RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP





RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP Petang semalam buat donut untuk minum petang anak-anak. Dah lama jugak tak buat donut . Malas nak menguli. Tengok la sampai dinut saya ni tak de pusat sebab malas punya pasal.

Jangan risau, tak de pusat pun tetap sedap dan lembut. Bila dah siap masak mengadap macam tak sedar diri dah masing-masing..kan??hahah..

Donut ni saya ambil resepi nya di facebook.. Screen shot je lepas tu lupa siapa punya resepi. Kalau tak salah saya resepi nya di kongsi oleh salah seoroang rakan facebook saya sendiri. Terima kasih untuk rakan facebook saya tu.Maaf sebab lupa siapa kah dia.hahah.



Buat donut ni memang nampak mudah. je tapi sebenarnya kalau sukatan bahan tu tak tepat macam-macam masalah akan jadi. Contohnya kalau yis terlalu banyak dan tepung kurang , mungkin donut akan mudah menyerap minyak.

Kalau air yang terlalu banyak nanti susah pulak nak uli..kan??dah jadi jemput-jemput pulak. Jadi sukatan tu kena tepat. Boleh je kalau nak masuk kan air tu sikit-sikit, Nak mudah lagi meh ikut je resepi yang saya akan kongsikan ni.

RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP

Bahan-Bahan :

1/2 kg tepung gandum (jenama apa pun boleh)
2 sudu besar majerin
9g - 11 g yis (jangan kurang dan jangan lebih dari sukatan ni.)
2 sudu susu pekat
1/2 sudu kecil garam
125 liter air suam atau pun dalam 1/2 gelas air

Minyak untuk menggoreng




Cara-caranya:

1- Didalam gelas yang berisi air suam masuk kan garam dan susu pekat. Kacau kemudian masuk kan yis. Kacau dan ketepikan.

2- Tunggu sampai yis kembang dalam air tu. Dia akan naik tinggi. Dalam 20 minit  jugak la nak tunggu dia kembang tu.

Kalau yis tak kembang maknanya yis tu tak berapa elok. Mungkin yis dah lama atau masuk angin sebab tak disimpan dengan betul.

3- Sementara tunggu Yis kembang , masuk kan tepung dalam bekas yang kita nak menguli nanti.

4- Masuk kan majerin dalam tepung dan gaul guna hujung-hujung jari hingga semua tepung sebati dengan majerin tu

Dia akan jadi berserbuk.. Bukan berketul-ketul..tau.

5- Kemudian masuk kan yis yang dah kembang tadi.

Mula-mula memang akan melekit sikit. Kalau tak melekit tu tambah air sikit je ..Sikit-sikit je.. Agak-agak adunan tu melekat kat jari je.

Kemudian uli tepung tu guna tapak tangan yang kat ibu jari tu..Uli sampai adunan tu tak melekat dah kat jari.

Uli dan tumbuk ..uli dan tumbuk..Faham dak?




6- Lepas tu ketepikan supaya tepung naik lagi 2 kali ganda. Lebih kurang dalam 20-30 minit.

7- Lepas tu dah boleh buat bentuk donut. Tak pakai acuan pun tak pe. Guna tangan je. Ikut suka la nak saiz kecik atau besar.

Dah siap bentuk kan biar kan dulu sampai donut naik kembang lagi. Dah kembang baru lah boleh di goreng.

Panas kan minyak dulu. Minyak kena banyak dan dipanaskan guna api perlahan je. Nak masak pun kena guna api perlahan.

Goreng sampai perang-perang..

Dah sejuk boleh la tabur dengan gula ising atau pun makan dengan coklat..

Makan dengan susu pekat pun sedap.

Dibawah ni gambar-gambar donut yang saya buat dan disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan cukup la dipanas kan je. Masuk kan dalam air fryer atau kalau malas sangat,  keluarkan letak dalam microwave selama 1 minit atau kurang.





Bila dimasuk kan dalam peti sejuk memang bentuknya tak cantik.Tapi nanti lepas dipanaskan atau digoreng semula bentuknya tu jadi cantik balik. Jangan risau..

Selamat mencuba...










RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP Reviewed by Diana Rashid on 13:28:00 Rating: 5

1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.