan polis selepas mereka menyedari kehilangan seorang bayi yang baru dilahirkan.

Pegawai polis mula mengesan bapa bayi tersebut yang hanya dikenali sebagai Li. Dia mengaku mengambil bayi itu dari hospital dan memandu ke tempat kejadian.

Dia kemudian nya memasukan bayi tersebut ke dalam beg plastik dan melemparkannya ke tepi tebing, lapor Gaozhou Television.



Polis berkata bapa bayi itu mengakui dia tidak mahu anak perempuan lagi memandangkan dia sudah mempunyai 2 orang anak perempuan.

Li segera ditahan dan polis dan misi mencari dan menyelamat dilancarkan serta merta. Ketika mereka tiba di tempat kejadian, bayi tersebut telah hilang selama 10 jam.

"Masalah utama semasa misi menyelamat dan mencari ialah keadaan tebing yang sangat curam" kata timbalan ketua balai polis Magui, Feng Youshi.

Pada kira-kira jam 1 petang hari Jumaat, para penyelamat mula menemui bayi yang terletak di antara cabang-cabang pohon kira-kira 30 meter (100 kaki) dari tanah. Dia jatuh kira-kira 70 meter dari tempat dia di buang, kata laporan itu.



Walaupun mengalami kesulitan, bayi itu tidak mengalami kecederaan serius dan selepas dirawat di hospital di bawah pemerhatian, dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah bersama ibunya.

Semasa soal sioasat Li memberitahu polis bahawa dia tidak mahu anak perempuan lain kerana dia sudah mempunyai dua orang anak perempuan. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki.





Mengikut tradisi keluarganya mereka akan mengutamakan anak lelak berbanding anak perempuan dan terdapat banyak laporan mengenaibayi-bayi perempuan yang ditinggalkan atau dibunuh.

Pada bulan lalu, media China melaporkan bahawa seorang bayi perempuan yang baru lahir  di sebuah hospital di wilayah tengah China, Hubei telah ditemui di sebuah saluran air. Polis berkata dia mungkin dibuang dari sebuah kereta yang sedang bergerak.
TAK MAHU ANAK PEREMPUAN, BAYI KECIL DIBUANG KE TEBING OLEH BAPA KANDUNG TAK MAHU ANAK PEREMPUAN, BAYI KECIL DIBUANG KE TEBING OLEH BAPA KANDUNG Reviewed by Diana Rashid on 17:03:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Allahu,, kejamnya manusia sekarang.. T_T

    ReplyDelete
  2. Alahai comey mcm tu pun sanggup ayah dia buang tanpa perikemanusiaan...
    Aduh susah jugak kan kalau manusia terikat dengan adat dan kepercayaan ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.