KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU 1

Assalamualaikum..



Konsert Gegar Vaganza musim ke 5 kembali lagi. Musim kali ni ada ramai artis-artis yang memang satu ketika dulu cukup-cukup popular. Ada Zamani, Farawahida, Norin Aziz, Amalina, Maya, Hetty Sharlene , Shafie Rio,Billy Zulkarnain ,Dia fadila, Forteen,Safura dan Elite.

Musim kali ni juga dah ada penaja baru iaitu Dato Seri Alif Syukri,Nampak semalam Dato Alif Syukri macam belum terbiasa dengan rancangan GV yang sentiasa ceria dan gila-gila. Pengacara nya masih kekal dengan Jihan dan Nabil.Cuma semalam ingatkan pengacaranya AC Mizal.Macam frust dan rasa malas nak tengok.Tapi rupanya masih lagi 2 pengacara yang suka mengata orang tu.Dato AC Mizal cuma juri jemputan saja.

Peliknya ramai tak suka pengacara tu tapi kalau tukar pengacara lain agak-agak konsert GV meriah ke idakkk???Rasa macam tak je..hahahha.



Untuk konsert pertama yang paling menonjol adalah Amelina dan Zamani. Biasalah bila lagu dangdut ni memang dah lama sangat tak dengar.Bila sesekali dengar best la bunyi nya. Kalau mengikut turutan ranking kedudukan semasa peserta-peserta GV 2 ni dua peserta ni berada di kedudukan teratas.

Persembahan yang lain best juga cuma mungkin tak berjaya memikat juri. Kita yang tukang tengok ni cuma nak layan lagu2 lama sambil mengimbau kenangan masa sekolah dulu je..hahaha.. Macam lagu elite semalam, tamparan Wanita,,..Punya lah tak sedapnya diaorang menyanyi. Tapi sebab lagu tu dulu memang popular , rasa terhibur bila dapat dengar dan tengok persembhaan Elite selepas berpuluh tahun .

Setiap musim GV mesti ada kecaman-kecaman setiap minggu konsert berlangsung. Kalau nak tahu yang paling diperkatakan semalam ialah tentang AC Mizal. Ada yang kata intro semalam hancur sebab AC Mizal buat macam Super Spontan.

Kemudian ada juga yang tak puas hati sebab Ac Mizal macam memalukan Zamani bila kritik pasal berat badan Zamani dan jadikan ianya satu bahan lawak. Zamani ni memang dari dulu kurus kering. Badan nya bukan macam kita ni..kan? Jadi bab berat badan dia tu tak patut lah dipertikaikan. Tu mungkin diluar kemampuan Zamani sendiri.
Kemudian ada yang pertikaikan kenapa Dato Ac Mizal ni suka menyampuk time orang bercakap.Hahha.. Yang tu biasala..kan??Nama pun siaran lansgung.Dan dia pun memang suka bercakap.

Ok..Dah la cakap pasal AC Mizal. Saya nak cerita pasal baju artis pulak.Paling tak selesa tengok baju Dya Fadila , Tak sesuai dengan badan dia. Nampak buruk sangat. Bentuk badan macam tu memang kena hati-hati pilih baju.Saya rasa dia tak sesuai pakai dress macam tu. Harap minggu depan dapat baju lebih elok dan sopan.


Suka tengok Hetty Sharlene.. Cantik macam dulu. Tapi kecewa sangat dengan persembahan Safura.Tak sedap nyanyian nya. Tak boleh nak nyanyi sama-sama lagu Sedalam Mana Cinta mu sebab jadi meleret-leret.berlaun-alun sangat macam naik sampan.. Kita nak nyanyi sama-sama la...Baru best!

Untuk minggu pengenalan ni belum ada yang terkeluar dan semua layak ke minggu seterusnya.ni senarai lagu tugasan masing-masing untuk minggu kedua Gegar Vaganza Musim Ke 5 dengan tema "DALAM DIAM KU MENCINTAIMU" :

Amelina ➡  Kembali Terjalin (SLAM)
Zamani ➡ Andai ( Dia Fadila)
Shafie Rio ➡ Vida (Phyne Ballerz)
Maya ➡ Hilangkan Segalanya (Farahwahida)
Dia ➡ Cerita Cinta (Noryn)
Forteen ➡ Manisnya senyumanmu (Elite)
Hetty ➡ Ah..Rindu Lagi (Amelina)
Farawahida ➡ Rindu Aku rindu (Hetty)
Safura ➡ Diary Biru (Maya)
Noryn ➡ Trauma (Elite)
Billy Zul ➡  Mentari Muncul Lagi (SLAM)
Elite ➡ Bulan Cinta (Eva)


sekian..
KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU 1 KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU 1 Reviewed by Diana Rashid on 09:07:00 Rating: 5

1 comment:

  1. mlm td akak sempat ikut sampai kul 11 je, sebelum amalina nyanyi akak dh tido.... tkt pagi ni lambat bangun... tp mmg dh rakam siap2...
    nyanyian elite aduhai hancur rasanya... n tgk tahun ni utk konsert minggu pertama kebanyakkan mcm tak berapa best je nyanyian nya.... sbb sebelum2 ni kalau konsert minggu pertama rata2 mmg best semua nya...

    akak pun setuju ngn pemilihan baju, baju dia tu mmg tak sesuai....
    hrp minggu dpn lbh ok
    n harapnya dato alif tu tak ikut perangai macam vida dulu lah

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.