INI SEBAB MENGAPA PENIAGA ONLINE PERLU MENGGUNAKAN INSTAGRAM



Masih ada lagikah pengguna smartphone yang masih belum mempunyai Instagram? Dizaman sekarang Instagram dianggap sebagai aplikasi yang wajib ada dalam setiap smartphone.

Bukan sahaja digunakan sebagai sosial media yang menghubungkan anda dengan pengguna telefon pintar yang lain namun instagram juga dijadikan album gambar yang menyimpan berbagai memori .

Penggunaan Instagram sudah semakin meluas apabila ianya juga menjadi kepentingan bagi peniaga-peniaga online dan offline. Ianya menjadi pengenalan kepada syarikat-syarikat dan anda yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan juga perlu menggunakan kelebihan ini .

Dengan panduan yang betul dan tepat Instagram memberikan anda cara yang mudah untuk meningkatkan jangkauan anda dan mendedahkan perniagaan anda kepada orang lain




Apa itu Instagram?

Instagram adalah rangkaian sosial untuk berkongsi foto dan video pendek. Kandungan visual daripada pengguna yang anda ikuti dipaparkan dalam format gaya garis masa  dan apa pun yang anda siarkan akan dipaparkan kepada orang yang mengikuti anda. Aplikasi ini sangat popular disebabkan kesederhaan penggunaan nya.


Berjuta-juta pengguna aktif membuka aplikasi ini setiap hari. Dianggarkan bahawa 90 peratus daripada  pengguna instagram adalah di bawah umur 35 tahun,. Antara jumlah tersebut , pengguna di kalangan  umur 16-24 tahun sahaja adalah seramai 41 peratus.

Bukankah ini peluang yang sangat bagus untuk anda meluaskan perniaagaan anda memandangkan kuasa membeli melalui online adalah dikalangan golongan muda dan berkerjaya.



Mengapa anda perlu mempunyai akauan Instagram?

Kos pengiklan menggunakan televisyen dan Radio memerlukan kos yang agak tinggi.Malah di facebook juga anda perlu membayar sejumlah wang agar posting anda dapat dilihat oleh lebih ramai orang.

Tetapi di Instagram , apa yang anda perlukan hanya jumlah pengikut yang ramai dan penggunaan hashtag yang tepat.

Instagram juga memudah kan produk jualan anda dilihat oleh orang lain memandangkan jumlah pengguna Instagram dari seluruh dunia yang ramai.

Selain dari itu anda boleh mengadakan giveaway atau contest hanya di instgram anda. Jika anda ingin meningkatkan jumlah follower dengan pantas dan meletupkan jualan produk anda di Instagram anda boleh dapatkan ebook Instagram Keboom .





Dengan jaminan pulangan wang 100% anda tak kan rugi kerana dalam ebook ni berbagai rahsia menjana pendapatan dari instagram akan di dedahkan.

sekian..



INI SEBAB MENGAPA PENIAGA ONLINE PERLU MENGGUNAKAN INSTAGRAM INI SEBAB MENGAPA PENIAGA ONLINE PERLU MENGGUNAKAN INSTAGRAM Reviewed by Diana Rashid on 10:00:00 Rating: 5

2 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.