INI PERKARA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG BLOGGER

Assalamualaikum...



Dah lama tak tulis pasal blogging ni. Dah nama pun blogger sejuk-sejuk embun pagi, mana nak datang nya mood nak tulis pasal blogging dah..Kan??hahhaha

Tapi apa pun setiap awal bulan memang saya akan berazam nak update entry lebih kerap.SETIAP BULAN  tau..Walaupun hangat-hangat taik ayam je.Yang penting semangat tu ada.

Cerita pasal blogg ni saya teringat masa beberapa tahun selepas saya buat blog, saya masih lagi aktif menulis.Memang rajin buat review, update berita semasa, cerita personal, resepi dan macam-macam lagi.

Pernah la saya update blog depan orang , kemudian dia tengok saya macam saya ada buat masalah kat dia. Siap sindir-sindir lagi katanya blog ni membazirkan elektrik la apa.Saya siap mengadu dengan suami tau sebab sedih sangat.

Mujur suami pujuk-pujuk dan paham minat saya ni.Macam tu la orang sekeliling ni yang tak berapa paham pun tentang blogger. Diaorang ingat kita cuma minat menulis saja. Diaorang tak tahu setiap bulan blog ni bagi pendapatan sampingan juga pada kita.

Tak boleh ke diaorang anggap je yang kita blogger ni tengah buat kerja kita..kan??Ada banyak la benda tentang Blogger yang orang tak berapa paham.



PEMBACA BLOG KITA BUKAN SAUDARA MARA DAN KAWAN-KAWAN 

Ramai juga yang fikir bila kita buat blog, hanya saudara mara atau kawan-kawan kita saja yang baca apa yang kita tulis di blog. Padahal rata-rata blogger mesti akan setuju kalau saya katakan saudara mara atau kawan-kawan bukan pembaca blog kita. Kebanyakan nya datang dari carian google dan dari facebook atau twitter.

Awal-awal kita buat blog mungkin la diaorang akan baca.Sama la macam saya pun..awal2 je diaorang baca lama2 diaorang tak kisah pun.kalau kita share link entry kita di facebook , dan diaorang nampak baru diaorang nak klik dan baca. Itu pun tengok tajuk jugak..

Kalau entry personal macam entry jalan2 ke , entry majlis hari jadi ke mungkin diaorang baca la.Kalau setakat kita share tentang ibu hamil ke, tips kecantikan ke, memang diaorang tak kisah pun.

Sedih..kan??

TAK BOLEH JADI BLOGGER DALAM MASA SINGKAT

Bila kita dah lama menulis blog, dan orang tahu kita penulis blog mesti ada yang mula berminat nak jadi blogger. Saya sendiri pun mula minat nak ada blog sebab tengok ada orang buat blog.

Orang fikir bila buat blog terus boleh jadi blogger. Dia rasa senang je nak jadi blogger ni.Padahal nak jadi seorang blogger ni ambil masa. Kita belum jadi blogger kalau setakat baru buat blog hari ni.

Ada blogger yang sampai sekarang masih tertanya-tanya macam mana nak buat orang baca blog dia.Dia rasa tak cukup setakat sehari ada 3,4 ratus orang je yang baca,Macam tu la susah nya jadi blogger.

Blog kita kena ada isi dan  kena ada pembaca . Ada dua tu baru kita boleh gelar diri kita blogger. Benda tu tak boleh buat dalam sehari.

Kalau orang tanya saya apa tu blogger, saya jawab, Blogger ialah orang yang menulis didalam laman web nya sendiri dan penulisan nya dibaca oleh ramai orang. Itu lah blogger bagi saya.

Tak semua orang boleh jadi blogger. Berapa banyak blog-blog yang terbiar dan tak di update hanya sebab tuannya berputus asa dengan blog tersebut.Ada yang tak boleh bagi komitmen, hilang idea, tak de kemudahan..bukan senang tau nak jadi blogger.

