WANITA INI KONGSI PENGALAMAN TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN TRANSPLANT GARA-GARA CONTACT LENS

Assalamualaikum..



Dah banyak sangat cerita-cerita tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna contact lens atau kanta lekap terutamanya dikalangan wanita. Contact lens ni ada macam2 warna dan gaya jadi mesti lah ramai pengguna wanita yang kerap menggunakan nya.

Ada juga yang pakai contact lens bukan sebab nak cantik tapi sebab nak mudah kan pergerakan. Kalau pakai cermin mata tu mungkin leceh sikit . Cermin mata pun bukan murah.Kalau pecah ke, hilang ke memang "patah kaki" la kata orang.

Tapi bila dah pakai contact lens, masalah lain pulak yang dihadapi. Mata pulak dijangkiti kuman. Mungkin penjagaan nya tak betul dan mata tak sesuai menggunakan kanta lekap. Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini yang dikenali sebagai Nia Adura , beliau berkongsi pengalaman mengerikan apabila matanya tiba-tiba dijangkiti kumank erana memakai kanta lekap.

Kanta lekap yang digunakan oleh saudara Nia ni bukan dia beli dari mana-mana online shop atau pasar malam tau.Tapi dari kedai optometrist . Ha!!jangan ingat kalau pakai contact lens dari pengedar yang berdaftar tu maknanya kita dah cukup selamat tau.

Petikan dari Facebook Nia Adura:



Assalamualaikum 

Rasa lama sis tak bersiaran kat facebook . Tengah menjaga diri dan mata. Mesti ramai taktau apa yg jadi kat sis or sapa yg tengok kat instagram depa akan tau. ☺️


~Ok ni sis nak cerita pengalaman sis rasa ngeri dalam hidup and sis nak kongsi and educate people pasal salah satu nikmat allah bagi iaitu mata kita.

~Awal bulan 8 haritu sis jalani satu pembedahan transplant cornea kalau nak tau lebih dalam boleh google.



~Puncanya adalah daripada contact lens yang kita pakai.Sis beli bukan dari Instagram ke apa ya. Ini yang dari kedai optometrist. Contact Lens ada kuman termasuk air contact lens yang kita guna and air dari paip jugak. Sebab ni sis dapat pengesahan sendiri daripada doktor. 

Benda ni memang nasib kena kat sis. Kalau jaga macam mana pon kalau nak kena,kena jugak lah.. Ok benda boleh jadi sebabnya kadang tangan or environment kita tak bersih and kuman ada merata cuma kita tak nampak. So kadang kita basuh pon tak bersih sangat and kita pegang lens berulang kali.

~ So disebabkn itu mata sis kena infection yang sangat teruk hingga nanah meleleh kluar tak berhenti and dalam mata sis  nanah dah tutup bahgian mata hitam and cornea sis. Kuman dah buat kerja cepat. Sebab tu cornea tepaksa ditukar dengan cornea lain which is kena order dari Us sebab takda penderma dari Malaysia.



~Sis takda gambar mata sis masa operate tu tapi boleh tengok gambar mata yang sis bagi tu macam tu lah keadaan mata yang dijahit luar sebab nak tutup mata dalam daripada bocor and satu lagi contoh keadaan jahitan dalam mata yang dah doktor buat transplant.

Satu operation sis dapat bius satu badan tapi dua lagi minor operation dapat bius hanya kat mata. So bayangkan dalam sedar kita rasa jarum cucuk bebola mata



- Apa yg sis nak cakap sekarang hargai nikmat deria mata yang Allah bagi. Bagi sis dah serik nak pakai lens or apa apa yang berkaitan dengan mata. Berdasarkan pengalaman sis yang sangat ngeri ni.

Even kadang eyelash extension pun yang berkaitan mata sebab chemical yang depa guna nak gam mata kita tu. Yang tu pon doktor dah bagi warning.

Sebab apa yang berkaitan mata benda liquid kuman yang jatuh dalam mata kita tak nampak and taktau bila akan jadi.

So kadang bila sis dengar kuman je tak kisah lah kuman dalam mata,paru paru and even dalam darah disebabkan satu contoh kes drip, injection putih kuman masuk melalui jarum tak bersih or yang handle tu tak jaga hygiene betul betul. So better beware lah.


~Oleh yang demikian jaga kebersihan betul betul .Pakai sanitizer selalu and kalau nak pakai lens tu terpulang . Tapi  selalu lah pi check mata kat klinik ke apa. Untuk langkah berjaga jaga.

sis hrap sedikit pengalaman ni boleh bagi input dan manfaat untuk hampa semua. 
SHARE lah untuk untuk knowledge org lain



Kalau dilihat pada gambar terakhir tu, adalah gambar selepas mata saudara Nia ni dah di tukar cornea nya. Ngeri..kan?? Menurut Nia lagi tempoh yang diambil untuk betul-betul kornea tu seseuai dengan mata dia ialah dalam setahun . Lama juga tu nak tunggu.

Kos untuk pembelian cornea tu saja adalah rm2200 .dan ambil masa 4 jam untuk pembedahan. Jadi korang yang menggunakan contact lens tu harap lebih berhati-hati dan hangan la terlalu kerap pakai contact lens ni.

sekian..


WANITA INI KONGSI PENGALAMAN TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN TRANSPLANT GARA-GARA CONTACT LENS WANITA INI KONGSI PENGALAMAN TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN TRANSPLANT GARA-GARA CONTACT LENS Reviewed by Diana Rashid on 09:20:00 Rating: 5

3 comments:

  1. Allahu ngerinya baca ni tengok gambar tu terasa macam kat mata sendiri.
    Mrs. A memang pakai contact lense bukan sebab kosmetik/plastik tapi sebab rabun jauh.
    Semoga dijauhkan dari kejadian macam ni.

    ReplyDelete
  2. Sweet blog! Great post, I’ll stop by again.

    nashville escort

    ReplyDelete
  3. aduhh..ngerinya. gosok mata dgn jari pun tak boleh,...sbb tgn kita mmg sentiasa bawa kuman..bahaya

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.