KELEBIHAN DAN FAEDAH ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK SEJAK MEREKA KECIL

Assalamualaikum...



Bed sharing dengan bayi memang menjadi kebiasaan bagi kebanyakan ibu-ibu di Asia. Ada yang sampai anak dah masuk sekolah tadika pun masih tidur dengan mak dan ayah.

Mungkin bagi ibu-ibu merasakan susah nak bangun kalau-kalau anak terjaga dari tidur dan menangis.Jadi lebih baik tidur sekali je la.Bila anak menangis tepuk2 sikit lena la tu. Ada juga yang anak dah masuk 2,3 tahun pun ibu ayah asa bersalah nak biarkan anak tidur sendiri. Takut nanti anak tercari-cari ibu ayah dia bila terjaga tengah malam.

Memang lah bila anak tidur sama-sama dengan kita ni kita akan rasa anak lebih selamat dan biasalah ibu-ibu kat malaysia ni orang kata overprotective..kan??hahah.. So bila tidur  sekali dengan anak yang dah umu r3,4 tahun kita rasa benda biasa je la..

Bed sharing ni sebenarnya tak digalak kan walaupun ada juga kebaikan nya.Saya nak cerita berdasarkan dari pengalaman saya sendiri la.Saya ada dua orang anak. Anak pertama saya memang tidur dengan saya sampai umur dia 2 tahun. Kemudian kami galak kan dia tidur sendiri sampai la sekarang dia dah umur 11 tahun.

Walaupun kadang-kadang sampai sekarang dia asyik merayu nak tidur dengan ibu dia ni( hahaha)  tapi memang saya tak benarkan.. Apa yang saya tengok bila dia tidur sendiri saya tengok tidur nya lebih berkualiti. Bila dia letak je kepala kat bantal tu , terus tidur.



Saya rasa bila dia tidur sendiri tak de gangguan bunyi bising, tak de sibuk dia nak berbual, kadang-kadang bila kita tidur ramai-ramai ni, kawan sebelah mengiring pun kita dah terkejut dan terjaga..kan??Tapi bila tidur sendiri tak de gangguan pun.

Anak kedua saya juga saya galak kan dia tidur sendiri.Tapi agak terlewat sikit la.Saya ajar dia tidur sendiri sejak umur 3-4 tahun. Sekali sekala je dia boleh tidur dengan saya..Tapi memang agak susah nak buat dia tidur sendiri. Bila tengah malam dia terjaga dia akan masuk ke bilik saya.

Sebelum dia masuk ke bilik saya , tidur dia nyenyak dan lebih cepat lena. Cuma mungkin dah jadi kebiasaan bila jam 4 pagi dia akan bangun dan masuk ke bilik. Setiap pagi jam 4 pagi dia mesti masuk bilik saya dan tidur sama-sama kami.

Masa awal-awal nak ajar dia tidur sendiri , dia selalu bangun menangis jam 2,3 pagi sebab terkejut tak de ibu kat sebelah dia.Tapi kami tak putus asa.Tetap juga biar dia tidur sendiri. Lepas tepuk2 sikit dia diam dan boleh biarkan dia tidur sendiri sampai pagi.

Sekarang walaupun dia bangun jam 4 pagi dia dah paham yang ibu ayah ada dalam bilik.tak de dah menangis-nangis.

Satu kebaikan yang kami dapat dari tak amalkan bed sharing ni ialah masing-masing dapat tidur yang cukup. kadang dengar  keluhan ibu-ibu tak cukup tidur walaupun anak dah umur 4,5 tahun. Cemana nak cukup tidur nya kalau kejap2 orang belah kiri tercuit kaki kita, baru lelap dua jam tetiba anak pulak terlepuk kepala ibu.

Tu belum aksi tarik selimut, ada yang terkentut, bunyi gigi, bunyi tersepak dinding.Dinding pulak papan..ha..riuh rendah la bunyi nye..hahaha.



Saya tak kata bed Sharing ni salah tapi kalau nak kan keselesaan, tidur yang cukup, nak ajar anak untuk jadi berani, tak salah kalau korang mula asingkan tempat tidur anak sejak diaorang kecil.

Cukup2-cukup la masa diaorang baby je kita tak cukup tidur..kan??bila dah besar ni bagi peluang la ayah ibu ni tidur nyenyak sikit..ahhahhah

sekian..




KELEBIHAN DAN FAEDAH ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK SEJAK MEREKA KECIL KELEBIHAN DAN FAEDAH ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK SEJAK MEREKA KECIL Reviewed by Diana Rashid on 09:32:00 Rating: 5

7 comments:

  1. WAH BAGUS TU DIDIK ANAK JADI BERANI DI AWAL USIA LAGI

    ReplyDelete
  2. Setujuuuu. Banyak faedahnya asingkan tempat tidur anak sejak kecil. Salah seorang rakan sekerja emi memang sejak baby lagi dah asingkan tempat tidur. So dalam proses nak membesar, baby behave je tidur sendiri. Parents pun boleh dapat tidur yg lebih berkualiti.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg bgus ni. Sbnrny ni adlh satu cara utk ajr ank2 lbih berdikari. Nanti kalau CR dah kahwin n ada ank boleh amlkn tips ni.

    ReplyDelete
  4. Anak2 iols umur 3 tahun dh start tido asing2 ..ni mujurlah ada kakak2 haha..hat kecik ni terlajak manja..dh 4 tahun pun mcm bb nk berkepit je haha

    ReplyDelete
  5. anak buah Sally pun dalam proses ni haa...sbb dah ade adik...kena la biasakan dia tidur dalam bilik dia sendiri...tapi dia jenis susah tidur

    ReplyDelete
  6. Betul tu..patut ajar anak tidur sendiri...nad ni sebb ada bilik satu tu tak kemas lagi..jadi kakak fariza tak dapat nak tidur sendiri

    ReplyDelete
  7. Dari umur berapa sesuai asingkan tidur anak

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.