KERING IDEA ITU BIASA

Selain tu idea nak menulis pun penting.Tak boleh tulis setakat 2,3 baris. Dia macam kaler air la.Tak boleh setakat di titik dan kering. KIta kena buat warna yang kita titik tu mengambang dan hasilkan ton warna yang cantik.

Macam tu la dengan menulis di blog ni.Tulis sampai orang puas nak baca.orang rasa sedap apa yang kita tulis tu.Biarlan entry tu setakat rutin harian kita tapi seronok untuk dibaca.

Pernah juga la beberapa kali , saya dah tulis sampai 5,6 perenggan lepas tu padam.. tulis balik. Padam lagi..lepas tu menyesal...tulis semula.

Orang yang baca tu pulak senang je , bila tak setuju kecam kita. Sebab tu la setakat  kecam tu tak boleh nak buat sorang blogger tu padam entry dia tau. Tu belum yang kena saman la apa. nak padam entry yang di tulis tu memang tidak sekali-kali..

Sebab masa nak menulis tu kami dah cukup tersiksa nak menghasilkan satu entry tau.Tapi bila entry tu dah siap, dah publish..Allahu..Puas hati dan rasa lega sangat.



BLOGGER KENA BELAJAR TEKNIK SEO

"Alah..bukan susah pun..tulis je.." ..Biasa sangat dah kami blogger-blogger ni dengar ayat macam tu.Tapi nak menghasilkan entry yang bagus tu kena mesra seo tau.Bab SEO tu memang kena belajar.Dia tak boleh mai macam tu saja.

Setakat tulis tak guna teknik SEO ni susah orang nak jumpa artikel atau entry yang kita tulis kat dalam carian google. Rugi la..tulis panjang2 tak dak sapa nak baca. Share kat facebook pun sendu ja jumlah pembaca nya.

SEKURANG-KURANG NYA TAHU EDIT BLOG

Selain kena pandai menulis blogger juga kena tahu sikit-sikit tentang graphic designing . Orang fikir kita cuma tau tulis je..kan??Sebenarnya kita pun tau benda lain juga..

Masa nak buat blog pun dah kena tahu nak letak sidebar kat mana, nak letak widget-widget ni kat bahagian mana. Semua tu kebanyakan blogger tau.Jangan ingat blogger ni cuma tau tulis dan terbitkan saja..

Macam saya sendiri, semuanya saya buat sendiri dan tak gunakan khidmat siapa-siapa. Cuma belajar dengan menggoogle saja. Ikut tutorial yang dikongsikan dan cuba buat. Kalau tak cuba sampai bila2 tak tahu. Kalau rasa memang tak boleh buat design2 blog ni korang kena ada sorang untuk bantu korang bab graphic designing  ni. Cuma keluarkan duit saja.

SEKIAN..

INI PERKARA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG BLOGGER INI PERKARA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG BLOGGER Reviewed by Diana Rashid on 11:43:00 Rating: 5

5 comments:

  1. betul tu kak..betullll sangat2..kawan2 kita memang jarang la nak baca entri kita ni..melainkan tajuk tu memang betul2 dia minat nak baca..

    ReplyDelete
  2. Nampak seronok jdi blogger, yg pastinya memang seronok .. Hnya seorang blogger je yg thu apa yg best ..dan apa yg xbest bila terjebak bidang blogging ni

    ReplyDelete
  3. Apa pun, menulis blog adalah satu hobi yg sgt bagus! Betul, bkn setakat tau tulis, tapi jadi tau bina blog. Kemahiran 👍

    Org yg menulis blog juga adalah seorang pemikir, pemerhati. Berhati-hati berkawan dgn blogger, nanti jadi bahan penulisan dia. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. saya selalu kata dalam hati, tulis ape yang rasa nak tulis dalam entry...tapi untuk sendiri baca je :D

    ReplyDelete
  5. betul. saya setuju ramai blogger yang berputus asa untuk update blog mereka. Mula-mula semangat nak update blog tapi lama-lama bila nampak blog ni memerlukan komitment yang tinggi, terus tak terupdate. hehe. Apa-apa pun, ni entry yang sangat bagus.. congrats sis diana sebab share entry macam ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.