MAKCIK NI JUAL NASI LEMAK JAM 2 PAGI, JAM 4 PAGI DAH HABIS

Assalamualaikum..

Bayang kan jam 2 pagi masa korang dalam perjalanan nak balik rumah selepas berpoya-poya tiba-tiba nampak ada kedai nasik lemak dalam samar-samar cahaya lampu jalan. Korang nak berhenti beli ke tidak??

kebetulan masa tu perut korang tengah lapar sangat. Jalan pulak sunyi..Kedai nasi lemak tu cuma diterangi lampu jalan dan sebiji lampu kecik.

Jangan risau dah ragu-ragu.Sila berhenti dan beli je nasi lemak tu sebab tu adalah kedai sorang makcik di Taman Temara, Ipoh , Perak. Di saat orang dah tidur makcik ni baru nak memulakan jualan nya. 


Dikalangan penduduk setempat kesedapan makanan jualan kedai Makcik Ah ni memang tak perlu di pertikaikan lagi. Memang sedap dan ramai pelanggan setianya. 

Di petik dari twitter Perak Power :



Makcik ni berniaga dah lama kabarnya. Harga nasi lemak nya juga masih tetap sama macam dulu. Ada yang dari tadika dah jadi pelanggan setia sampai dah masuk IPT.




Kalau tak salah saya Taman Temara ni Letak nya di Jelapang, Ipoh.. Makcik ni nampak dah berusia tapi gigih berjaga awal pagi menjual nasi lemak. Kita yang muda-muda ni masih kuat dan tenaga pun banyak. Mata pun masih tahan berjaga sampai jam 3,4 pagi untuk main game dan layan drama korea..

Jadi buat lah sesuatu yang berfaedah dan boleh menjana ekonomi sendiri..

sekian..


MAKCIK NI JUAL NASI LEMAK JAM 2 PAGI, JAM 4 PAGI DAH HABIS MAKCIK NI JUAL NASI LEMAK JAM 2 PAGI, JAM 4 PAGI DAH HABIS Reviewed by Diana Rashid on 13:16:00 Rating: 5

5 comments:

  1. bagusnya mcik ni..kuat berusaha cr rezeki walaupun dah berusia..:)

    ReplyDelete
  2. wahhhh... betapa tekad n usaha makcik tu nk tambah pendapatan kan, malu kita yg muda nih pun kadang tak larat sampai lewat2

    moga trs maju perniagaan n sihat makcik tu

    ReplyDelete
  3. wahhh. nampak sedap nasi lemak makcik tu.. serius murah..

    ReplyDelete
  4. 2 pagi saya masih di buai mimpi

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.