BUKAN SENANG UNTUK ANAK-ANAK..


Karya : Afiq & Nazry

Anak-anak ni dia bukan minta perhatian banyak sangat pun. Kalau diperhatikan , perhatian yang dia nak tu biasanya yang kecil-kecil je. tapi sebab benda tu kita pandang ianya kecil jadi kita rasa tak payah nak di kisah kan sangat.

Sebenarnya tindakan kita tu yang melemahkan emosi anak kita. Dia sedih tau.. Bayangkan kanak-kanak umur 5,6 tahun melukis, mewarna.. Korang ingat senang ke?? Kita memang la rasa senang sebab kita dah tua.

Tapi bagi anak-anak ni diaorang rasa apa yang diaorang buat tu cukup susah dan satu kejayaan sebab diaorang berjaya buat. Bukan senang , nak jaga kaler pensil supaya adiknya tak kacau, kaler tu pulak nak kena asah, nak kaler sampai sakit jari.. Ingat senang ke untuk anak-anak yang kecil buat semua tu??



So hargai lah sikit.. Bila dia tunjuk lukisan dia korang ambik la gambar dia.. Lepas tu puji2 la sikit. Masa ni la kita nak didik anak kita untuk ada hobi dan kemahiran.

Masa kecik ni la korang ada masa untuk berkongsi macam-macam dengan dia. Nanti dia dah besar dah kerja , korang pulak sibuk nak tarik perhatian dia. Masa tu baru tau cemana rasa bila anak tak endah kan korang.

Penatnya beranak, bagi makan, bela sampai besar tapi korang tak pedulikan dia..




BUKAN SENANG UNTUK ANAK-ANAK.. BUKAN SENANG UNTUK ANAK-ANAK.. Reviewed by Diana Rashid on 15:09:00 Rating: 5

1 comment:

  1. betul tu dik, akak klu aiyn buat lukisan ke, lego ke apa2 lah... mesti kita tgk benda dia buat n puji cantik... n puji lah apa2... terus diaorg akan senyum happy n semangat nk buat lg

    kadang akak sound jgk laki akak bila aiyan tunjuk hasil kerja dia tp papa dia sibuk ngn benda lain, akak akan suh papa dia tk n puji, atau buat sama2... biar dia gembira... tak kisahla buruk ke comot cmane pun

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.