BETULKAH YAKULT DAN SUSU KULTUR LAIN BAHAYA UNTUK DI MINUM ?

Hi..





Baru-baru ni saya ada terbaca luahan seorang ibu yang anaknya mengalami muntah-muntah , suara jadi serak dan tak boleh bernafas selepas minum susu kultur dari satu jenama terkenal.





Banyak komen-komen yang mengatakan susu kultur ni memang bahaya kalau diminum. Tak kira lah jenama apa pun. Tapi saya kurang bersetuju lah dengan komen-komen macam tu sebab tak de penjelasan lanjut pun yang membuktikan susu kultur ni bahaya.

Setakat cakap bahaya je memang la boleh tapi perlu lah dijelaskan dengan lebih lanjut. Setakat yang saya tahu susu kultur tak bahaya selagi ianya diambil tidak berlebihan dan di simpan dengan cara yang betul.

Tapi kalau ada anak yang minum kemudian mengalami muntah-muntah dan sesak nafas ianya mungkin disebabkan anak anda mempunyai alahan terhadap susu tersebut.

Kalau anda perhatikan, kebanyakan susu kultur botolnya kecil sahaja. Contohnya seperti Yakult. Botolnya memang kecil. Sekali sedut je dah habis. Sebenarnya itulah jumlah susu kultur yang patut diminum. Bukan minum untuk hilangkan dahaga. Kalau rasa nak hilangkan dahaga baiklah minum air kosong saja.

Kemudian susu ni lepas buka tak boleh di simpan semula. Kita kena habis kan susu tersebut. Kalau simpan selepas dibuka bakteria baik dalam susu tersebut telah rosak dan mungkin tak selamat untuk diminum.

Susu kultur memang ada gula.Sebab tu dia ada dalam saiz yang kecil.Susu ni juga bukan untuk diminum setiap masa. Anak  saya pun minum susu kultur. Saya tak risau tentang kandungan gula sebab anak-anak saya memang tak minum minuman manis yang lain. Setiap hari mereka cuma minum air kosong. Jadi setakat sebotol kecil susu kultur untuk 2-3 kali dalam seminggu bukan masalah besar.





Tapi kalau anak anda jenis minum berbagai minuman manis , bergas, makan gula-gula setiap hari rasanya anda patut risau tentang kandungan gula bukan sahaja dalam susu kultur tapi dalam makanan lain yang anak anda ambil.

Susu kultur mengandungi Probiotik. probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi. Kalau anda ambil dengan sukatan yang mencukupi dan tak berlebihan , ianya mampu mencegah kanser usus

Ada juga yang kata susu kultur ni kalau dah digoncang tak boleh minum dah sebab bakteria baik tu dah mati. Itu pun tak tepat. Mana mungkin bakteria boleh mati hanya disebabkan kita goncang botol air.

Cuba anda ambil air paip dan letak dalam botol kemudian goncang. Berani tak anda minum air tu dengan alasan bakteria dah mati. Anda sendiri pun tentu tak nak minum..bukan. Bakteria tak kan mati dengan semudah itu..



Susu kultur juga sangat bagus kalau diminum selepas anda bersenam dan melakukan aktiviti lasak.
Disarankan agar ianya diambil setiap hari, antara 1-2 botol sehari untuk orang dewasa, semasa atau selepas makan.

Kanak-kanak hanya boleh ambil 1 botol setiap hari,

Kalau ditanya susu kultur apa yang paling baik, saya sarankan anda ambil Yakult. Keluarga saya tak ambil Yakult setiap hari. Hanya 3-4 kali seminggu sahaja.

Setiap isnin Yakult Lady akan datang hantar yakult ke rumah. Selama lebih 3 tahun mengamalkan nya belum pernah lagi Yakult beri kesan tak baik pada keluarga saya.

Yakult tidak bertujuan untuk menghilangkan dahaga, ia hanya minuman probiotik. Ia bukan pengganti yogurt dan susu, jadi anda perlu juga makan yogurt dan minum susu walaupun minum Yakult.

Botol kecil Yakult adalah untuk satu dos yang  lengkap.

Bye..


BETULKAH YAKULT DAN SUSU KULTUR LAIN BAHAYA UNTUK DI MINUM ? BETULKAH YAKULT DAN SUSU KULTUR LAIN BAHAYA UNTUK DI MINUM ? Reviewed by Diana Rashid on 15:21:00 Rating: 5

No comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.