TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK SEMASA BERSALIN

Tips Mengelak kan Koyakan Teruk Semasa Bersalin Bersalin Proses melahirkan anak memang sakit. Saya tak pernah lagi jumpa perempuan yang kata bersalin tu tak sakit. Cuma mungkin tahap kesakitan tu berbeza bagi setiap orang.

Selain rasa sakit, bersalin juga boleh jadi macam-macam risiko.Salah satu yang paling kerap terjadi ialah koyakan pada vagina . Tapi ada ke cara untuk elak kan koyakan teruk pada vagina ketika melahirkan anak?

Jom baca tips yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Eizat untuk para wanita mengelak kan koyakan teruk pada vagina.


1. Jangan panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK



2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung



3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yg anjal alan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.



4. Meneran dengan cara yg betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit


5. Jangan meneran awal jika belom tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.



6. Pastikan posisi yg betol ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri.


Mcm nk tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari


7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh kluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon

Sumber: Dr Muhammad Eizat 


sekian.
TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK SEMASA BERSALIN TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK SEMASA BERSALIN Reviewed by Diana Rashid on 21:46:00 Rating: 5

3 comments:

  1. thanks for sharing kak. baru nak masuk trimester kedua ni, anak pertama. takut jugak bila fikir sakit bersalin. tapi at the same time, tak sabar nak jumpa baby.. hehe

    ReplyDelete
  2. Masa deliver anak pertama saya kena operate. Belum ada pengalaman bersalin normal. Semoga ada rezeki bersalin normal

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.