LUBANG BESAR MUNCUL DI TENGAH BANDAR. 2 MAUT DAN 2 MASIH HILANG





Beijing - Sebuah lubang  (sinkhole) berukuran besar tiba-tiba muncul tengah-tengah bandar di wilayah Dazhou, China., menyebabkan 2 orang mati dan 2 lagi masih hilang.

Kejadian berlaku pada pada ahad lalu. Dari empat orang yang jatuh ke dalam lubang tersebut, dua daripadanya berjaya  ditemui. Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun meningal dunia.


Mereka yang terkorban tidak dinyatakan identiti namun mengikut laporan mereka baru mendirikan rumahtangga  beberapa hari sebelum kejadian.

Pada hari kejadian, mereka sedang berjalan dan tiba-tiba tanah runtuh dan membentuk sebuah lubang yang sangat besar.

Dua orang mangsa lain nya belum ditemui sehingga kini,


Menurut akhbar tempatan dua orang mangsa yang masih hilang adalah seorang lelaki bersama  seorang kanak-kanak. Mereka dikatakan terjatuh di kedalaman 10 meter di bawah tanah.


"Apa yang menyukarkan usaha menyelamat adalah permukaan jalan yang cukup tebal dengan lapisan tanah yang banyak,

Ketika kami tiba, lubangnya tidak sebesar ini, Ia hanya seluas dua meter panjang dan 2 meter kedalaman nya. Tapi ketika proses menyelamat , tanah runtuh dan menyebabkan lubang menjadi semakin besar. ucap Gao.

Kedudukan kabel-kabel elektrik  dan saluran paip air semakin menyukarkan lagi usaha menyelamat.

Kami perlu memindahkan ekskavator ke kawasan yang lebih rendah dan sekarang kami memiliki dua ekskavator besar yang boleh menggali tanah supaya dapat menjangkau kawasan yang lebih rendah dan untuk menggali lebih dalam," kata ketua Operasi menyelamat   Gao Mingyue

Lubang besar tersebut semakin membesar mencapai saiz 10 meter persegi. Lebih dari 40 orang anggota penyelamat dikerahkan dalam usaha mencari dan menyelamat 2 lagi mangsa yang hilang.



Punca utama  munculnya lubang tersebut masih belum diketahui pasti.  Lubang besar atau sinkhole pada tanah biasanya terjadi akibat air hujan yang larut di dalam batuan yang ada di bawah tanah . Akibatnya tanah  tidak mampu lagi menyokong beban yang ada di atasnya. Sinkhole boleh berlaku di kawasan lapang, jalan raya ataupun di dalam rumah.


LUBANG BESAR MUNCUL DI TENGAH BANDAR. 2 MAUT DAN 2 MASIH HILANG LUBANG BESAR MUNCUL DI TENGAH BANDAR. 2 MAUT DAN 2 MASIH HILANG Reviewed by Diana Rashid on 16:54:00 Rating: 5

2 comments:

  1. allah.... takutnya klu jd kt kita time2 tgh jln ke apa kan....
    mungkin sbb banyak nya pembangunan, kerja2 bwh tanah kan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.