RESEPI KEK COKLAT PALING SEDAP DAN MESTI JADI YANG SESUAI UNTUK BUAT JUAL

Assalamualaikum..



Hari ni nak share resepi kek coklat paling sedap dan mesti jadi. Setakat ni saya buat kek coklat guna resepi ni memang mesti akan jadi.Tak pernah lagi kek coklat tak jadi bila guna resepi ni.

Kek coklat memang kegemaran ramai. Kalau saya pun bila nak balas mangkuk tingkat jiran2 tapi tak de idea nak masak apa, mesti saya kan bagi ke coklat je. Mesti orang suka dan seronok bila makan kek coklat.

Korang boleh guna resepi saya ni untuk berniaga ke, atau untuk buat jamu anak2. Saya halal kan. Semoga dapat membantu korang. Saya nak bagi wang ringgit, saya pun bukan nya orang ada-ada. Jadi harapnya perkongsian macam ni mampu bagi manfaat pada orang lain.






Resepi kek coklat yang sedap dan mesti jadi

Bahan-bahan


Bahan A
150g tepung gandum
1sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

Bahan B
2 biji telur saiz A
150g gula castor

1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan C
125g susu full cream
125g minyak jagung
2 sudu besar susu pekat

Cara-Caranya:

Panas kan oven suhu 180 
Guna loyang petak saiz 8 inci. Letak baking paper dan sapu butter kat atas kertas dan tepi loyang. Ketepikan..

1- Campur semua bahan A dan ayak. Ketepikan..

2- Pukul telur dan gula castor. Pukul sampai telur jadi kaler cerah atau putih. Jangan terlebih pukul telur .Nanti kek mendap kat tengah2.

Kalau guna mixer cukup pukul 1-2 minit saja. Kalau guna whisk dalam 2-3 minit sudah la..

3-  Masuk kan esen vanila. Dan kacau guna senduk.

4- Masuk kan susu full cream, minyak dan susu pekat. kacau sekejap untuk sebatikan dia. kacau guna senduk saja.

5- Masuk kan tepung sikit demi sikit dan kacau guna senduk .Buat sampai habis tepung.

6- masuk kan adunan dalam loyang dan bakar selama 60 minit dengan suhu 180.

Kalau cucuk guna lidi dan kek masih melekat kat lidi, tambah lagi masa . Kita punya oven masing2 tak sama.

Lepas keluarkan kek dari oven tunggu sampai kek sejuk. Terbalik kan kek atas papan kek atau atas bekas yang korang suka.

Kemudian boleh la salut kek dengan coklat ganache.



cara buat coklat ganache:

Bahan-bahan nya:
1 kotak kecil whipping cream
125g coklat  compound
1 sudu besar butter

Cara-caranya:

Potong coklat compound kecil2 supaya dia senang cair. Nak lebih mudah boleh beli coklat yang jenis bulat2 tu. Tak payah nak potong2 dah.

Masuk kan whipping cream dalam satu bekas dan masak dengan api perlahan.
Bila whipping cream dan berasap terus tutup api dan masuk kan coklat.

Jangan masak whipping cream sampai mendidih sebab kita cuma nak whipping cream ni panas je..

Kacau coklat dan whipping cream sampai coklat cair, masuk kan butter. kacau lagi sampai sebati,.




Kalau ikut pengalaman saya 1 kotak whipping cream yang kecil tu boleh guna untuk 2-3 biji kek.
Macam kek gambar atas tu saya guna ganache sikit je sebab anak saya ni kalau jumpa coklat lain macam jadinya.

Jadi letak nipis2 je la. Kalau untuk jual kena bagi tebal sikit dan letak coklat ganache banyak. kena meleleh  kebawah baru orang suka.


Whipping cream yang kotak kecil tau..Harga nya dalam rm7 lebih. Kalau nak buat untuk bisnes baik beli yang saiz besar.Lebih jimat.

Selamat mencuba..Kalau dah buat nanti bagitau ye..Boleh hantar gambar kat facebook saya.. :)









RESEPI KEK COKLAT PALING SEDAP DAN MESTI JADI YANG SESUAI UNTUK BUAT JUAL RESEPI KEK COKLAT PALING SEDAP DAN MESTI JADI YANG SESUAI UNTUK BUAT JUAL Reviewed by Diana Rashid on 15:12:00 Rating: 5

6 comments:

  1. Kalau pakai oven ini sha fail sikit.. kikiki.. Selalu terhangit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitu kurang kan suhu. Main dengan masa je.Suhu oven kekalkan 170 . lepas tu main dengan masa dia je. Kalau tak masak lagi, tambah lagi suhu.

      Delete
  2. sedapnya....
    kena beli oven nampak gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli jangan tak beli.Untung ada oven ni..macam2 resepi boleh cuba..Saya dulu beli oven padahal tak tak reti buat kek..Tapi fikir selagi tak beli selagi tu la tak reti buat macam2 resepi.Bila dah beli, macam2 resepi dah cuba.

      Delete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.