APA PERLU BUAT KALAU SUAMI TAK BAGI SENTUH PHONE DIA

Assalamualaikum..

Cerita pasal suami suka sembunyi kan phone ni bukan nya cerita baru..kan?? Ramai je lelaki yang tak suka pasangan dia check phone atau sentuh phone dia.. Bukan semua lelaki sorok phone sebab dia curang tau.. Ada juga sebab yang lain..



Sebab utama dia sorok phone ialah kerana  dia tak percaya dengan orang sekeliling dia. Kalau dengan isteri pun dia sorok maknanya dia tak percaya kat isterinya la tu.

Isteri-isteri yang susah hati setiap hari  memikirkan masalah ni jangan risau. Pertama nya korang kena ubah pandangan dia pada korang. Korang kena lupakan sekejap pasal phone dia.Buat tak peduli je.

Ni tidak.. Pantang dia tinggal phone mula la korang nak ambik buka whatsapp dia la apa.. Dah macam lalat tau. Pantang bau belacan dia mai la.. hahahah..

Korang jangan obses sangat dengan phone dia tu.Korang pun ada phone kan? Jadi buat la macam dia buat jugak.Tidur dengan phone, pasang pasword, bawak phone masuk tandas dan bilik air...

Tunjuk kan pada dia korang pun ada kehidupan rahsia jugak. Tapi jangan la korang pun ikut sama pasang skandal, bela anak ayam, cari kekasih upahan ke apa tau..

Lama-lama nanti dia sendiri akan tersedar dan mula persoalkan apa yang korang buat. Masa ni baru kita bidas dia cukup2..hahahahha

Ni korang main terjah je..Mana mau nya kome wehhh!!!



Bukan lah saya nak kata suami yang sorok phone ni tak curang.memang kebanyakan nya curang la..hahah. Cumanya.. Korang sendiri kena fokus pada diri korang kalau nak tarik perhatian orang.

Percaya la , suami akan mula sedar adanya korang bila korang juga fokus pada diri sendiri berbanding asyik nak peduli hal dia je.

Berkepit dengan phone macam phone tu nyawa , baca mesej pun sorok-sorok tak bagi isteri tengok skrin, kerap dapat mesej walaupun di rumah, memang kehidupan yang tak normal walaupun benda tu ramai yang buat. 

Setiap perempuan akan ada rasa was-was tu. Kalau isteri  yang buat macm tu pun suami mesti akan nampak dan timbul rasa was-was. Jadi buat la untuk buat dia nampak kerisauan korang. Untuk buat dia  fikir macam korang fikir.

Orang lelaki ni akan sembunyikan  lebih banyak benda lagi bila mereka rasa  mereka sedang diperhatikan. 


sekian..
APA PERLU BUAT KALAU SUAMI TAK BAGI SENTUH PHONE DIA APA PERLU BUAT KALAU SUAMI TAK BAGI SENTUH PHONE DIA Reviewed by Diana Rashid on 13:10:00 Rating: 5

4 comments:

  1. betulll...dia pasang password, ingat suka suki je ke bole bukak henset kita..kita pasang lerr password jugak..kau rasakannn...hahahah

    ReplyDelete
  2. akak n suami masing2 hp mmg ada pw tp masing2 tau pw masing2 apa...
    akak ngn suami hp merata je letak, kadang2 dia guna hp akak tp yelah klu kita takde bt salah, salin percya btpe nk sampai takut2 kan....

    akak tak suka klu jns laki yg hp asik kt tgn je sampai anak bini nk pegang pun tak blh.... msti ada sesuatu

    ReplyDelete
  3. tengok masa dia tak sedar (tidur) haha

    ReplyDelete
  4. hahahahha...benda ni dah jadi macam biasa pulak kan...sesuatu sungguh tu..memang patutlah isteri rasa curiga

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.