CUCUR JEJARI KETAM YANG SEDAP DAN RINGKAS UNTUK SARAPAN PAGI

Assalamualaikum..


Pagi-pagi buka peti sejuk lepas tu mula la pening kepala tak tahu nak masak apa.. Nampak ada crab stick dengan nuget je.. hahaha

Tu baru untuk sarapan pagi.. Nanti nak masak tengahari pun pening kepalaa, nak masak untuk minum petang pun peing kepala, nak masak untuk makan malam pun pening kepala jugak..Ha!! Susah tak jadi surirumah sepenuh masa ni..4 kali sehari wajib pening kepala. Tu belum tambah lagi dengan masalah-masalah lain.. hahahah..

Kalau untuk saya dan suami ni senang je.,makan je la apa yang ada.Tapi untuk anak-anak ni bukan boleh main masak je..Diaorang kan cerewet sikit bab makan jadi kita buat roti gulung sosej dan untuk saya dan suami terhidanglah cucur crab stick yang sedap menawan ni.

Tengok gambar nampak sedap je..kan??tapi sebenarnya memang sedap sangat tau.Tambah pulak saya letak macam-macam bahan dalam cucur tu memang meriah sungguh la warna nya.

Crab stick tu dah seminggu lebih dalam peti sejuk. Anak-anak memang tak suka tu. .Saya beli biasanya untuk saya makan dengan nasi bila dah jemu dengan ayam.Hahahha..Sedap tau makan crab stick bakar dengan nasik.Nanti cuba ok.

hari ni saya kongsikan cara dan resepi cucur crab stick yang selalu saya buat ni.Rasanya memang sedap.Untuk sebungkus cran stick tu boleh buat dalam 4 cawan tepung. Jom kita tengok resepinya.


Resepi Cucur Jejari ketam yang sedap.

4 cawan tepung gandum
1 bungkus crab stick
2 tangkai daun sup
1/2 biji lobak
2 tangkai cili padi (kalau tak nak pedas tak payah letak)
 garam secukup rasa
1 biji telur
air sejuk 2 cawan
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya

 Panaskan minyak dalam kuali..

1- potong setiap crab stick kepada 4 bahagian.Kita tak mau dia kecik sangat atau besar sangat.Nak yang biasa2 je.. Potong 3 pun ok je..

2- lobak di potong dadu dan daun sup di hiris.

3- masuk kan semua bahan kedalam tepung termasuk garam.

4- masuk kan telur dan air kedalam tepung dan gaul sampai sebati. Jangan hancur kan jejari ketam tu.



5- Kemudian bila minyak dah panas kita goreng la cucur tu.. Api jangan kuat sangat..Nanati hangus siapa nak makan..hahahah.. 

Tambah2 ada telur tu memang tak payah masak guna api kuat pun..Buka api sederhana je..Nnati cucur jadi cantik je kaler dia..


Nampak tak betapa indahnya cucur kita ni??Cantik je kaler dia..kan??Tak payah nak goreng sampai kaler hitam ke , perang ke..Kaler gini lebih menyelerakan..Giteeeewww..  

Boleh makan cicah dengan sos atau makan gitu je.. Boleh bagi jiran2 jugak..sedap tau..


sekian..

CUCUR JEJARI KETAM YANG SEDAP DAN RINGKAS UNTUK SARAPAN PAGI CUCUR JEJARI KETAM YANG SEDAP DAN RINGKAS UNTUK SARAPAN PAGI Reviewed by Diana Rashid on 11:38:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Memang betul. Kadang2 pening nak masak bila dah kehbisan idea...ok bleh la try hujung mggu ni

    ReplyDelete
  2. Sedap cucur. Makan sarapan ke, minum petang, malam ke kan. Hihi. Rose baru tahu tips buat cucur guna air sejuk tu dari kawan baru-baru ni.

    ReplyDelete
  3. Ukt rumah ni tak sah kalau x masak cucur..cucur kosong pun laku hahaha

    ReplyDelete
  4. Alamak! time macam ni baca entry makan memang terlapar pulak tu

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap..kalau datangvidea kreatif nak masak apa, campur2 jela apa yang ada...hehehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, nak buatlah balik kerja nanti nak buat utk sarapan bahan takde

    ReplyDelete
  7. mkn panas2 cicah ngn sambal or sos cili... mmg compom sedap

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.