KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU KE 2

Hi,..



Semalam berlangsung Konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke 5. Bertembung pulak dengan majlis Anugerah ABPHB. Macam mana pun kita mesti la nak tonton Gegar Vaganza. Saya ni dah cukup tua la nak tengok ABPBH yang penuh dengan artis muda-muda dan yang kita tak kenal. Jadi lebih baik tengok Gegar Vaganza je.





Macam biasa gegar Vaganza setiap minggu tak pernah mengecewakan. Memang gamat dan meriah. Dari pengacara , artis yang bertanding , juri dan penaja semuanya boleh bikin ketawa berdekah walaupun kadang-kadang menjengkelkan..hahahah..

Untuk Minggu Kedua persembahan di mulakan dengan Elite yang menyampaikan lagu Bulan Cinta. Macam biasa suara memang kelaut tapi sebab diaorang ni ada persona so saya rasa terhibur la jugak..Masa sekolah dulu saya minat kumpulan ELite ni tau.Siap hafal lagu2 dia dalam album yang ada lagu Trauma tu .Tok Ram pun puji diaorang sebab diaorang ni walaupun tahu suara kelaut semua tetap usaha buat yang terbaik.



Persembahan kedua dari Safura. Saya pun macam kecewa sikit dengan persembahan Safura . Suara nya dah tak "sekuat" dulu . Tapi macam tu la, penyanyi yang dah lama tak menyanyi dan suaranya tak diasah memang akan mengalami nasib yang sama. So minggu kedua ni adalah minggu terakhir buat Safura. Apa pun saya tetap suka lagu2 Safura yang dulu.

Persembahan seterusnya dari Noryn Aziz. Memang tak dinafikan Noryn ada suara yang hebat dan benda ni diakui sejak dulu lagi.Dia pun sejak dulu orang panggil dia lagenda dalam muzik Jazz ni. Menyampaikan lagu Trauma dengan sangat baik dan penuh emosi.. Sampai saya pun rasa nak menangis..Tak pasal2 je. terlibat sama..hahahha.. Jadi mungkin sebab tu Noryn Aziz berada di ranking pertama untuk minggu ke dua ni.



Persembahan Dari Farawahida, Saya suka lagu ni dan rasanya lagu ni memang di sampaikan dengan baik. Ni kira macam lagu karaoke saya dulu tau.Hahah.. Sampai merah2 la muka menyanyi lagu ni.Tapi Nyanyian Farawahida memang best..Cuma bagi saya suara dia lembut sangat la.Memang macam tu kot suara nya..Dulu saya tak berapa minat sanagt lagu2 dia,.Mungkin sebab tu saya tak tau sangat suara dia dulu cemana.

Persembahan ke 5 dari kumpulan Forteen dengan lagu Manisnya Senyuman Mu.. Cuma yang pakai jaket denim tu entah apa namanya..Tak best la dia nyanyi.Kenapa part2 yang penting dok bagi kat dia yang nyanyi..Rasanya suara Ariz Lufias lebih ok dari suara dia.Ni pendapat saya je la ye.Tapi kata juri persembahan tu ok , terhibur dan enjoy..



Billy dan Zulkarnain  menyampaikan lagu Mentari Muncul lagi minggu ni.Pada pendapat saya ni permsembahan yang paling saya suka..Suara tak kelaut, sedap didengar, tak serabut, jerit2 pun masih sedap bunyi nya. Harmoni betul suara diaorang berdua ni Diaorang berdua pun segak je..hahah. Tok Ram pun puji kata best..

Lagu kembali terjalin disampaikan Oleh Amelina. Macam terkejut tengok kaklong ni boleh nyanyi lagu ni dengan baik. Tapi saya tengok dia dah kurus la..Jalouse tengok..Tapi jalouse saja tak guna kalau tak dijadikan motivasi untuk kurus ye kak Diana..hahahah... Tapi memang nampak jelas dia kurus . Nak diet jugak la minggu depan. Nampaknya Amelina dah tak payah sangat fokus pada dangdut.Lagu balada pun dia boleh nyanyi.



