15 TIPS DAN TRICK INI MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA ANDA

Assalamualaikum..

Malang tidak berbau. Tapi ianya mungkin boleh dielak jika kita melakukan sedikit persediaan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Jom tengok beberapa tips dan trick yang boleh membantu anda menyelamatkan nyawa anda .



1. Jika seseorang mengacukan pistol pada anda, cubalah untuk melakukan eye contact dengan orang tersebut. ianya memang keadaan yang sukar namun . Tetapi jika anda melihat terus kedalam mata nya sekurang-kurangnya dia akan  berasa tidak selesa dan mula meragui sama ada untuk menembak anda  atau tidak. Dan ini akan membantu anda melengahkan masa nya.

2. Sentiasa membawa cermin dan wisel semasa mendaki di pergunungan atau memasuki hutan. Cermin akan membantu untuk memancarkan sinar matahari dan memberi isyarat SOS, dan anda boleh meniup wisel didalam keadaan kecemasan

3. Sentiasa membawa gula-gula getah. Mengunyah gula-gula getah akan membantu mengurangkan tekanan serta mengekang selera makan anda.  ia juga boleh digunakan sebagai gam.

4. Sentiasa ingat 3 peraturan ini. Ia mengatakan bahawa seseorang boleh hidup 3 minit tanpa udara, 3 jam tanpa tempat tinggal, 3 hari tanpa air dan 3 minggu tanpa makanan.

5. Arang dan botol plastik boleh digunakan untuk menapis air. Selepas beberapa kali penapisan  anda hanya perlu mendidihkan  air tersebut-dan ia boleh diminum.

6. Apabila turun tangga, jangan memasuk kan tangan anda ke dalam poket anda. Sekiranya tangan anda berada dalam poket , kebarangkalian bahawa  kepala atau organ dalaman rosak meningkat dengan ketara ketika anda jatuh

7. Jika anda mendaki gunung kekalkan suhu badan anda supaya sentiasa hangat untuk mengelak kan anda diserang . Hypothermia (hipotermia) . Pakai pakaian yang tebal ketika mendaki..

8. Cuka  epal boleh digunakan untuk merawat luka. ianya mempunyai keupayaan untuk melambatkan penyebaran bakteria.

9. Ketika menaiki pesawat pilih tempat di bahagian ekor pesawat.  Kajian menunjukkan bahawa kebarangkalian kematian dalam penumpang yang duduk di tempat duduk di ekor pesawat hanya 23%.

10. Jika anda ingin berkhemah di dalam hutan ,mendaki gunung atau belayar, beritahu orang terdekat  kemana anda ingin pergi. Sekiranya anda tiba-tiba hilang dalam perjalanan, sekurang-kurangnya orang terdekat tahu di mana hendak mencari anda.

11. Letak kunci kereta anda di atas meja di sebelah katil. Jika perompak masuk ke rumah, anda boleh menakutkan mereka dengan menekan butang yang menghidupkan bunyi kecemasan di dalam kereta.

12. Kentang adalah makanan yang boleh membuatkan anda kekal kenyang dalam masa yang panjang. Kentang mudah tumbuh . Jadi jika anda ingin berkemah di dalam hutan jangan lupa membawa beberapa biji kentang

13. Tuala wanita  boleh digunakan untuk membalut luka yang besar. Ianya adalah alat yang sangat sempurna untuk menyerap darah.

14. Baking soda akan membantu memadamkan api. Sekiranya api sukar di kawal, tuang baking soda untuk memadamkan nya. Tapi sudah tentu untuk api yang besar memerlukan baking soda dengan jumlah yang banyak.

15. Ianya mungkin kelihatan mustahil untuk kondom menapung berat 2 liter air. Tetapi kondom terbuat dari bahan yang sangat elestik, Jadi satu cara kontraseptif  untuk membawa air yang banyak ialah dengan menggunakan kondom. Pastikan ianya yang belum digunakan..

Sekian.

15 TIPS DAN TRICK INI MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA ANDA 15 TIPS DAN TRICK INI MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA ANDA Reviewed by Diana Rashid on 20:24:00 Rating: 5

No comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.