Part paling kelakar bila Tok Ram di suruh pakai losyen putih.. Berdekah-dekah saya ketawa. tak pasal2 orang tu kena pakai losyen putih..hahah..

Perasan tak bila di perkenalkan Ude and The Leman Band tak de siapa nak jerit2..Tu la..sebab ada Ude kot..hahahah.. Ok..Lupakan!!haha.

Persembahan dari Maya dengan lagu Hilangkan segalanya bagi saya memang best. Sedap suara Maya ni tau. Selama ni dok dengar dia nyanyi lagu sendiri yang rancak2 , bila nyanyi lagu orang lain sedap rupanya.. Dia pun cantik..kan??Suka dengan gaun yang dia pakai .






Dengan lagu bertajuk Andai, lagu yang  saya pun tak tahu dan tak pernah dengar, rasanya Zamani menyanyikan lagu ni dengan baik dan sedap di dengar. Pengacara asyik kata dia susah nak nyanyi lagu orang lain , tapi sebenarnya kalau ikuti perkembangan Zamani ni dia ada jugak nyanyi lagu orang lain.kan??

Minggu ni belum habis lagi  Isu Zamani kurus. Sebenarnya kita sebagai penonton pun tak selesa dengar isu tu..kan??Memula nak juga fikir positif dan terima je tapi memang susah la nak hadam.Orang yang tak de masalah berat badan memang akan rasa , "alah..boleh je makan la vitamin.." tapi sebenarnya tak mudah macam tu. Diaorang je yang tahu macam mana siksanya nak naik kan berat badan.  Ingat nak kurus je susah ke??Bagi sesetengah orang nak gemuk pun susah jugak la..\ jadi saya harap isu ni tutup la minggu depa., Tak selesa untuk di bincangkan..



Dia Fadila menyanyikan lagu Cerita Cinta nyanyian asal Norin Aziz. Suara dia sedap, nyanyian nya bagus dan macam Juri kata dia bagus. Dan yang penting baju dia tak menyakitkan mata. Minggu depan jangan salah pilih baju ye..hahaha


Persembahan Hetty dengan lagu Ah..Rindu Lagi..dapat tepukan gemuruh. Kita akan fikir, ala..nyanyi lagu dangdut ni memang semua orang akan suka. Tapi serius persembahan nya best dan dia pandai bergelek..Boleh dah ambik job nyanyi lagu dangdut..Cuma bila dia sakan bergelek jelas suaranya semput kau.!!!! Tapi apalah dangdut tanpa gelek..ye tak???Yang mat saleh tu suami dia ye??



Dulu saya suka sangat lagu Vida nyanyian asal Phyne Ballerz..  Masa tu ni lagu asalnya adalah soundtrack sebuah drama dari Mexico.Tak ingat la tajuknya tapi heroin cun giler.. hahah..Lagu ni dinyanyikan oleh Syafie Rio. Betul la orang kata suaranya macam kaset..Hahaha.. persembahan nya best. Siap menari lagi..hahaha...



Kiranya untuk konsert kedua ni memang terbaik lah..seronok dan menghiburkan.Untuk Bintang Cucckoo Paling Gempak Minggu ke 2 pemenang nya ialah Elite... yeayyy!!!

Untuk minggu ke 3 nanti lagu yang di berikan bertemakan "Lain macam.."


Senarai Lagu gegar Vaganza Minggu ke 3 

Noryn Aziz - Kabut Serangkai Mawar (Zaitun Sameon)

Amelina - Segalanya Pasti (Aida Agil)

Syafie - Yang penting happy (jamal Mirdad)

Hetty Sharlene - Pawana (search)

Maya - I have Noting (Whitney Houston)

Billy Zulkarnain - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)

Dia Fadila - Dondang Dengdang ( Noraniza Idris)

Zamani - this Love (maroon5)

Forteen - Suci Dalam debu (Iklim)

Farawahida - Lagu Rindu Merindu (fauziah Idris) 

Elite - Ku Bahagia (Melly Goeslow)

Konsert Gegar Vaganza Musim ke 5 Minggu ke 2


KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU KE 2 KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU KE 2 Reviewed by Diana Rashid on 16:04:00 Rating: 5

No comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.